PAKAI MENSTRUAL DISC TETAP BOCOR. INI KESALAHAN YANG KERAP BERLAKU KETIKA PAKAI MENSTRUAL CUP

PAKAI MENSTRUAL DISC TETAP BOCOR. INI KESALAHAN YANG KERAP BERLAKU KETIKA PAKAI MENSTRUAL DISC | Waktu mula-mula saya beli menstrual cup , saya beli mestrual disc jugak sebab nak cuba pakai kedua-duanya untuk pastikan mana lebih selesa.



Pertama kali pakai mestrual disc saya hairan kenapa masih bocor. Saya pakai seharian tapi masih bocor. Buka dan pakai berulang kali sampai saya giveup.  Beberapa bulan mestrual disc saya tersimpan dalam laci. Langsung tak berusik. Saya hanya pakai menstrual cup sahaja. 

Sampailah saya ketahui punca sebenar kenapa saya pakai menstrual disc tapi tetap bocor. Bagi korang yang hadapi masalah yang sama jom baca artikel ni untuk ketahui apa kesalahan yang mungkin korang buat waktu pakai menstrual disc. 


Kesalahan yang kerap berlaku waktu pakai menstrual disc - punca leaking ketika pakai menstrual disc.

Tujuan kita pakai menstrual disc adalah untuk keselesaan , memudahkan pergerakan dan mengelak kan kebocoran. Tapi kalau dengan memakai menstrual disc juga membuatkan kita mengalami kebocoran, sudah tentu objektif sebenar pemakaian menstrual disc itu sudah tersasar jauh dan tidak mencapai apa yang kita kehendaki.

Disebabkan itu pemakaian menstrual disc yang betul adalah sangat penting. Salah cara pakai akan menyebabkan kebocoran. Apa lagi jika kita berulang kali memakai dengan cara yang sama ianya tak kan mengubah apa-apa.

Memakai Menstural disc tidak sama dengan memakai menstual cup. Cara memakai menstrual cup ada pebagai.Tapi menstrual disc tak ada banyak syarat. 

Picit dan insert. Itu saja cara memakai menstrual disc. Tapi apa yang membuatkan ianya boleh bocor?

1- Kedudukan kita menghala kan menstrual disc ke arah vagina mestilah betul. Kedudukan yang sebenar adalah  menghala sedikit ke bawah. Bukan menghala ke arah mendatar seperti memakai menstrual cup.

Menghalakan menstrual disc ke bawah dan tolak perlahan-lahan masuk ke dalam vagina. Barulah menstrual disc akan berada di bawah cervix. Jika kita menghalakan nya secara mendatar cervix akan berada di bawah menstrual disc.

2- Perkara kedua yang menyebabkan kebocoran adalah kerana tidak menolak menstrual disc ke pubic bone. (menghala ke atas)

Menolak menstrual disc ke pubic bone akan membuatkan menstrual disc tidak akan bergerak keluar . Untuk lebih jelas lagi boleh tonton video yang saya sertakan di bawah ini.

Video

3- Tidak menolak menstrual disc sehingga habis. Cara ini bukan saja boleh menyebabkan kebocoran malah kita juga akan rasa tidak selesa kerana disc akan perlahan-lahan terkeluar dan membuatkan kita berasa tidak selesa ketika berjalan.




Catat Ulasan

0 Ulasan