KEK BATIK YANG RANGUP DAN TAK MUAK |Hari ni sempat la buat kek batik permintaan anak-anak. Tapi kali ni kita buat kek batik guna biskut Roma. Jenuh memusing2 dalam pasaraya tu mencari biskut marie malaysia.
Tapi yang ada cuma biskut marie indonesia. Biskut marie Roma. Harga satu paket rm3.99. packaging warna gold. Tak teringat nak ambil gambar packaging nya
Buat kek batik guna biskut marie roma ni korang kena kurangkan sikit gula sebab biskut ni manis sikit dari biskut marie biasa.
Ni budak2 nak kek batik yang tak lembik. jadi kita buat tak letak susu cair atau air. hasilnya nanti kek macam biskut waffle. Makan pun tak muak.
Selalunya kalau buat style ni aku akan letak kacang. Tapi hari ni tak de kacang. 💕Tak de chocolate ganache.
kek batik jenis ni jugak kalau potong tak berapa cantik la sebab ada serbuk2 roti tu. Beza dengan kek batik yang lembut. Bila potong cantik je.
Permintaan kek batik ni sejak isnin lagi . katanya "buat la kek batik sempena adik berjaya mengharungi exam". 🤣🤣. Bunyi macam baru balik perang je.
Tapi sebab kena tunggu kakak habis ujian bertutur Bahasa Melayu, jadi hari ni baru buat kek batik sempena habis UASA. ðŸ¤
Ok. tu je la cerita hari ni selepas hampir 3 bulan tak update cerita di blog.
0 Ulasan