REVIEW AND SYNOPSIS KDRAMA : CONNECTION

REVIEW AND SYNOPSIS KDRAMA : CONNECTION | Lakonan Ji Sung , Jeon Mi Do dan Kwon Yul , Connection mula bersiaran pada 24 Mei 2024. Drama dengan genre  penyiasatan ini diarahkan oleh kim Moon Kyo yang pernah mengarahkan drama Trolley. Conection di tulis oleh Lee Hyun yang pernah menulis untuk drama Diary Of a Prosecutor.  Connection boleh di tonton di One Hd (338 Astro) dengan 16 episod setiap jumaat dan sabtu.

connection

Synopsis Kdrama Connection 

Conection mengisahkan Jang Je Kyeong seorang pegawai polis yang baru dinaik kan pangkat. Dia sangat komited dengan tugas nya di unit jabatan narkotik. Dalam satu kejadian kejar mengejar dengan pengedar dadah dia di culik dan diberikan dadah secara paksa, membuatkan dia ketagihan dadah.

connection


Dia merahsiakan perkara tersebut dan mula mengesyaki beberapa orang yang dipercayai menjadi dalang kejadian itu termasuk lah rakan setugasnya sendiri. Dalam masa yang sama dia mendapat satu pesanan dengan kod rahsia yang pernah digunakan nya dengan bekas kawan baiknya sendiri iaitu Park Joon Seo.

Namun tak lama kemudian dia mendapat berita bahawa Park Joon Seo sudah mati dipercayai membunuh diri. Di dewan pengebumian dia bertemu semula dengan bekas rakan-rakan sekelasnya dahulu. Tapi dia sangat mencurigai rakan-rakan baik Park Joon Seo yang seolah-oleh bertindak supaya mayat park Joon Seo tidak di bedah siasat.

connection


Lebih mengejutkan lagi, sebelum Park Joon Seo mati dia membeli insuran dari Heo Joo Song dan penama dalam insurans tersebut adalah Jang Jae Kyeong dan Oh Yoon jIn.


BACA: KENALI KIM JAE WON - PELAKON DRAMA HIERARCHY YANG POPULAR DI NETFLIX 

Segalanya berlaku dengan pantas dan Jae Kyeong tahu , kematian Park Joon Seo ada kaitan dengan dadah yang diberikan padanya secara paksa dan ia juga melibatkan bekas-bekas rakan sekelasnya. Jae Kyeong ,Oh Yoon Jin dan Heo Joo Song nekad mencari kebenaran disebalik apa yang berlaku.

connection


Review Kdrama Connection

Saya ambil masa yang lama untuk sambung menonton drama Connection ini selepas beberapa minggu tak menontonnya  kerana pening dengan jalan cerita yang berbelit-belit. Terhenti di episod 2 saja. Sampai satu masa ,bila ada kawan di facebook meminta saya teruskan menonton, dengan jaminan bahawa drama ni sangat best, baru lah saya tonton dan sekarang sedang menunggu episod akhir. 

connection


Walaupun ada satu-satu masa saya fikir jalan ceritanya tak logik tapi , pedulikan lah semua tu. Drama perlu menarik barulah ramai yang suka. Kalau nak ikut logik saja lebih baik buat kisah berdasarkan true story. Selalunya drama dari true story membosankan.  

Pada awal episod lagi drama ni dah memaksa kita untuk meneka siapa dan kenapa. Siapa beri dadah pada Jae Kyeong? Siapa sebenarnya rakan sepasukan Jae Kyeong? Siapa bunuh Park Seo Joon? Kenapa rakan sekelas tak mahu buat bedah siasat? Kenapa Seo Joon bunuh diri? dan macam-macam lagi.

Bila difikir-fikirkan, watak Jae Kyeong ni bertimpa-timpa masalahnya. Sampaikan kita yang menonton pun rasa stress. Rasa simpati betul dengan Jae Kyeong. Tapi kita jangan lupa yang Jae Kyeong adalah polis yang tahu setiap gerak geri musuhnya. Jeng jeng jeng... . 

connection


Bila Jae Kyeong bersama Yoo Jin dan Joo Song baru lah saya rasa Jae Kyeong tak keseorangan. Rasa lega dia ada kawan-kawan macam tu.

Oh. Nak cerita part yang tak logik tu. Waktu Tae Jin jumpa Ji Yeon kat rumah, kenapa tak berbual je pasal duit dan apa semua tu. Tapi diajak berbual dekat cafe. Lah!!berbual dalam rumah kan lagi selamat. . Satu lagi masa awal-awal Jae Kyeong kena culik, pistolnya di curi, dia diberi dadah, kenapa tak report pada atasan. Sedangkan ada orang atasan yang sangat menokong dia , iaitu Jung Yeon Joo, Ni tidak!dia bertindak macam dia penjenayah pulak. Sebenarnya banyak lagi yang tak logik tapi kita layan kan je lah penulis ni punya cerita.

Yang Best tentang drama ni ialah, trio ni  kalau berkumpul ada je benda kelakar yang jadi. Ji Sung biasalah, dia diam dan tengok je dua orang kawan dia tu sambil buat senyum macho dia.  Yang Yoo Jin masih fikir dua orang kawan dia ni boleh digula-gulakan. 

Lakonan semua pelakon memang mantap. Patut lah ramai yang suka drama ni.Mujur lah penulis dapat pelakon2 yang boleh bawa watak masing2 dengan baik jadi jalan cerita tak logik tu tolak tepi je la.

connection


Pendapat korang yang dah menonton macam mana pulak? boleh kongsikan di ruangan komen.

Pelakon Connection

Ji Sung

Jeon Mi Do

Kwon Yool 

Kim Kyung Nam

Jung Soon Won

Jung Yoo Min

Yoon Na Moo

Cha Yub

Lee Kang Wook

Park Keun Rok

Yoo Hee Je

Yoon Sa Bong


Catat Ulasan

0 Ulasan