MISS NIGHT AND DAY

MISS NIGHT AND DAY | Kdrama Miss Night and Day dilakonkan oleh Lee Jung Eun, Jeong Eun Ji dan Choi Jin Hyuk. Miss Night And Day diarahkan oleh  Lee Hyeong Min yang pernah mengarahkan drama Strong Girl Boong Soon dan di tulis oleh Park Ji Ha . Dengan 16 episod bermula 15 Jun Kdrama ini boleh di tonton di siaran Netflix setiap Sabtu dan Ahad.

miss night and day


Sinopsis Miss Night And Day

Miss Night And Day mengisahkan Lee Mi Jin seorang wanita yang sedang strugge dalam mencari pekerjaan. Dia mempunyai berbagai kemahiran namun nasibnya agak malang dalam mencari pekerjaan. Dia selalu berasa dirinya tidak berguna disebabkan perkara tersebut. Malah dia simpati dengan ibu dan ayahnya yang sentiasa mengharapkan dia untuk mendapat kerja.

miss night and day


Dalam keadaan terdesak dia hampir ditipu seorang lelaki yang dikatakan sebagai orang tengah untuknya mendapat kerja dalam perkhidmatan awam. Mujur lah Gye Ji Woong yang juga seorang pendakwaraya bertindak membanteras lelaki tersebut.

Dengan apa yang berlaku dalam hidupnya Lee Mi Jin mula mempertikaikan takdir hidupnya. Malam itu dia sangat kecewa dan minum dengan banyak sehingga dia mabuk dan membakar semua buku-buku peperiksaan untuk kemasukan ke perkhidmatan awam. Mi Jin kecewa yang teramat sangat kerana segala kerja kerasnya tidak menampakkan hasil.

Keesokan harinya ketika dia bangun dia menyedari dirinya mengalami satu perubahan yang mengubah kehidupan nya. Mi Jin berubah menjadi seorang wanita berusia 50 an. Dia sangat terkejut dan bertambah sedih kerana merasakan itu sebagai satu sumpahan dalam hidupnya. Mi Jin akan bertukar keusia sebenarnya apabila tiba waktu malam dan berubah menjadi wanita 50 an ketika hari siang.

miss night and day


Dia tahu yang dia tidak patut berputus asa. Dengan usia 50an dan menggunakan nama Im Soon dia cuba mendapatkan pekerjaan dan diterima bekerja di pejabat pendakwaraya. Dia tidak sangka dia dapat bertemu lagi dengan Gye Ji Woong.  Ketika bekerja di situ Im Soon menyelamatkan seorang artis lelaki dari satu serangan. Ketua tempatnya bekerja kemudian nya menaik kan jawatan Im Soon sebagai ganjaran dan dia mula bertugas  sebagai pembantu pendakwaraya Gye Ji Woong.

Berbagai perkara lucu berlaku pada Im Soon yang berusaha menyembunyikan sumpahan yang berlaku padanya dari diketahui Gye Ji Woong dan orang sekelilingnya.

miss night and day


Review Miss Night And Day

Drama Miss Night And Day disiarkan setiap sabtu dan ahad. Cuma waktu tayangan nya tu lewat sangat. Sebab tu saya selalunya tak tonton pun pada sabtu dan ahad. Saya maraton 2 episod terus pada hari isnin. Walaupun hari isnin tu memang ramai la dah update tentang episod baru drama ni, saya malas nak baca sebab tak mau spoiler. 

miss night and day


Dari episod satu saja dah cukup buat drama ni menarik dan patut di tonton setiap minggu. Setiap episod sarat dengan adegan kelakar dan mencuit hati. Memang tak kering gusi tonton gelagat  Im Soon dan Mi Jin.

Karektor Im Soon sebenarnya nampak lebih menarik berbanding Mi Jin dalam drama ni. Sayangnya Eun Ji tak berjaya membawa karektor Mi Jin sekuat Jung Eun. Mungkin sebab watak Im Soon yang dibawa oleh Jung Eun lebih banyak adegan pada waktu siang berbanding Mi Jin yang yang tak banyak adegan di pejabat bersama Gye Ji Woong. Adegan-adegan yang kelakar dan menarik banyak berlaku ketika Im Soon berada di pejabat bersama Gye Ji Woong dan Joo Byung Duk.

miss night and day


Tak dinafikan juga mungkin kerana Lee Jung Eun membawakan watak ni dengan sangat baik sampaikan saya sendiri rasa Jung Eun sebenarnya wanita 20 an yang tersesat dalam tubuh wanita 50 an.  Begitulah kalau dah berlakon berpuluh drama dan filem malah dah dapat berbagai award ,lakonan sentiasa mantap walau apa watak diberi. Cuma kesian padan Eun Ji yang lakonan nya bagai langit dan bumi jika dibandingkan dengan Jung Eun.

miss night and day


Lee Jung Eun dan Choi Jin Hyuk jugak nampak sangat serasi dalam drama ni. Karektor Choi Jin Hyuk sebagai pendakwaraya juga sangat cemerlang.

Elemen komedi dan misteri dalam drama ni cukup untuk buat drama ni dapat rating yang baik. Harap lepas ni lagi ramai yang menonton drama menarik ni.


Pelakon Miss Night And Day

Jung Eun JI

Lee Jung Eun

Choi Jin Hyuk

Baek Seo Hoo

Yoon Byung Hee

Kim A Young

Jun Young joo

Jung Suk Yung

Catat Ulasan

0 Ulasan