DAGING KORBAN MASAK STEAK - KETAHUI SEBAB MENGAPA DAGING KORBAN TAK SESUAI MASAK STEAK | Bila tiba raya haji, daging korban paling di tunggu-tunggu ramai. Bagi golongan biasa dapat makan daging memang menyeronok kan. Nak beli selalu ,harga daging segar bukan nya murah. Selalunya kalau nak makan daging hari-hari golongan biasa ni beli daging yang sejuk beku saja. Itu pun dah cukup sedap. Apalagi kalau dapat daging korban yang segar.
Berbagai jenis masakan menggunakan daging yang pasti terlintas di fikiran kita bila dapat daging korban. Masa ni lah nak mencuba berbagai resepi menggunakan daging. Antara masakan yang popular dimasak menggunakan daging adalah, sup daging, gulai daging dan rendang. Apa pula makanan yang tak sesuai di masak menggubakan daging korban?
Pengguna X yang juga seorang chef profesional berkongsi tentang daging korban yang tidak sesuai dimasak steak. menurut pengguna X dengan nama @Butteralways92, daging lembu perlu digantung dengan suhu tertentu sekurang-kurangnya 2 minggu hingga sebulan agar otot-otot daging rileks secara semulajadi dan enzyme akan melembutkan otot sebelum dilapah dan dijual.
"Bismillah. Dgn ini saya bermula dgn topic Daging Korban Tak Sesuai Makan Macam Steak! Sembelih lah lembu Wagyu, sado, kampung, semua pun tak sesuai! Murah atau mahal bahagian korban kalian tak la terbazir cuma tak sesuai di masak & makan seperti steak. Ini adalah 🧵
Pertama skali kita kena paham apa itu Rigor Mortis(RM) secara am. Organisma bertulang belakang akan mengalami RM ketika mati. Otot2 akan kejang dan mengeras. Kalau biasa pancing, ikan dlm icebox tu bukan mengeras senget sbb beku. Tu contoh RM dlm binatang selain haiwan disembelih
Skrg berbalik kepada Lembu dan Kambing. Selesai sembelih dan darah mengalir sampai habis terus akan disiat kulit dan daging akan dilapah dan agihkan. Utk organ dalaman, fresh is best. Tetapi utk daging, RM akan menyebabkan daging itu keras. Inilah sbb tak sesuai di mkn mcm Steak
Di barat, praktis selepas sembelih & siat adalah gantung rangka itu minimum 2 minggu hingga ke sebulan utk membenarkan otot2 rileks secara semula jdi dan enzyme akan melembutkan otot sebelum di lapah sebelum di jual. Suhu perlu dikawal rapi utk mencegah pencemaran bakteria.
Secara Am, 3 bahagian dilembu yg paling popular di potong, masak dan makan sebagai steak adalah Tenderloin, Sirloin dan Ribeye. Otot2 ni berada di bahagian belakang lembu yg kurang berkerja sbb tu dia lembut. Daging di bahu dan kaki keras sbb byk bergerak.
Proses gantung di dlm peti selama berminggu namanya Aging. Tanpa proses ni tak guna pun potong daging ikut bahagian mana mahal murah seperti praktis barat. Steak di masak pada suhu yang tinggi dan masa yang singkat. Sbb itu proses aging penting utk melembutkan daging.
Adakah kita perlu buat apa yg barat buat utk lembu dikorbankan Aidiladha nanti? No! Tak perlu! Sbb apa? Sbb semua masakan tradisional kita adalah berkuah dan dimasak lama2. Sup, gulai, rendang semua pun cara kita atasi RM. Bakteria pun tak sempat membiak dah mati kena masak.
0 Ulasan