BABY REINDEER | Drama bersiri di Netflix 2024 mempersembahkan Baby Reindeer yang dibintangi oleh Richard Gadd sebagai Donny dan Jessica Gunning sebagai Martha. Drama ini mula disiarkan pada 11 April 2024 disaluran Netflix dengan 7 episod.
Baby Reindeer diarahkan oleh Weronika Tofilska dan Josephine Bornebusch. Drama ini ditulis oleh Richad Gadd sendiri.
Sinopsis Baby Reindeeer
Donny Dunn seorang pelawak yang sedang mencari peluang agar dapat menjadi komedian secara profesional. Dalam masa yang sama dia juga bekerja di bar . Kehidupan nya berubah selepas kedatangan Martha di bar tempat dia bekerja.
Dengan wajah sugul Martha duduk di meja bar. Donny yang menyedari kehadiran Martha mula meminta pesanan . Namun disebabkan Martha tidak mempunyai wang , Donny menawarkan secwan teh untuk Martha.
Disitulah bermulanya episod ngeri dalam hidup Donny. Martha memperkenalkan dirinya sebagai seorang peguam. Donny yang langsung tidak mengesyaki apa-apa tentang Martha mula selesa untuk berkawan dengan Martha memandangkan dia sangat kasihankan Martha.
Namun semakin lama Martha mula melampaui batas. Dia mula mengawal kehidupan Donny. meninggalkan komen di setiap posting Donny di Sosial media, memberi komen jelek tentang gadis-gadis yang pernah berada dalam hidup Donny dan lebih buruk lagi dia selalu menghantar email dengan kata-kata yang membuatkan Donny tidak selesa.
Martha seolah-oleh menganggap Donny adalah teman lelakinya walaupun berkali-kali Donny memberitahu yang hubungan mereka tidak lebih dari kawan.
Martha mula menyedari Donny mula menjauhkan diri. Malah Donny mula membuat laporan polis apabila menyedari Martha sebenarnya pernah beberapa kali di dakwa kerana mengintip dan keganasan.
Namun tindakan Donny membuatkan Martha bertindak lebih jauh hingga menggagalkan Donny untuk mengejar impian nya menjadi pelawak dan menjalin hubungan dengan wanita lain.
Review Baby Reindeer
Drama menarik lakonan Richard Gadd dan Jessica Gunning yang saya rasa sangat berbaloi di tonton. Setiap episod sangat mendebarkan. Satu episod cuma lebih kurang 30 minit saja. Jadi boleh bayangkan drama ni memang tak ada adegan meleret sampai kita bosan menunggu. Drama ini tak sesuai untuk di tonton oleh kana-kanak bawah umur.
Lakonan juga sangat mantap dan tak perlu pelakon yang cantik dan kacak. Jalan cerita yang menaik dan cukup buat saya setiap menontonnya sampai ke akhir episod. Setiap plot tersusun dan sangat mudah difahami. Tambah pulak drama ni ada macam story telling bila suara latar watak utamanya menjelaskan setiap kejadian . Itu yang buat ianya lebih menarik di tonton. Jalan cerita nya memang buat kita geram dengan watak Martha ni. Dia seperti orang yang tak faham bahasa tau. Setiap apa yang Donny buat dia anggap itu sebagai sesuatu yang menarik, romantis walaupun Donny tak de nat apa-apa pun.Geram nya!! Rasa nak tumbuk-tumbuk muka Matha.
Bertambah geram dengan setiap email dan mesej dia ang tak henti-henti. Bayangkan dalam sehari berpuluh email dan mesej yang Donny dapat. Mesej-mesej tu semua penuh dengan kata-kata yang menyakitkan hati saja.
Drama ni juga boleh jadi pengajaran juga pada kita supaya jangan mudah menerima seseorang yang kita tak kenal. Apa pun bagi saya ini adalah drama bersiri wajib totnton . Rating baby Reindeer : 9\10
Pelakon Baby Reindeer
Richard Gadd
Jessica Gunning
Nava Mau
Thomas Coombes
Nina Sosanya
0 Ulasan