THE ATYPICAL FAMILY | Kdrama lakonan Jang Ki Yong dan Chun Woo Hee ini diarahkan oleh Jo Hyun Tak yang pernah mengarahkan drama Snow drop. Drama ini ditulis oleh Joo Hwa Mi
The Atypical Family disiarkan di saluran Netflix setiap hari sabtu dan ahad menggantikan Queen Of Tears . Drama ini mula bersiaran pada 4 May 2024 dengan 16 episod boleh ditonton bermula jam 10,50 minit malam.
Selain Jang Ki Yong dan Chun Woo Hee, drama ini tutut dibintangi oleh Koo Du Shim, Park So Yi, dan ramai lagi.
Review The Atypical Family - Kdrama On Netflix 2024
Kdrama genre fantasy ni ditayangkan di Netflix setiap sabtu dan ahad. Setiap episod selalunya siar jam 10.50. Jadi agak lewat la untuk saya tonton drama ni ikut masa tayangan dia. Sebab tu saya lebih suka tonton drama ni pada pagi isnin. Walaupun lewat ditonton tapi saya pastikan saya tak baca mana2 spoiler unuk episod yang saya belum tonton lagi tu.
Tapi tu la.. Tak baca spoiler pun tetap rasa drama ni tak menarik. Tak de kejutan apa-apa walaupun dah masuk episod ke 4 sehingga artikel ni ditulis. Rasa agak kecewa jugak la sewaktui tonton drama ni terutamanya pada episod ke 3. 3o minit pertama kita dipaksa menonton babak-babak throwback yang diulang berkali-kali.
Kalau 5-10 minit ok la. Ni 30 minit . Hampir-hampir terlelap jugak la. Tapi saya kuatkan semangat nak menonton drama ni sebab tak mau kumpul episod banyak-banyak. Tak de masa nak tengok nanti.
Satu lagi yang tak best tentang drama ni ialah penampilan Bok Gwi Ju yang sangat selekeh dengan rambut macam tu. wajahnya nampak macam tak terurus.
Jangan pulak kata dia berambut macam tu sebab dia kemurungan ye.. Sedangkan sewaktu dia jadi anggota penyelamat pun rambut di dah panjang. Tak suka..
Jalan cerita drama ni menarik cuma ianya agak slow dan lambat berkembang. Mungkin sebab terlalu banyak babak throwback tu.
Chemistry untuk 2 watak utama ni pun agak kurang. Dia nampak best tapi ada masanya rasa tak best. Macam berbelah bahagi. Ada masanya bila Da Hae rapat dengan Gwi Ju kita akan ada satu perasaan tak best sebab dalam drama ni Da Hee seorang scammer. Mungkin saya terbawa-bawa perasaan tak suka dekat Da Hae tu.
Watak ibu Da Hae ni juga agak toxic dan mungkin nampak watak yang kecil tapi sebenarnya dialah punca kenapa Da Hae terpaksa jadi scammer. Dia umpama mastermind disebalik sikap buruk yang ada pada Da Hae.
Korang mungkin rasa Da Hae ni baik tapi dia terpaksa jadi jahat sebab ibu dia paksa. Tapi kalau korang perhatikan betul2, memang dia ada niat yang tak baik terhadap keluarga Bok.
Ada satu scene dimana Da Hae tengah betulkan kening Bok I Na. Masa tu kan dia dah boleh baca isi hati Da Hae yang ada niat buruk tu.
Kalau Da Hae baik, tak mungkin hati nya berkata sesuatu yang tak sepatutnya. kan..
Rasa tak best la kalau Gwi Ju akhirnya bersama dengan Da Hae.. Tak adilll!!!
Saya cuma harap penulis dapat buat sesuatu untuk mengubah pandangan penonton macam saya supaya dapat terima Da Hae dan nampak sisi baik Da Hae sebagai orang yang jujur dan ikhlas
Paling suka watak ibu Gwi Ju ni. Dia punya kuasa je yang nampak berfaedah kalau nak dibandingkan dengan kuasa dua anaknya. Kuasa Bok I Na juga banyak manfaat .
Sinopsis Kdrama The Atypical Family - Kdrama on Netflix 2024
The Atypical Family mengisahkan sebuah keluarga yang mempunyai kuasa yang diwarisi sejak turun temurun. Setiap dari ahli keluarga mempunyai kuasa yang berbeza.
Bok Man Heum , ibu kepada Bok Gwi Ju dan Bok Dong Hee. Bok Man heum mempunyai kuasa boleh melihat apa yang berlaku pada masa depan dan dia meraih kekayaan dengan bermimpi tentang loteri dan saham. Namun kuasanya hilang dan dia sudah lama tidak dapat tidur dan bermimpi.
Bok Gwi Ju mempunyai kuasa boleh kembali ke masa lalu. Tapi dia hanya boleh kembali ke waktu yang dia mempunyai rasa gembira. Walaupun begitu dia tidak boleh mengubah masa lalu nya.Kematian isteri nya membuatkan dia kemurungan dan kuasanya hilang .
Bok Dong Hee pula mempunyai kuasa yang membolehkan dia terbang, Namun dia kehilangan kuasanya disebabkan berat badan nya yang naik mendadak. Itu juga menyebabkan kekasihnya makin menjauhkan diri
Cucu Bok Man Heum, anak kepada Bok Gwi Ju pula ialah Bok I Na. Pelajar sekolah yang selalu menyendiri, Dia dianggap halimunan disekolanya kerana dia tidak memberi perhatian kepada sesiap dan sesiapa pun tidak memberi perhatian padanya. Tanpa sesiapa sedari termasuk ahli keluarganya , Bok I nan mempunyai kebolehan mendengar isi hati orang lain yang bertentang mata dengan nya.
Kuasa yang sekian lama hilang dalam keluaga ini muncul kembali sebaik sahaja Bok Man Heum membawa pulang seorang gadis yang dikenalinya di sebuah Spa. Sewaktu pertama kali melihat Do Da Hae dia yakin gadis tersebut akan membuatkan kuasa yang dimiliki keluarganya akan kembali semula.
Tanpa keluarga ini sedari Do Da Hae sebenarnya cuba merancang untuk mendekati keluarga Bok dengan niat untuk mengaut harta kekayaan keluarga Bok.
The Atypical Family Cast
Jang Ki Yong
Chun Woo Hee
Ko Du Shim
Soo Hyun
Park So Yi
Oh Man Seok
Kim Keum Soon
Ryu Abel
Roy
1 Ulasan
Lain pulak muka Jang Ki Yong dalam ni..
BalasPadam