PUNCA SKIN BARRIER ROSAK DAN CARA MERAWAT SKIN BARRIER | Skin barrier adalah lapisan paling luar kulit yang berperanan menghalang kemasukan kotoran, pencemaran, sinaran UV dan radikal bebas. Apabila skin barrier rosak, pelbagai jenis gangguan boleh berlaku pada kulit muka, seperti jerawat, kulit kering, gatal-gatal dan jangkitan.
Masalah kerosakan skin barrier secara amnya boleh diatasi dengan mudah menggunakan produk penjagaan kulit. Supaya skin barrier kekal terpelihara, jom kenali ciri-ciri, serta cara mengatasi dan mencegah kerosakan skin barrier
11 Tanda-Tanda Skin Barrier Rosak
Sebenarnya tak susah pun nak tahu skin barrier tu rosak atau tidak. Memetik dari halaman Cleveland Clinic, Healthline, dan WebMD, berikut adalah beberapa ciri fizikal yang menunjukkan kerosakan pada skin barrier:
Jangkitan
Jerawat
Kulit terasa kering dan kasar
Ruam yang gatal
Kulit terasa pedih terutamanya apabila menggunakan produk penjagaan kulit
kedutan
Kulit merengsa
Kulit menjadi kusam
Parut sukar dihilangkan
Hiperpigmentasi
Kulit menjadi kendur
Punca Skin Barrier Rosak
Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah punca skin barrier menjadi rosak? Berikut adalah beberapa faktor dalaman dan luaran yang mempunyai kesan ke atas kerosakan skin barrier:
Pencemaran
Tekanan
Kerengsaan atau alahan
Kandungan bahan kimia dalam detergen atau sabun
Mengambil ubat steroid
Pendedahan matahari yang berlebihan
Eksfoliasi
Tidak memakai moisturizer
Faktor penyakit genetik seperti dermatitis atopik dan psoriasis
Persekitaran yang terlalu lembap atau kering.
Cara Mencegah dan Merawat Skin Barrier Rosak
Selepas mengetahui punca skin barrier rosak, maka bagaimana anda boleh mencegah dan mengatasinya? Berikut adalah kaedah yang boleh dicuba untuk mencegah dan mengatasi masalah skin barrier yang rosak:
1. Elakkan terlalu kerap terdedah kepada matahari
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pendedahan kepada cahaya matahari atau sinaran UV yang terlalu kuat boleh merosakkanskin barrier. Untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UV, jangan lupa gunakan sunscreen setiap kali anda keluar.
2. Mandi dengan air suam
Mandi dengan air suam adalah cara terbaik untuk membersihkan minyak dari permukaan kulit. Semasa mandi, cuba gunakan sabun yang tidak terlalu banyak biuh. Namun mandi dengan air suam tidak boleh dilakukan dengan kerap kerana apabila berlebihan ianya akan menyebabkan kulit mudah menjadi kering.
3. Melegakan keradangan pada kulit
Apabila kerengsaan berlaku, keadaan kulit biasanya akan menjadi lebih teruk jika ia tidak dirawat dengan segera. Apabila kulit anda sensitif, anda harus mengelakkan pengelupasan kulit dan cuba menggunakan serum atau pelembap yang menenangkan. Sekiranya anda mengalami gangguan kulit seperti rosacea atau ekzema, disarankan untuk segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
4. Elakkan eksfoliasi kulit anda secara berlebihan
Eksfoliasi adalah penting untuk memastikan kulit anda bersih, tetapi jika anda melakukannya terlalu kerap ia sebenarnya akan memberi kesan buruk. Eksfoliasi kulit yang berlebihan boleh menghakis lapisan pelindung semulajadi pada kulit. Selain itu, terdapat bahan-bahan tertentu yang harus dielakkan semasa melakukan eksfoliasi. Contohnya, asid glikolik, asid salisilik, retinoid, dan AHA atau BHA.
5. Gunakan pelembap dengan kerap
Moisturizer adalah kunci utama untuk mengekalkan kulit licin, tegang dan terhidrat. Apabila memilih produk pelembap, cuba pilih produk yang mengandungi bahan yang boleh menyokong skin barrier. Contohnya, asid hyaluronik, ceramide, gliserin, petrolatum, urea atau madu.
6. Gunakan pembersih yang lembut
Produk pembersih adalah penyelesaian paling sesuai untuk membuang sisa kotoran dan pencemaran yang melekat pada permukaan kulit. Gunakan pencuci muka yang ringan dan lembut supaya tidak merosakkan penghalang kulit. Jika perlu, lakukan double cleansing untuk hasil yang maksimum.
7. Elakkan memicit jerawat
Siapa suka picit jerawat ? Rasa gatal pada jerawat membuatkan kita sukar menahan diri dari memicit jerawat. Awalnya kita ingin menghilangkan rasa gatal dan membuatkan jerawat cepat kering tapi sebaliknya yang berlaku. Parut jerawat muncul dan meninggalkan parut hitam pada kulit. Jika anda ingin menghilangkan jerawat, cuba gunakan hanya satu produk dan fokus untuk menjaga kulit anda secara keseluruhan.
8. Mengekalkan keseimbangan pH kulit
Potensi Hidrogen atau pH adalah parameter yang digunakan untuk menentukan tahap keasidan kulit. Skala pH normal untuk kulit ialah 5.5. Tahap pH yang lebih rendah atau melebihi had pH biasa boleh menyebabkan kerosakan pada penghalang kulit.
9. Gunakan minyak semulajadi
Kajian pada 2018 mengesyorkan menggunakan minyak daripada bahan semula jadi sebagai penyelesaian untuk membaiki dan mengekalkan kelembapan penghalang kulit. Beberapa minyak semula jadi yang berkesan dalam menjaga skin barrier termasuk minyak jojoba, minyak kelapa, minyak argan, minyak primrose, minyak biji bunga matahari, dan banyak lagi. Anda boleh sapukan sedikit minyak asli dan urut perlahan-lahan sehingga ia meresap ke dalam kulit.
10. Buat Rutin Penjagaan Kulit yang Mudah
Menjaga kulit anda tidak semestinya rutin penjagaan kulit yang rumit. Apabila membuat rutin penjagaan kulit, cuba untuk tidak menggunakan terlalu banyak produk dan hanya menggunakan produk yang anda rasa paling penting dan berkesan untuk kulit anda.
11. Gunakan produk penjagaan kulit yang mengandungi ceramide
Menurut kajian pada tahun 2019, produk yang mengandungi bahan pseudo-ceramide telah terbukti mampu memperbaiki masalah kulit kering, gatal dan mengelupas akibat kerosakan pada skin barrier. Selain itu, produk yang mengandungi ceramide juga berguna untuk menguatkan daya tahan struktur lapisan pelindung pada kulit.
12. Kekalkan Diet yang Sihat
Kulit yang sihat bukan sahaja dijaga dari luar, tetapi juga perlu dijaga dari dalam. Salah satu cara untuk melakukannya ialah dengan kerap mengambil makanan yang sihat dan berkhasiat. Beberapa makanan yang baik untuk kulit termasuk lobak merah, bayam, kangkung, tomato, berry, kacang dan salmon.
13. Jangan merokok
Rokok mempunyai pelbagai kesan negatif terhadap tubuh, termasuk kulit. Merokok akan menyebabkan kulit kering dan berkedut. Selain itu, merokok juga boleh menjejaskan tahap kolagen dalam kulit.
Jadi, itu ulasan tentang ciri-ciri, punca, dan cara untuk mengatasi dan mencegah kerosakan pada penghalang kulit. Semoga dengan membaca artikel ini, anda akan lebih faham tentang cara menjaga penghalang kulit.
0 Ulasan