DIGELAR SEBAGAI WANITA PALING CANTIK DI KOREA. INI LAH RAHSIA KECANTIKAN LEE YOUNG AE

DIGELAR SEBAGAI WANITA PALING CANTIK DI KOREA. INI LAH RAHSIA KECANTIKAN LEE YOUNG AE | Rahsia kecantikan pelakon - pelakon yang membintangi siri drama Korea sentiasa menarik minat peminat mereka. Di internet, terdapat pelbagai maklumat tentang cara mereka menjaga kecantikan dan kecergasan mereka. Baru-baru ini tersebar berita bahawa pelakon 'Maestra: String of Truth' , Lee Young Ae hanya makan anggur pada waktu malam untuk mengekalkan bentuk badannya.



Lee Young Ae dikenali sebagai salah seorang artis tercantik di Korea Selatan. Visualnya masih dipuji pada usia 53 tahun. Tidak hairanlah ramai yang ingin tahu tentang rahsia nya menjaga bentuk badan dan kecantikan kulit nya. Tak kurang juga yang merasakan kelebihan sebagai pelakon wanita paling kaya di Korea membuatkan nya tidak mempunyai masalah untuk kelihatan kekal cantik menawan walaupun usianya sudah menginjak 53 tahun.



Salah satu khabar angin yang bertiup kencang tentang caranya menjaga tubuh badan ialah minum 10 gelas air setiap kali berdiet dan hanya makan anggur untuk makan malam. Dalam rancangan  'The Do Show' , Lee Young Ae ditanya tentang perkara tersebut .

 "Bukan begitu. Saya mungkin pernah mengatakannya ketika saya masih muda tetapi tidak begitu. Yang penting makan makanan yang baik, bersenam, menggunakan produk penjagaan kulit yang baik, dan menguruskan tekanan. Itu yang paling penting," katanya.



Dalam temu bual itu, ibu kepada sepasang kembar itu turut bercerita tentang anak lelaki dan perempuannya. Dikatakan anak perempuannya menunjukkan minat dalam dunia hiburan. Tetapi pelakon filem 'Lady Vengeance' itu mencadangkan agar anaknya fokus kepada pendidikan dahulu.



"Jika dia berminat dengan dunia hiburan hanya kerana dia ingin tahu, ia hanya akan menyusahkan dia," kata Lee Young Ae, yang terkenal dengan wataknya sebagai Dae Jang Geum dalam Jewel in The Palace.

Catat Ulasan

0 Ulasan