PENGALAMAN GUNA SIMPLYSITI FRESH COLOUR CUSHION FOUNDATION + ESSENCE

PENGALAMAN GUNA CUSHION FOUNDATION + ESSENCE SIMPLYSITI  | Sejak beberapa bulan lalu saya mencari-cari cushion foundation yang bagus untuk saya guna menggantikan foundation sedia ada yang saya gunakan sekarang. Kadang-kadang bila nak cepat penggunaan cushion foundation lebih sesuai terutamanya kalau berada dalam kereta.



Leceh la nak bawa foundation dengan brush kemana-mana. Jadi kalau ada cushion foundation lebih bagus. Malah foundation pun lebih jimat. Foundation pun dah mahal sekarang, kena la berjimat walaupun nak cantik. Bila guna cushion foundation dapatlah menjimatkan sikit foundtion Alha Alfa tu.

Untuk pemilihan cushion foundation , saya mencari cushion foundation yang ada SPF, boleh blur kan pori-pori, bekas jerawat  dan yang penting sekali mestilah antioxidant. Selepas membaca banyak review dan meniliti berbagai jenis cushion foundation saya memilih Cushion Foundation + Essence dari Simplysiti.



Memandangkan skincare yang saya gunakan adalah water based jadi saya rasa cushion foundation Simplysiti lebih sesuai memandangkan ianya mengandungi aqua sebagai main ingredients.

Saya beli cushion foundation ni waktu Dato Siti Nurhaliza tengan live, Jadi memang dapat harga murah la. Kalau tak salah saya dapat potongan harga 50%. Harga asalnya adalah RM59.90 tapi saya dapat harga RM25.25. Murah kan?? Jadi kalau korang nak beli boleh la tunggu masa live.

Pengalaman Guna Cushion Foundation 

Mula-mula risau jugak kalau cushion foundation ni tak full coverage macam liquid foundation. Tapi bila dah guna rasa puas hati dan berbaloi beli. Adalah juga beberapa perkara yang saya tak berapa suka tentang cushion foundation ni. Baca artikel ni sampai habis dan saya akan ceritakan apa yang best dan tak best tentang cushion foundation ni ok.


Saya test letak kat tangan dulu. Tengok tanda lahir saya kat tangan ni . Tanda lahir saya ni memang terang dan jelas. Dari jauh pun boleh nampak. Tapi bila letak cushion foundation terus tak nampak. Tangan saya dengan muka memang lain kaler. Tangan saya lebih gelap dari muka jadi sebab tu nampak cushion foundation ni shade yang cerah bila letak kat tangan. 

Cushion foundation ni memang full coverage dan ini hanya dua kali dap di tangan saya. Tangan saya ni tak pakai krim apa pun. Tak de letak skincare atau sunscreen. Tapi kalau korang nak pakai cushion foundation ni kenalah pakai skincare korang dulu ye.

Tak kira la korang nak pakai powder foundation ke, liquid foundation ke, cushion foundation ke atau nak pakai bedak compact saja pun, korang wajib pakai skincare dulu. Baru lah semua makeup korang tu melekat elok pada kulit korang.



Sekarang kita pakai dekat muka pulak dengan full makeup. Biasanya untuk apa jenis foundation saya akan pilih 1 shade lebih cerah dari kulit saya sebab saya tak nak kulit saya nampak kusam bila foundation oxidise. Mana lah tau kan....

Nampak full coverage kan. Yang bestnya bila dah siap lengkap semua , pakai loose powder, pakai compacr powder makeup korang akan jadi lebih cantik. Langsung tak oxidise. 

Hari raya baru-baru ni pun saya guna cushion foundation ni jugak. Alhamdulillah mudah nak pakai. Tahan lama dan tak bercapuk walaupun kena panas dan berpeluh-peluh makan laksa dan lemang. Cuaca pulak panas terik di belah Kedah dan Perak nih. Walaupun menitis peluh tapi makeup maintain cantik.


Cantik tak makeup I masa hari raya?

Untuk makeup raya ni saya pakai loose powder silky girl code 02 lepas pakai cushion foundation. Kemudian baru saya pakai compact powder. Sebab saya nak bagi makeup saya tahan lama. Tak payah touchup2 dah. Makeup saya ni tahan dari pukul 8 pagi sampai pukul 2 petang tau. Last sekali pakai setting spray. Bukan fixxing spray ye. Setting spray je. Ni kalau saya pakai fixxing spray comfirm sampai malam la makeup  ni bertahan , Tapi sebab nanti nak solat so saya pakai setting spray je.
 

Lepas solat nak makeup semula pun jadi mudah sangat.Sekejap je makeup dah siap sebab tak payah nak dap2 foundation lama2 macam selalu. Macam gambar I yang bawah ni, tak de makeup beria-ia pun. Yang ni just pakai cushion foundation lepas tu dap2 dengan powder foundation. Nampak smooth kan. Hilang cela-cela dan aib di wajah. Sumpah rasa lawa giler kulit saya. Padahal kalau tak de pakai apa ni memang penuh bekas jerawat.



Yang ni lebih jelas kulit I. Yang ni memang tak de filter punya gambar..


Cushion foundation ni cuma ada 2 shade saja. Itu lah yang saya tak berapa suka dengan cushion foundation nih. Light Beige dan Natural Beige. Light Beige agak terlalu cerah untuk saya jadi saya pilih natural beige.Kalau la simplysiti boleh buat satu lagi shade yang agak gelap dari natural beige, ianya lebih baik dan lebih ramai yang tanned skin boleh pakai cushion foundation ni.



UNBOXING SIMPLYSITI FRESH COLOUR CUSHION FOUNDATION + ESSENCE 













kalau korang nak dapatkan cushion foundation ni boleh cari ni watson dan nak lagi murah beli semasa live di shopee dan TikTok. 




Catat Ulasan

0 Ulasan