RESEPI LAKSA PALING SEDAP GUNA IKAN KEMBUNG| Baru-baru ni saya masak laksa untuk berbuka puasa. Anak dara sorang ni tengah puasa nazar. Memandangkan dah lama tak buat laksa untuk dia jadi kita decide untuk buat laksa je lah. Laksa ni memang favorites dia. Kalau ada laksa memang tak kan makan nasi selagi laksa tak habis.
Untuk buat laksa saya suka guna ikan kembung sebab kurang hanyir macam ikan selayang atau sardin. Bila makan tu mulut tak la kuat sangat bau ikan. Tapi rasanya tetap sedap. Kalau di belah-belah kedah ,laksa memang dibuat menggunakan ikan kembung. Tapi di Perak , kebanyakan nya guna ikan sardin atau ikan selayang.
Untuk resepi ni saya buat menggunakan 2 bungkus laksa. Rendam dulu laksa untuk 2-3 jam. Kalau korang guna laksa halus tak payah rendam. Terus saja masak. Masak laksa halus lebih cepat lembut berbanding laksa besar yang biasa kita jumpa tu.
Kalau nak tahu tips masak laksa supaya cepat lembut boleh baca di sinidi sini.
Bagi yang baru nak cuba-cuba masak laksa dibawah ni sata sertakan resepi laksa sedap dan mudah.
Bahan-bahan
2 bungkus laksa. Rendam laksa dalam 1-3 jam sebelum rebus.
10 ekor ikan kembung saiz besar.
10 biji bawang merah
20 tangkai cili kering
2 inci belacan
2 kuntum bunga kantan
segenggam daun kesom
Garam
10 keping asam keping.
Bahan sampingan - timun, bawang besar, limau dan telur rebus.
Cara Masak Laksa Paling Sedap
1. rebus laksa sampai lembut.
2. besiang ikan,bersihkan dan rebus ikan dengan 3 mangkuk air. Bila ikan dah masak, asingkan air dan ikan. Air rebusan masuk kan dalam periuk untuk masak kuah laksa.
3. Bila ikan dah sejuk, asingkan,isi dan tulang serta kepala ikan. Kisar isi ikan bersama air rebusan ikan tadi.
4. kisar pulak tulang dan kepala ikan
kemudian tapis ambil air nya sahaja.Airnya campur dengan ikan kisar tadi.
Sisa tulang ikan boleh buang dalam tanah untuk buat tanam bunga nanti. ðŸ¤
5. kisar bawang bersama cili kering dan belacan. Masauk kan dalam kuah laksa.
6. Asingkan daun kesom dari batang nya. Cuci bersih dan masuk kan dalam kuah laksa. Potong bunga kantan pada 2 bahagian dan masuk kan dalam periuk. Masuk kan garam dan asam keping
7. masak kuah sehingga mendidih.. Jika kuah terlalu pekat boleh masuk kan air. Jangan masuk kan air banyak secara terus. Masuk lan sikit2 supaya kuah tak terlajak cair.
8. potong timun. bawang besar, dan limau dan telur. bila nak makan cedok laksa, letak kuah dan letak timun,bawang besar telur dan perahkan limau.
9. sedia untuk di makan.
0 Ulasan