CARA PAKAI MENSTRUAL CUP YANG BETUL | Ramai yang tak mahu pakai menstrual cup bukan sebab tak minat nak pakai tapi kerana tak tahu nak pakai menstrual cup. Kalau salah pakai takut bahayakan badan pula. Macam mana kalau dah pakai lepas tu nak buka? Macam mana pula kalau nak keluarkan menstrual cup tapi tak boleh? Hari ni saya nak kongsikan cara pakai menstrual cup supaya memudahkan lagi korang untuk memahami macam mana menstrual cup berfungsi.
Kalau untuk saya sendiri saya akan pilih menstrual cup yang ada ekor yang pendek macam dalam gambar atas ni. Ianya lebih selesa dipakai sebab ekor dia tak kan terjuntai keluar. Ekor yang panjang lepas tu terjuntai keluar akan buat kita rasa tak selesa sebab bila nak berjalan ada benda ganggu langkah kita tu. Lama2 jadi sakit la sebab bergesel.
Bila pakai rasa tak selesa itu bermakna kedudukan menstrual cup tak betul dan belum masuk dengan sempurna. Korang kena keluarkan semula dan masuk kan dengan betul.
Cara kita pegang menstrual cup juga kena betul supaya menstrual cup mudah di pakai. Lihat gambar dibawah untuk rujukan
Jangan masuk kan menstrual cup secara menegak keatas sebab laluan vagina kita bukan menegak. tapi melintang. Cara pegang nya juga menghala ke arah kita bukan keatas.
Tengok rajah diatas. Itu kedudukan saluran vagina wanita. Ada lekuk dibahagian bawah tu. Jadi cara masuk tu bukan menegak ke atas. Kalau masuk kan cara menegak mestilah rasa sakit dan tak masuk betul2 menstrual cup tu.
Bagaimana cara lipat menstrual cup
Ada 8 cara lipat atau bentuk kan menstrual cup supaya mudah dipakai. Bagi saya sendiri cara paling senang adalah C or U, Punch Down dan Triangle. Tapi yang selalu saya buat adalah punch down. Cuma punch down ambil masa sedikit untuk cup tu terbuka bila kita pakai.
Yang paling senang terbuka sebaik saja kita pakai menstrual cup adalah Oragami. Korang kena test satu2 untuk pilih yang mana paling sesuai dengan korang.
Saya pilih punch down sebab ianya mudah dilipat . Kalau korang rasa menstrual cup tu tak terbuka , korang boleh pusingkan menstrual cup ke kiri atau kekanan. bila rasa ada 'poop' itu bermakna menstrual cup dah terbuka.
0 Ulasan