REVIEW DAN SINOPSIS : QUEEN OF DIVORCE

REVIEW DAN SINOPSIS : QUEEN OF DIVORCE | Kdrama lakonan Kang Ki Young dan Lee Ji Ah disiarkan bermula 31 January 2024. Drama ini diarahkan oleh Park Jin Seok dan ditulis oleh Jung Hee Sun.



Queen Of divorce  boleh di tonton disaluran Viu  dengan langganan premium sebanyak 13 episod sahaja. ni

Sinopsis Queen Of Divorce

Kim Sa Ra menantu kepada Cha Hui Won, pemilik sebuah firma guaman terbesar di Korea Selatan. Perkahwinan nya dengan Noh Yul Seong dikawal sepenuhnya oleh ibu mertuanya yang kejam. Dia tidak pernah menganggap Kim Sa Ra sebagai menantu. 

Demi nama dan pengaruh dia menganiaya Kim Sa Ra hingga Kim Sa Ra dipaksa cerai dan dipenjarakan. Ketika di dalam penjara,suaminya berkahwin dengan wanita lain.



Berasa dirinya dianiaya dia nekad untuk membalas dendam. Tambahan pula dia mendapat sokongan dari Son Jang Mi, wanita yang pernah dia bantu ketika bekerja di firma guaman milik mertuanya. 

Sebaik sahaja bebas dari hukuman penjara dia dan Son jang Mi menubuhkan syarikat penyelesaian penceraian dengan dibantu beberapa kenalan. 

Dong Gi Jun seorang bekas pendakwaraya dan bekas kekasih Kim Sa Ra, melepaskan jawatan pendakwaraya dan turut menyertai Kim Sa Ra sebagai penasihat guaman. 



Review Queen Of Divorce

Drama pertama lakonan Kang Ki Young pegang watak utama. Dah jadi hero pun masih kelakar ye. Kalau sebelum² ni dia pegang watak sampingan saja. Tapi ramai yang suka dengan kemunculan dia dalam drama2 lain sebab dia ni macam penyeri.

Watak komedi pun boleh, jadi jahat dalam The Uncanny Counters pun boleh dan sekarang dapat watak utama. Digandingkan pulak dengan Lee Ji Ah yang menawan . Nampak serasi betul mereka ni.



Drama ni memang buat kita geram je tau. Banyak kes2 yang buat emosi kita tak ok. Paling geram kes suami ahli politik yang taksub dengan kultus. Laki dia macam bodoh sangat sebab percaya kultus yang dia join tu. 

Jalan cerita drama ni menarik sebab dia tentang balas dendam. Tapi macam tak logik pulak bila pelaku dalam kes ni tak dedahkan pun yang Noh Yul Seong (bekas suami Sa Ra ) ada terlibat dalam kes tu.  



Sebenarnya ada banyak jugak kelemahan lain dalam drama ni yang dirasakan tak berapa kuat plot dia. kita boleh patahkan gitu je. Paling tak boleh diterima akal macam mana seorang peguam, pemilik firma guaman boleh melakukan jenayah sampai tak pernah terlepas. Kalau mereka tu pemilih syarikat hartanah ke, ada perniagaan import eksport ke boleh la nak dikatakan terlibat dengan kes2 jenayah.



Tapi sebab seronok nak tengok Noh Yul Seong terjerepuk bersama ibunya kita pun tengok la drama ni setiap minggu.🤭🤭

Pelakon Queen Of  Divorce

Kang Ki Young

Lee Ji Ah

Oh Min Suk

Na Young Hee

Kim Son Young

Seo Hye Won

Lee Tae Gu

Kim Si Hyun

Catat Ulasan

0 Ulasan