HANYA 2 STEP, MOISTURIZER DAN SUNSCREEN TERBAIK | CARA MUDAH DAPATKAN KULIT GLOWING SEBELUM RAYA | Raya nanti ada plan nak jumpa kawan-kawan lama dan saudara-mara di kampung tapi rasa tak yakin je sebab kulit nampak kusam dan tak berseri. Mesti ramai yang ada perasaan macam ni. Tapi sempat ke nak dapatkan kulit glowing ala korea sebelum raya ni? Bagaimana cara pakai skincare untuk dapat makeup yang boleh tahan seharian?
|
skincare untuk Glowing sebelum raya |
Bukan baju raya saja yang penting tapi cara penjagaan muka juga sangat penting supaya dihari raya nanti kita lebih yakin nak keluar bertemu dengan rakan-rakan dan saudara mara.
Kali ni saya nak kongsikan cara glowingkan muka ala korea sebelum raya supaya di hari raya nanti kita akan nampak cantik berseri.
Kulit Glowing Sebelum Hari Raya Dengan Rutin Skincare
Kenapa kita kena pakai skincare? Ramai orang rasa kulit mereka tak ada jerawat , tak ada jeragat jadi mereka rasa mereka tak perlu memakai skincare. Sebenarnya semakin kita berusia akan muncul sel-sel kulit mati pada kulit kita. Bayangkan jika kita tidak memakai skincare, sel-sel kulit mati akan berkumpul di permukaan kulit dan membuatkan kulit kita nampak kusam dan kering.
Kulit yang kusam akan kelihatan tidak bermaya.Lebih dasyat lagi apabila kita memakai solekan, bahan solekan tersebut tidak dapat menempel dengan sempurna di wajah kita disebabkan sel-sel kulit mati yang terdapat pada wajah kita.
Mengabaikan penggunaan skincare juga akan membuatkan lingkaran hitam dibawah mata muncul. Hidrasi kulit akan menurun dan membuatkan pembuluh darah dibawah mata lebih jelas kelihatan. Jadi wajah kita akan nampak tak bermaya seperti keletihan.Bila tiba saja hari raya baru lah kita rasa nak pakai solekan. Sudahnya kita hairan mengapa soleken di wajah kita tak secantik di wajah orang lain sedangkan kita menggunakan bahan solekan yang sama dengan orang lain. Puncanya adalah kita mengabaikan rutin skincare. Solekan juga tak akan dapat menutup kulit kusam di wajah kita.
Bila solekan cantik di wajah dan bertahan lama, kita tak payah nak touch up makeup terlalu kerap bila keluar beraya. Semakin lama solekan lebih cantik kerana kita ada kulit yang sihat.
Penting memakai skincare bukan sahaja untuk orang yang memakai solekan tapi juga bagi mereka yang tidak memakai solekan. Skincare rutin itu juga sama pentingnya bagi mereka yang tidak suka bersolek kerana wajah tanpa solekan lebih jelas nampak kusam dan kerosakan pada kulit lebih jelas kelihatan. Jadi sebaiknya mulakan memakai skincare terbaik untuk kulit sihat sama ada kita suka makeup atau pun tidak.
Skincare Rutin Terbaik Untuk Kulit Glowing Sebelum Raya
Tak pakai serum dan toner pun boleh dapat kulit yang glowing juga. Cukap dengan 3 langkah yang minima setiap hari dilakukan secara rutin tak mustahil seawal 3 minggu dah boleh lihat perubahan ketara pada kulit wajah kita. Ikut step di bawah dan korang sedia untuk mengalami perubahan.
|
skincare rutin yang betul |
1. Double cleanser
Wajib buat double cleansing terutamaya kalau korang ada kulit berminyak, suka makeup dan kerap berada diluar. Double cleanser akan menghilangkan kulit mati dan mencuci pori-pori kulit. Mula-mula apply oil cleanser pada wajah dan kemudian cuci muka seperti biasa dengan Aloe AC Clean buble Cleanser. Bilas hingga bersih dan keringkan wajah untuk ke step ke dua.
2. Moisturizer
Jangan skip moisturizer. Moisturizer yang bagus sangat penting untuk menjaga kelembapan kulit kita dan juga untuk menjaga skin barrier kulit kita supaya tak rosak akibat dari sel kulit mati atau pun minyak yang berlebihan di kulit kita. Pilih hydrating moisturizers yang mengandungi Niacinamide. Saya cadangkan Aqua Whitening cream dari Hansaegee Nature. Moisturizer terbaik ini juga boleh mencerahkan kulit dan kalau korang amalkan 2x setiap hari korang boleh dapat glass skin macam artis-artis korea yang korang suka tengok tu.
|
Pakai moisturizer sebagai makeup base |
Apply Moisturizer setelah wajah kering selepas dicuci. Sapu moisturizer yang cukup untuk kulit wajah. Ratakan diseluruh wajah dan leher. Biarkan moisturizer menyerap ke dalam kulit dan barulah pakai sunscreen.
Moisturizer pakai waktu bila? Waktu terbaik untuk pakai moisturizer adalah di waktu pagi dan sebelum tidur sebaik sahaja selepas mencuci muka. Jangan sesekali memakai moisturizer tanpa mencuci muka terutama nya jika kulit kita jenis berminyak.
3. Sunscreen
Orang korea paling menitik beratkan tentang pemakaian sunscreen. Kemana-mana diaorang pergi wajib pakai sunscreen. Sebab tu kulit diaorang memang cantik , susah nak berjeragat. Saya cadangkan korang guna Aloe Vera Sunscreen dari Hansagee Nature sebab ada kandungan Aloe Vera yang boleh mengekalkan kelembapan pada kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.
|
Pakai sunscreen 2 ruas jari untuk makeup lebih tahan lama |
Fungsi utama sunscreen adalah melindungi kulit dari sinar UV. Jadi penting untuk meratakan sunscreen yang cukup di wajah. Picit sunscreen di 2 ruas jari. Jumlah tersebut adalah jumlah yang tepat untuk penggunaan suscreen bagi setiap orang.
Skincare Yang wajib Ada Untuk Kulit Glowing Sebelum Raya
Ramai antara kita yang mempunyai masalah kulit kerana tidak pernah menggunakan skincare atau pun penggunaan skincare yang tidak konsisten. Tapi masih belum terlambat untuk kita memulihkan kulit dengan rutin skincare yang minimal dengan penggunaan produk yang tepat.
|
skincare untuk kulit berminyak |
Seperti yang saya kongsikan diatas, dengan 3 rutin skincare sahaja kita dah boleh dapat glowing skin ala korea. Cleanser, Moisturizer dan sunscreen terbaik yang wajib korang pakai setiap hari dan hasilnya akan korang dapat sebelum raya.
Untuk saya sendiri Aqua Whitening Cream dan Aloe Vera Sunscreen adalah skincare terbaik yang saya gunakan untuk mengekalkan kulit wajah yang sihat tanpa cela.
Moisturizer Water Based Aqua Whitening Cream
Rahsia dan cara glowingkan muka adalah menggunakan moisturizer terbaik yang water based sebab ianya akan mengekalkan kelembapan pada kulit. Penggunaan 2 kali sehari dah cukup untuk membuatkan kulit kita kekal hydrasi.
Sebagai pengguna setia Aqua Whitening Cream saya sangat mencadangkan agar mereka yang mengalami masalah kulit kering, kusam , lingkaran gelap bawah mata, kulit berminyak dan sunburn untuk menggunakan cream siang terbaik ini.
Tekstur Aqua Whitening cream yang tidak melekit dan tidak berminyak menjadikan ianya skincare untuk kulit berminyak yang sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat atau pun kulit sensitif. Teksturnya yang ringan membuatkan ianya mudah menyerap ke dalam kulit dan bertindak balas pada kulit dengan cepat.
|
Tekstur cream yang ringan dan tidak berminyak |
Saya suka menggunakan cream siang ini sebagai makeup base kerana teksturnya yang ringan dan berasaskan air sangat sesuai untuk dijadikan makeup base. Jangan sesekali memilih heavy cream sebagai makeup based kerana ianya akan membuatkan makeup mudah crack dan tidak tahan lama terutamanya ketika berpeluh. Makeup juga akan nampak lebih berminyak.
Tips memilih moisturizer terbaik untuk makeup base : Moisturizer Water based, tekstur yang ringan,
Rahsia solekan yang cantik adalah bermula dari kulit yang lembab. Pastikan kulit kekal lembab dengan menggunakan Aqua Whitening Cream. Kandungan nya yang terdiri daripada Camellia Japonica Seed Oil dan Niacinamide membantu kulit membina sel baru dan menjadikan permukaan kulit licin sekaligus mengecilkan liang pori.
2 bahan ini juga berfungsi untuk menganjalkan kulit dan memudarkan bekas jerawat dan jeragat. Tanpa solekan pun kulit kita akan nampak cantik berseri.
|
Water drop yang terhasil apabila cream di sapu pada kulit |
Apabila cream di sapu pada kulit akan terhasl water drop yang berfungsi untuk mengekalkan kelembapan pada kulit sepanjang hari.
Cara guna moisturizer yang betul.
Dalam masa beberapa minggu saja lagi sebelum hari raya , kita nak kulit jadi glowing , nak glass skin dan nak kulit yang sihat. Ada tips dan cara pakai skincare yang betul supaya kesan nya lebih cepat dan berkesan.
Yang pertama sekali jangan guna moisturizer sebelum mencuci muka. Wajah perlu bersih dan kulit masih dalam keadaan lembab. Kerana moisturizer itu kegunaan nya untuk mencuci kelembapan.
Jangan guna moisturizer ketika kulit masih basah. Walaupun kulit perlu lembab sebelum memakai moisturizer tapi jangan pula biarkan kulit kita sedang dalam keadaan basah. Pastikan air diwajah kering dahulu.Dan kemudian baru lah pakai moisturizer.
Jangan berhenti menggunakan moisturizer walaupun kulit wajah berminyak. Pilih moisturizer yang tepat dengan keadaan kulit. Moisturizer mampu mengawal minyak berlebihan pada kulit sebab itulah walaupun kulit kita berminyak, kita tetap wajib memakai moisturizer. Hansaegee Nature adalah skincare untuk kulit berminyak yang terbaik.
Moisturizer wajib digunakan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Moiturizer hanya bertahan 6- 8 jam sehari . Jadi untuk memaksimakan kelebapan dalam kulit gunakan moisturizer 2-4 kali sehari bagi anda yang mempunyai kulit kering.
Jangan gunakan moisturizer jenis matte sebagai based makeup. Moisturizer jenis matte tidak sesuai untuk dijadikan makeup base kerana ianya tidak mampu membuat solekan melekat di wajah. Pilih moisturizer water based yang teksturnya watery gel seperti Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature yang bila disapu ke wajah ianya jernih seperti gambar di bawah.
Aloe Vera Sunscreen
Apa akan jadi kalau tak pakai sunscreen? Fungsi sunscreen adalah melindungi kulit kita dari sinaran UV atau pun sinaran matahari.Kulit yang tidak ada perlindungan akan mengalami beberapa masalah kulit seperti jeragat, kulit kusam sunburn, penuaan atau lebih serius lagi masalah kanser kulit.
Sebegitu pentingnya sunscreen hingga kan ianya menjadi rutin skincare yang wajib untuk saya sendiri yang memilih Sunscreen Aloe Vera sebagai sunscreen terbaik untuk rutin skincare saya sebagai persediaan hari raya yang bakal tiba.
Aloe Vera sunscreen mempunyai cici-ciri sunscreen hybrid terbaik di Malaysia . Teksturnya yang yang tidak berminyak dan menjadikan nya mudah dipakai. Sapuan ringkas juga tidak akan meninggalkan white-cast kerana sunscreen tanpa white-cast sangat mudah diratakan ke wajah. Kesan putih sunscreen akan buat wajah bercapuk. Jadi adalah lebih baik memilih sunscreen tanpa white-cast.
Aloe Vera sunscreen juga adalah hybrid sunscreen yang mengekalkan kelembapan pada kulit. Sunscreen ini juga saya gunakan sebagai makeup base kerana teksturnya yang ringan, tidak berminyak, berasaskan air , tiada white-cast dan yang penting sekali ianya membuatkan makeup lebih tahan lama.
Sunscreen ini juga sangat mudah dibersihkan terutama sekali bila saya singgah di masjid untuk solat. Sifatnya yang mesra wuduk memudahkan saya mencuci sunscreen di wajah dengan lebih cepat . Perjalanan di hari raya juga lebih lancar kerana sunscreen yang mudah di pakai dan mudah dibersihkan.
|
Tekstur sunscreen yang ringan , tak berminyak dan mesra wuduk |
Tekstur sunscreen yang ringan , tidak berminyak dan tiada white cast membuatkan ianya mudah dibersihkan hanya dengan menggunakan air. Ratakan air pada kulit dan gosok perlahan-lahan untuk menanggalkan sunscreen. Sunscreen akan larut dan sebati bersama air dengan sangat cepat dan mudah dicuci walaupun tanpa menggunakan pencuci muka. Kemudian saya boleh mengambil wuduk seperti biasa tanpa ada rasa was-was dengan kesan sunscreen diwajah.
Cara guna sunscreen yang betul
Menggunakan sunscreen juga ada caranya. Baru lah sunscreen benar-benar mampu melindungi kulit kita dari rosak akibat sinaran UV. Dengan cuaca yang panas sekarang, kita tentu nak sunscreen kita menjaga lapisan kulit sewaktu kita keluar beraya nanti. Oleh sebab itu gunakan sunscreen dengan betul.
Pertama sekali pilih hybrid sunscreen sebagai skincare terbaik untuk rutin penjagaan wajah. Aloe Vera sunscreen dari hansaegee Nature adalah Hybrid sunscreen yang mempunyai sifat chemical sunscreen dan Physical sunscreen. Ianya memberi perlindungan lebih efektif berbanding sunscreen biasa.
Kedua, Guna sunscreen sebanyak 2 ruas jari. Penggunaan 2 ruas jari termasuk di bahagian leher. Ia adalah amaun yang tepat untuk perlindungan kulit yang sempurna dan menyeluruh.
Kemudian gunakan sunscreen selepas moisturizer sudah meresap kedalam kulit. Atau pakai sunscreen selepas 5 minit memakai moisturizer. Ini supaya sunscreen berada dilapisan atas kulit agar ianya mampu melindungi kulit kekal lembab.
Walaupun memakai sunscreen kita tetap perlu menghindari cahaya matahari secara terus ke kulit. Boleh gunakan payung atau pun topi sebagai cara penjagaan muka agar tidak terkena matahari secara terus ke kulit
Mengamalkan rutin skincare sangat mudah, Bukan? Dengan 2 produk dari Hansaegee Nature ini kita dah boleh melangkah dengan yakin di hari raya nanti. Kulit yang sihat memberi keyakinan diri yang tinggi.
0 Ulasan