PENGALAMAN GUNA MENSTRUAL CUP - KEHIDUPAN BERUBAH BILA PERTAMA KALI GUNA MENSTRUAL CUP | Saya percaya setiap perubahan kecil atau besar yang kita lakukan akan mengubah perjalanan hidup kita. Tak kira sama ada perubahan tersebut dibuat dengan berterusan dan kekal ataupun perubahan yang bersifat sementara.
Tahun 2024 saya mengubah rutin haid saya dengan penggunaan menstrual cup. Jika sebelum ni saya menggunakan pad tapi tahun ni saya terbuka hati menggunakan menstrual cup. Keinginan ini pernah terdetik beberapa tahun lepas. Tapi entah kenapa saya terlupa, tiada kesedaran, tak cukup ilmu menjadikan niat saya tu tertanam dan berkubur. Alhamdulillah tahun 2024 tunasnya muncul kembali.
Apa yang membuatkan saya nekad untuk menggunakan menstrual cup dan berhenti menggunakan pad?
Sejak 10 tahun lalu saya mula menyedari yang kulit saya akan jadi gatal2 ketika menggunakan pad. Ianya akan menjadi merah-merah, bengkak dan pedih setiap kali datang haid. Rasa tak selesa dan menyebabkan mood jadi tak baik.
Bukan itu sahaja, saya juga jadi malas nak keluar disebabkan kulit jadi gatal-gatal. Saya kerap membetulkan pad supaya kedudukan nya akan buat saya lebih selesa. Tapi keadaan masih sama. Rasa tak selesa dan kulit jadi gatal2 sepanjang haid.
Penggunaan pad juga membuatkan tidur malam saya asyik terganggu kerana gatal-gatal. Ada juga rasa risau jika bocor dan mengotorkan cadar dan tempat tidur. Sebab tu bila datang haid saya lebih kerap tidur siang kerana tidur malam yang tak nyenyak. Muka nampak letih dan asyik tak de mood. Lepas tu mula nak salahkan hormon. Sedangkan yang sebenarnya saya rasa tak selesa dan rimas ketika pakai pad.
Kerap kali saya menukar jenama pad agar menemui pad yang sesuai dengan kulit saya. Tapi semuanya sama sahaja.
Bau darah haid juga adalah sebab kenapa saya bertukar menggunakan menstrual cup. Selama ni saya fikir darah haid memang busuk. Rupanya saya salah.
Darah haid pada pad akan berbau busuk kerana darah pada pad sudah terdedah dengan udara. Tambah pulak jika ada air menitis diatas pad yang dipakai semula. Biasanya berlaku selepas kita membuang air kecil atau selepas mandi. Sebab itu lah baunya busuk. Sedangkan darah haid yang belum terdedah pada udara dan sebagainya adalah sama seperti darah dalam badan kita. Baunya seperti besi. Bukan busuk seperti bau darah ikan yang hanyir.
Katika pertama kali menggunakan menstrual cup saya hairan mengapa darah dalam cup tidak berbau busuk..Rupanya ia kerana darah dalam cup yang saya baru keluarkan masih fresh dan tidak terdedah pada udara. menyebabkan baunya tidak terjejas.
BACA: MASIH MUDA TAPI SUDAH BERUBAN. 6 CARA MUDAH MENGHILANGKAN UBAN
Pertama kali guna menstrual cup
Sewaktu pertama kali menggunakan menstrual cup memang rasa sedikit risau. Mampukah saya untuk terus menggunakan nya atau saya akan putus asa?
'No turning back' .. itu lah ayat yang kerap saya baca dari pengalaman ramai wanita yang dah menggunakan menstrual cup. Saya yakin saya juga mampu seperti mereka.
Bagaimana cara menanam keyakinan diri untuk menggunakan menstrual cup? 2 minggu sebelum kedatangan haid saya isi masa lapang saya dengan banyak membaca artikel dan menonton video tentang penggunaan menstrual cup. Sedikit sebanyak cara ini sangat-sangat berkesan dan menguatkan kayakinan diri.
Saya juga membeli menastrual cup dan mempraktik kan nya. Dengan tips yang saya ikuti dari pembacaan dan video, sekali percubaan sahaja saya dah berjaya memakai menstrual cup. Ianya tak la susah dan menyakitkan seperti yang ramai wanita fikir.
Alhamdulillah sepancang haid saya menggunakan menstrual cup, saya rasa sangat selesa dan ada masanya saya terlupa yang saya sedang dalam haid.
Rasa tidak selesa, gatal-gatal, busuk darah haid, tak ada mood, malas dan mengantuk sepanjang hari hilang dalam sekelip mata saja.
Menstrual cup mengubah kehidupan saya.
Selagi tak cuba ,selagi tu kita tak tahu. Tak perlu pengalaman sehingga 2,3 tahun untuk mahir menggunakan menstrual cup. Bulan pertama haid sahaja dah cukup membuatkan saya cukup tahu cara mengendalikan menstrual cup yang saya gunakan.
Penggunaan menstrual cup juga membuatkan saya cukup mengenali darah haid saya sepanjang 7 hari dalam haid. Saya tahu berapa jam cup akan penuh dan perlu dibersihkan.
Saya juga tahu hari keberapa haid saya akan berhenti sementara dan kembali semula dalam minggu haid tersebut. Dan yang lebih membuatkan saya yakin untuk terus menggunakan menstrual cup ialah saya tak lagi mengalami tidur yang tidak cukup dan mood yang berubah-ubah. Saya ceria dan segar sepanjang hari.
Baca: CARA PAKAI MENSTRUAL CUP
Soalan tentang menstrual cup yang kerap ditanya:
1. Anak dara yang belum kahwin boleh pakai menstrual cup tak?
Jawapan: Boleh..Walaupun wanita tersebut belum pernah berkahwin, belum pernah melahirkan anak dan belum pernah melakukan huhungan intim dengan lelaki, wanita tersebut boleh menggunakan menstrual cup.
Sebelum memakai menstrual cup banyak kan menonton video tentang cara memakai menstrual cup.
Badan perlu rileks dan tenang. Jangan keraskan badan dan vagina perlu berada dalam keadaan rileks. Cara ini akan membuatkan menstrual cup lebih mudah dipakai.
2. Kalau nak kencing atau berak perlu buka menstrual cup?
Jawapan: Kalau nak kencing saya tak buka menstrual cup. Kita boleh kencing saja macam biasa dan bersihkan vagina kita macam biasa. Tak kira sama ada kita guna tandas cangkung atau tandas duduk, kita boleh kencing saja tanpa buka menstrual cup.
Tapi untuk berak, ikut pengalaman saya, saya akan buka. Kalau tak nak buka pun boleh tapi rasa macam susah nak berak sebab ada cup di sebelah laluan najis kita. Kemudian kita akan rasa seolah2 najis kita menolak cup tersebut. Memang tak selesa la. Jadi saya akan buka saja.
Lepas berak, bersihkan semula cup dan pakai balik macam biasa.
3. Pakai menstrual cup boleh hilang selaput dara tak?
Jawapan: Selaput dara berada dipintu vagina kita. Jadi dah tentu bila kita masuk kan cup dia akan menyentuh selaput dara dulu.
Hilang selaput dara ketika pakai menstrual cup bukan lah bermakna anda bukan lagi anak dara. Anda tetap anak dara selagi belum pernah melakukan hubungan badan dengan mana2 lelaki.
Selaput dara sangat nipis dan ianya juga boleh hilang ketika kita melakukan aktiviti lasak. Anda mungkin rasa selaput dara masih ada sedangkan selaput dara anda susah lama hilang akibat aktiviti lasak yang anda lakulan sebelum ini. Rasa sakit ketika melakukan hubungan badan pertama kali bukan lah bermakna selaput dara anda masih anda. Tapi ianya kerana "pertama kali".
4. Saya takut menstrual cup masuk kedalam badan ...
Jawapan: Jika dilihat dari gambar diatas selepas laluan vagina terdapat laluan cervix yang cukup kecil. Menstrual cup yang kita pakai akan berada di laluan vagina sahaja. Cup tersebut tak mungkin akan melepasi ruang cervix yang laluan nya sangat kecil. Cervix hanya akan mengembang apabila kita akan melahirkan anak sahaja. Sampai ke hari ini belum pernah berlaku kejadian sebegitu yang dilaporkan dari klinik-klinik dan hospital.
Jika menstrual cup yang anda masuk kan susah untuk dikeluarkan, anda hanya perlu bertenang ,rilek kan badan dan masuk kan jari untuk membetulkan kedudukan menstrual cup anda. Anda juga boleh Picit bahagian tepi menstrual cup dan tarik keluar. Kuncinya adalah sabar dan tenang.
5. Macamana nak tahu cup sudah penuh?
Jawapan: Untuk kali pertama jangan pakai sehingga 12 jam. Tetapkan setiap 3 jam sekali untuk mencuci menstrual cup. Pastikan anda tahu darah anda banyak mana untuk setiap 3 jam.
Biasanya haid hari pertama dan kedua memang akan banyak darah. Untuk saya sendiri, pada hari pertama dan kedua saya akan mencuci menstrual cup saya setiap 4 jam sekali.
Pada hari ke tiga hingga ke lima ,saya cuci setiap 5-6 jam.
Dan hari kemudian baru lah lebih 8 jam sekali untuk mencuci menstrual cup. Untuk bulan hadapan anda dah tahu berapa jam sekali untuk anda cuci menstrual cup anda. Cara ni tak kan buat anda kebocoran lagi.
6. Nak cuci menstrual cup guna apa?
Hari pertama haid, sebelum pakai menstrual cup, rendam dulu menstrual cup anda dalam air panas selama 5-10 minit. kemudian bilas dengan air biasa untuk sejuk kan cup. Kemudian dah boleh pakai.
Cukup masa anda nak keluarkan cup dari vagina, buang darah dalam cup dan cuci dengan biasa saja. Kemudian boleh pakai cup kembali macam biasa.
Tapi kalau ada bajet lebih anda boleh gunakan foam pencuci cup. Boleh beli online. Farmasi pun ada jual.
Bila haid dah habis dan kering, cuci cup bersih2 dan rendam cup dalam air panas 5-10 minit. kemudian keringkan dengan tisu dan simpan dalam bekas cup. jangan biar terdedah dimerata tempat.
Menstrual cup yang dijaga dengan baik boleh tahan sampai 10 tahun.
*Sterelize sebelum pakai pada hari pertama
*Sterelize sekali lagi sebelum simpan cup pada hari terakhir period.
* Sepanjang haid cuci dengan air biasa sahaja.
7. Macam mana nak pilih saiz cup yang sesuai?
Mestrual cup biasanya ada saiz S, M dan L.
Untuk saiz S sesuai bagi mereka yang belum berkahwin , belum melahirkan anak dan belum pernah melakukan hubungan badan dengan lelaki.
Saiz M bagi mereka yang dah berkahwin tapi belum pernah melahirkan anak atau pun yang pernah lahirkan sorang anak. Tapi ada jugak yang dah lahirkan anak lebih dari sekali yang guna saiz M.
Saiz L pulak untuk mereka yang dah beranak lebih 2 kali. Jadi untuk lebih selamat korang boleh beli saiz M dan L kemudian cuba pakai yang mana satu lebih selesa.
Tapi sekarang dah ada menstrual disc yang ada dalam 1 saiz sahaja. Menstrual disc sesuai untuk semua golongan wanita dari gadis yang belum berkahwin , belum melahirkan anak sampai la ke wanita yang dah lahirkan ramai anak.
8. Kalau pakai IUCD boleh ke pakai menstrual cup?
Jawapan: Boleh , Tapi tak digalak kan. Dan kebanyakan yang pakai IUCD memang akan menolak untuk guna menstrual cup sebab rasa tak selesa kerana menstrual cup ni ada suction bila kita pakai. Memang akan mengganggu IUCD korang. Jalan selamat,tak payah pakai.
Tapi korang boleh guna menstrual disc sebab menstrual disc dipakai dengan kita masuk kan disc dan sangkut dia pada bahagian lekuk pada permukaan vigina kita. Dia tak ada suction macam menstrual cup.
Jadi pada wanita yang pakai IUCD boleh guna menstrual disc.
9.
10.
0 Ulasan