Talam dua Muka adalah keadaan di mana kita mendengar seseorang yang kita kenali bercakap buruk tentang tentang kita, Namun anehnya ketika dia berhadapan dengan kita, dia hanya bercakap perkara yang baik tentang kita. Itu lah makna talam dua muka .
Pernah berdepan dengan manusia yang ada sikap talam 2 muka? Ini antara sikap paling bahaya yang ada pada orang-orang yang boleh membinasakan kita. Kita akan sedih, kecewa dan lebih teuk lagi kita hilang semangat hingga menjejaskan prestasi tempat kerja atau pun pelajaran kita.
Tips Berdepan Dengan Manusia Talam dua Muka
Walaupun kata-katanya memang menyakitkan hati ditambah dengan sikapnya yang seperti tidak ada rasa bersalah, namun hidup kita perlu diteruskan. Jangn sesekali menunjuk kan kita sedih dan kecewa kerana dia akan gembira dengan melihat kejatuhan kita.
Tujuk kan rasa gembira dan ucapkan terima kasih kepadanya kerana terlalu sibuk mengambil peduli tentang kehidupan anda walaupun anda tidak berada bersamanya. Jangan biarkan rasa negatif dalam diri nya menjejaskan anda.
Untuk masa akan datang, jangan cerita apa-apa rahsia pada dia. Jangan bersikap terlalu terbuka dan jangan sesekali mengiyakan apa yang dia ceritakan..
Manusia talam dua muka ini memang tujuan nya adalah untuk menyebarkan keburukan kita. Semakin ramai yang membenci kita, semakin dia gembira walaupun kehidupan kita tiada kaitan dengan hidupnya.
Jelas dia mempunyai rasa insecure yang tinggi terhadap kita. Mungkin dia tidak suka dengan perhatian yang kita ada atau pun ada kelebihan dan kejayaan kita yang tak dapat dia capai.
Dia tidak berani berkata buruk dihadapan anda. Jelas manusia talam dua muka seorang yang pengecut. Ketidakpuasan hatinya hanya mampu dilepaskan dan diluahkan pada orang lain. Sebaliknya apabila berhadapan dengan anda dia terpaksa berpiura-pura baik dengan anda.
Dia juga sebenarnya takut kehilangan anda. Mungkin dia tahu jika dia bercakap buruk di depan anda, anda akan meninggalkan nya. Mesti ada satu perkara yang anda ada, tapi dia tidak ada , membuatkan dia tahu yang dia perlu bersama anda.
0 Ulasan