SELAWAT IBRAHIMIYAH DALAM RUMI DAN MAKSUDNYA

SELAWAT IBRAHIMIYAH DALAM RUMI DAN MAKSUDNYA| Salah satu bacaan selawat yang paling terkenal bagi umat Islam adalah selawat Ibrahimiyah. Selawat ini dilafazkan pada kali dalam solat atau lebih tepat lagi ketika duduk tasyahud akhir

selawat ibrahimiyah


Ulamak terkemuka dunia Syekh Yusuf bin Ismail An-Nabhani menyebut bahwa selawat Ibrahimiyah adalah selawat yang paling sempurna lafaznya dibanding selawat lain, sama ada selawat yang diriwayatkan oleh Nabi mahupun yang tidak.

Betapa pentingnya selawat Ibrahimiyah ini, hinggakan ada ulama yang mengatakan bahawa bila membaca selawat ini sebanyak seribu kali maka akan mendapat anugerah dapat melihat Nabi Muhammad SAW.

BACADOA TERJAGA DARI TIDUR TENGAH MALAM

Selawat Ibrahimiyah

selawat ibrahimiyah


Allahumma salli ‘ala Muhammadin, Wa ‘ala ali Muhammadin, Kama sallaita ‘ala Ibrahima, wa ‘ala ali Ibrahima, wa barik ‘ala Muhammadin, wa ‘ala ali Muhammadin, Kama barakta ‘ ala Ibrahima, Wa ‘ ala ali Ibrahima, Fil a’lamina innaka hamidun Majid. 

Maksud Selawat Ibrahimiyah:

Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.

Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.

Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

Catat Ulasan

0 Ulasan