SAYA TAK PERNAH CABAR NETIZEN - ANAK MAKCIK KEMBOJA TAMPIL BERI PENJELASAN ISU VIDEO VIRAL | Sejak seminggu yang lepas sosial media mula menjadi hangat dengan kisah seorang wanita berketurunan kembohja yang membuka perniagaan disini memuat naik sebuah video yang menyatakan "MELAYU PEMALAS".
Kenyataan nya dalam video tersebut membuatkan netizen mula mengecam tindakan nya dan menyifatkan wanita tersebut sebagai tidak sedar diri kerana perniagaaan nya yang maju adalah disebabkan bangsa Melayu yang banyak membeli produk jualan nya.
Tindakan nya itu dianggap melampau dan tidak menghormati masyarakat melayu di negara ini. Keadaan itu bertambah panas apabila wanita tersebut langsung tidak merasa bersalah apabila seorang kenamaan mempertikaikan tindakan melayu yang 'panas' dengan video tersebut kerana satu masa dulu pernah seorang ahli politik menghina melayu namun tiada tindakan dan kecaman pada ahli politik terbabit.
Merasakan dirinya mendapat perhatian orang kenaam tesebut, wanita berasal Kemboja itu kemudian nya memuat naik sebuah lagi video mengucapkan terima kasih kepada orang kenamaan tersebut.
Tindakan nya itu membuatkan netizen bertambah berang kerana dia langsung tidak mengakui kesilapan nya dan tidak membuat permohonan maaf. Merasakan keadaan sudah menjadi lebih hangat wanita tersebut tampil membuat permohonan maaf dan memaafkan tindakan netizen mengecam nya.
Walaupun dalam video tersebut wanita tersebut sudah memohon maaf tapi apa yang sering diulang-ulang dimulutnya adalah tindaan netizen yang menghinanya. Hanya pembantunya sahaja yang berulang kali mengakui kekhilafan dan kesilapan yang pihak mereka lakukan.
BACA:TULAR TANGKAP LAYAR ISTERI ORANG BERCINTA DENGAN LELAKI LAIN UNDANG KERISAUAN
Kecaman-kecaman yang diterima membuatkan anak kepada wanita tersebut tampil membuat kenyataan yang memihak kepada ibunya. Sejak semalam video seorang lelaki yang mendakwa anak wanita berkenaan mula viral dan dikongsi lramai. Video tersebut malah memanaskan lagi keadaan kerana dalam video tersebut aanak nya seakan mencabar netizen yang melemparkan kecaman pada ibunya.
Namun apa yang sebenarnya berlaku adalah video tersebut sudah diedit oleh pihak lain untuk tujuan buruk terhadap ibunya.
Menurut anak wanita tersebut yang dikenali sebagai Ezuan , video yang viral tersebut sudah diedit oleh seorang lelaki yang juga bekas pekerja ibunya.
Assalamualaikum semua, saya Ezuan, anak makcik kemboja yang sedang viral sekarang. saya ingin menjelaskan tentang isu konten saya yang telah diubah, diedit oleh individu tersebut, sehingga menimbulkan PROVOKASI terhadap masyarakat. this is a thread:
1. semalam, sekitar jam 2:30 petang, saya telah men-stitch satu konten yang dimuat naik oleh seorang individu, yang merupakan bekas pekerja di Mariyah Holdings. beliau telah memuatnaik sebuah konten yang berunsur ugutan terhadap saya, kerana individu tersebut berkata bahawa dia akan mendedahkan identiti saya, sebagai pencipta konten untuk ibu saya, Madam Mariyah. individu tersebut juga telah memaki hamun saya, dan juga ibu saya dalam konten tersebut. dan ini merupakan video ORIGINAL saya, sebelum Tiktok "take down" dan sebelum diubah & diedit oleh individu terbabit:
DAN, ini merupakan video yang telah diedit dan diubah oleh individu tersebut, sehingga diviralkan di semua social media dan disebarkan melalui semua portal-portal media:
MANA & DI MANA, dalam video original yang dimuatnaik oleh saya, saya ada sebut "cabar netizen/cabar korang semua" atau mana-mana individu/pihak? sedangkan saya CABAR dia. spesifik, siap ada nama penuh dia sekali.
namun, individu tersebut telah mengubah konten tersebut, mengambil bahagian-bahagian tertentu sahaja di mana saya sebut saya cabar, menyalak macam anjing dan sebagainya, seolah-olah saya MENCABAR netizen.
perkara ini telah mengancam keselamatan saya, sehingga saya menerima terlalu banyak ugutan untuk mengutip saya.
ini merupakan salah satu konten/video yang dimuatnaik oleh netizen untuk memanaskan lagi keadaan.
jadi disini, saya ingin menyatakan bahawa segala spekulasi terhadap saya adalah FITNAH. dan dengan nama Allah, saya tidak pernah terniat untuk mencabar netizen mahupun masyarakat untuk datang berjumpa saya. saya cuma nak selesaikan secara profesional bersama dia.
saya minta anda menilai sendiri, dan saya minta jasa baik anda untuk mem-viralkan video original saya, supaya orang tahu sisi cerita yang sebenar.
akaun peribadi Tiktok saya juga telah di-banned pagi tadi. saya harap, ada keadilan buat saya. saya berani kerana benar, dan saya tak takut dengan individu tersebut. Allah Maha Berkuasa.
Yang Benar,
Ezuan.
Dalam masa yang sama penjual pakaian di tiktok mula melelong pakaian yang diambil dari wanita ini dengan harga murah untuk menghabiskan stok sedia ada dan memutuskan untuk mencari pengedar lain.
0 Ulasan