REVIEW DAN SINOPSIS : DAILY DOSE OF SUNSHINE | Kdrama lakonan Park Bo Young , Lee Jung Eun dan ramai lagi dalam Daily Dose Of Sunshine , ditayangkan di saluran Netflix sejak 3 November 2023. Kdrama ini diarahkan oleh Lee Jae Kyu yang pernah mengarahkan drama popular All Of Us Are Dead. Penulis drama ini pula adalah Lee Nam Kyu yang pernah menulis drama Behind Your Touch untuk saluran Netflix.
Drama ini diadaptasi dari sebuah webtoon berjudul “Morning Comes to Psychiatric Wards Too” . Park Bo Young menjelaskan dia banyak berlatih memegang jarum suntikan dengan betul ketika di rumah sebelum bermulanya pengambaran drama ini.
Review Daily Dose Of The Sunshine
Dah lama tak tengok lakonan Park Bo Young dalam drama. Kali terakhir tengok lakonan nya dalam satu filem lakonan nya bersama Park Seo Joon dalam Concrete Utopia. Park Bo Young masih cantik dan bersinar untuk kdrama. Lari sikit dari tema cinta yang selalu dia lakonkan, kali ni wataknya lebih serius dan lebih berat kerana bagi saya masalah mental ni kita nak bercakap secara terbuka pun boleh menyinggung hati orang lain.
Dengan lakonan Park Bo Young sebagai Dae Jung , saya rasa dia membawakan nya dengan sangat baik. Penulis drama ni mesti banyak menggali ilmu tentang kesihatan mental hinggakan saya tak nampak apa yang salah dalam cara jururawat dan doktor menangani masalah mentak pesakit dalam drama ni.
Bagi yang lebih berminat dengan drama cinta, saya rasa drama ni bukan untuk korang. Drama ni banyak mendedahkan tentang kesihatan mental dan mendidik kita untuk mengenali yang kita ada masalah mental.
Diawal drama banyak berkisar tentang Dae Jung punya rutin. Kemudian masuk ke plot di mana satu-satu watak muncul. Saya suka drama ni sebab ada banyak benda positif. Kalau kita tak ambil kisah dengan masalah mental kita dan masalah mental orang lain, korang akan rasa drama ni bosan. Tapi korang kena teruskan menonton sebab dengan drama ini akan buat korang sedar masalah mental adalah masalah kita semua.
Lepas tengok drama ni, korang akan lebih peka dengan persekitaran korang. Lebih berhati-hati. Orang yang ada masalah mental ni kadan-kadangg kita tengok dia macam orang yang tak sakit. Tapi tiba-tiba saja dia boleh bertindak ganas. Kadang-kadang dia nampak macam student biasa nak pergi class tapi bila diperhatikan mulutnya terkumat kamit bercakap sendiri.
Sebab itu kena tengok drama ni.
Selain tu ada juga di tunjuk kan kehidupan peribadi jururawatt dan doktor. ye la!kalau nak tunjuk dengan hospital saja, takut penonton bosan pulak. Apa pun drama ni best dan boleh tengok untuk santai-santai dan apatkan ilmu tentang kesihatan mental.
BACA: REVIEW DAN SINOPSIS - CASTAWAY DIVA
Sinopsis Daily Dose Of The Sunshine
Daily Dose Of The Sunshine mengisahkan pengalaman nurse dan doktor di wad psikitri dan bagaimana mereka berhadapan dengan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan mental.
Atas saranan ketua jururawat,Jung Da Eun seorang jururawat ditukarkan ke bahagian psikitri. Pada awalnya dia agak sukar membiasakan diri apatah lagi berhadapan dengan pesakit mental yang susah untuk di jangka perlakuan mereka.
Beberapa hari selepas di tukarkan ke bahagian psikitri dia mendapat tahu dia ditukarkan ke situ disebabkan rakan-rakan setugas nya yang lama merasa dia tidak banyak membantu mereka.
Sejak itu dia selalu berasa serba salah setiap kali melakukan kesalahan. Dia takut jika tindakan nya menyusahkan rakan sekerja yang lain.
Tapi sebaliknya disitu rakan-rakan , ketua jururawat dan doktor saling menyokong satu sama lain. Mereka sentiasa memberi tunjuk ajar kepadanya.
Jung Da Eun sangat mengambil berat tentang pesakit-pesakit nya. Dia selalu mendekati pesakitnya, berbual-bual dengan mereka dan menyelami perasaan pesakit-pesakit di situ. Berbagai kisah pesakit mental dan bagaimana berhadapan dengan mereka akan di dedahkan dalam drama ini.
Daily Dose Of The Sunshine
Park Bo Young
Yeon Woo Jin
Lee Jung Eun
Lee Sang Hee
Jeon Bae Su
Chang Ryul
0 Ulasan