REVIEW DAN SINOPSIS - CASTAWAY DIVA

REVIEW DAN SINOPSIS - CASTAWAY DIVA  | Kdrama lakonan Park Eun Bin selepas kejayaan nya dalam Extraordinary Attorney Woo kini beliau tampil dalam Castaway Diva bergandingan dengan pelakon  Cha Hak Yeon dan Chae Jong Hyeop. Kdrama ini diarahkan oleh Oh Choong Hwan dan di tulis oleh Park Hye Run yang pernah menulis drama Start-up.

Castaway Diva


Castaway Diva disiarkan disaluran Netflix dengan 16 episod dan mula ditayangkan pada 28 Oktober setiap sabtu dan ahad jam 21:20. Walaupun baru 2 episod disiarkan namun drama ini sudah mendapat tontonan yang agak tinggi mengatasi beberapa drama lain yang sedang ditayangkan.

Review Kdrama Castaway Diva

Sehingga artikel ni di tulis, drama Castaway Diva baru masuk episod ke dua minggu pertama. Kalau nak tahu dalam episod ke 2 drama ni ada babak di mana Seo Mok Ha menyanyi waktu persembahan Yoon Ran Joo masa dekat festival. Menariknya Park Eun Bin menggunakan suaranya sendiri untuk menyanyikan lagu tersebut. Bukan miming tau. Memang original suaranya sendiri.


castaway diva


Kemudian babak dia bermain guitar untuk episod akan datang ,dia juga belajar untuk bermain guitar sebelum melakonkan watak Seop Mok Ha dalam drama ni. Begitulah kesungguhan Park Eun Bin dalam melakonkan sesuatu watak yang dibawa. Very multi-talented actress dan tak hairan lah lakonan dia kerap dipuji. Bukan cuma ada wajah yang cantik tapi dia juga sangat berbakat.


BACA: STRONG GIRL NAM-SOON


Baru episod 2 drama ni sudah mendapat pujian ramai penonton tapi bagi peminat Cha Hak Yeon mesti la kecewa sikit. Second lead syndrome - dah boleh agak nasib watak Kang Woo Hak macam mana..kan?? Ramai juga tak puas hati bila Cha Hak Yeon bukan watak utama dalam drama ni. Tapi saya rasa tu semua tak penting pun. Dalam drama ni dia  membawakan watak Kang Woo Hak dengan sangat baik.


Cuma... Ada lah beberapa perkara yang tak okay dalam drama ni. Untuk seseorang yang terperangkap disebuah pulau selama 15 tahun, Seo Mok Ha terlalu cantik ketika ditemui. Adakah disebabkan dia sememangnya cantik jadi tiada jeragat sanggup menempel diwajahnya?  saya rasa saya juga patut mencuci wajah dengan air laut untuk dapatkan kulit yang cantik. 


Castaway Diva

Penulis sepatutnya tunjuk kan bagaimana Sep Mok Ha melalui kehidupan di pulau tersebut. Untuk 1 episod awal pun cah cukup. Tapi sayangnya tak de ditunjuk kan. Jadi sebagai penonton memang tertanya-tanya jugak la macam mana dia punya kehidupan di pulau tu.


Cerita ni best tau cuma saya rasa imaginasi penulis ni melampau sangat. Jatuh tengah laut pun boleh selamat dan hanyut di sebuah pulau terpencil. 15 tahun pulak tu. Bukan satu jangka masa yang sekejap. lama tu...


15 tahun kemudian sukarelawan cuci pantai pulak yang jumpa dia. Yang peliknya sebelum sukarelawan datang tu, tak ada sesiapa ke yang datang pulau tu? Macam mana sukarelawan dapat keizinan untuk masuk ke pulau terpencil yang belum tentu selamat untuk didatangi orang. Kalau kira logik tak logik ni, tak jadi la drama ni.kan?? . Tapi semua ni penulis patut ambil kira jugak.


Castaway Diva


Walaupun begitu saya tetap suka kan drama ni,. Saya harap drama ni juga akan ada banyak lagu-lagu yang sedap macam lagu pertama yang dinyanyikan Seo Mok Ha di festivel dalam episod ke dua. 



Sinopsis Kdrama Castaway Diva

Castaway Diva mengisahkan Seo Mok Ha seorang gadis berusia 15 tahun yang bercita-cita ingin menjadi penyanyi. Dia sangat meminati seorang penyanyi popular, Yoon Ran Joo. Walaupun dia kelihatan seperti gadis yang ceria namun realitinya dia sering menjadi mangsa keganasan bapanya.

Jung Ki Ho adalah rakan sekelas Seo Mok Ha. Dia seorang yang dingin dan mengutamakan wang. Dia juga sebenarnya kerap di pukul bapanya yang bekerja sebagai anggota polis. 

Castaway Diva


Dengan Bantuan Jung Ki Ho , Seo Mok Ha merakam sebuah video pertandingan nyanyian. Selepas beberapa hari pihak agensi menghubungi Seo Mok Ha namun Seo Mok Ha memutuskan untuk menolak tawaran agensi tersebut kerana dia tahu dia tidak akan dapat keluar dari cengkaman ayahnya

Jung Ki Ho yang sangat memahami penderitaan Seo Mok Ha. Dia tidak Mahu Seo Mok Ha terus tersiksa tinggal di kampung tersebut. Dia membantu seo Mok Ha melarikan diri. Jung Ki Ho sedaya upaya menghalang ayah Seo Mok Ha dari naik ke kapal. tetapi dia gagal.

Seo Mok Ha tidak mempunyai cara lain selain terjun ke dalam laut. Dia terdampar di sebuah pulau terpencil selama 15 tahun.

15 tahun kemudian dia ditemui oleh Kang Woo Hak ketika menyertai satu program membersihkan pantai.  Seo Mok Ha di bawa pulang dan dia memulakan hidup baru namun impian dan minatnya untuk menjadi penyanyi seperti Yoo Ran Joo tidak pernah padam.

Castaway Diva


Kang Woo hak banyak membantu Seo Mok Ha. Kang Woo Hak sebenarnya hilang ingatan ketika usianya 15 tahun. Dia tidak mengingati apa-apa tentang dirinya. Fikiran nya mula terganggu dan merasakan dirinya adalah Jung Ki Ho selepas Seo Mok Ha memberitahu bahawa aura yang dimiliki oleh Kang Woo Hak sama seperti sahabatnya Jung Ki Ho yang sehingga sekarang tidak dapat dijejaki.


Castaway Diva Cast 

Park Eun Bin

Kim Hyo Jin

Chae Jong Hyeop

Cha Hak Yeon

Shin Joo Hyup

Bae Gang Hee

Kim Joo Hun

Lee Seung Joon

Lee Re

Moon Woo Jin

Catat Ulasan

0 Ulasan