RESEPI KUE CUBIT - KUIH SIMPLE TAPI SEDAP KESUKAAN ANAK-ANAK | Memasak untuk anak-anak ni kadang-kadang buat sakit kepala juga sebab nak memikirkan apalah menu yang diaorang akan makan sampai kenyang. Lagi-lagi untuk anak-anak yang memilih dalam bab makan ni.
Kalau untuk makan petang saya lebih suka buatkan makanan yang sedikit manis seperti goreng pisang, roti kacang, kek batik. Baru-baru ni saya ternampak 1 video resepi kue cubit yang dikatakan berasal dari Indonesia.
Banyak peniaga-peniaga yang menjual kue cubit di indonesia dan makanan memang laris. Mungkin kerana harganya yang murah, mudah di makan, cara memasak yang cepat dan mengenyang kan.
Di Malaysia pun dah ada peniaga yang menjual kue cubit. Tapi tak ramai. harap-harap ramai lagi peniaga berminat nak jadikan kue cubit sebagai jualan . Lebih ramai lagi yang dapat merasa kuih yang sedap ini.
BACA: RESEPI KUIH KETAYAP PALING SEDAP
Kue cubit menggunakan bahan yang sangat mudah didapati. Tepung, susu, gula, telur, majerin, baking soda , esen vanila dan juga coklat rice. Campur semua dan tuang dalam takoyaki pan atau pun kuali yang ada acuan kecil-kecil . Nak guna loyang yang buat bahulu pun boleh.
Tapi saya gunakan takoyaki pan saja. lebih mudah dan cepat sebab takoyaki pan lebih banyak acuan nya. 1 pan ada 12 lubang.
Cara memasak kue cubit sangat cepat. tak sampai 5 minit kuih sudah boleh diangkat dan dihidangkan. Ada yang suka kuih ni masak sepenuhnya. Tapi ada juga yang suka ianya sedikit lembik dibahagian atas. Tapi untuk kanak-kanak sebaiknya dimasak sempurna. Risau kalau-kalau anak sakit perut pulak nanti bila makan benda tak masak.
Rasa kue cubit seperti kaya ball cuma dia tak rasa kaya la. Rasacoklat yang ringan saja. Tepungnya tu macam rasa apam balik pun ada jugak. Kemudian ada taburan coklat rice dibahagian atas membuatkan kue cubit sangat disukai anak-anak. Budak-budak kan memang suka dengan coklat .
Untuk resepi yang saya sediakan ni saya tak gunakan coklat rice. Saya cuma gunakan coklat compund lebihan brownies . Adalah coklat compund dalam setengah cawan. Saya ingat nak belah dua je coklat compoung ni tapi letak je la sekeping bulat macam ni terus.
Bancuhan kue cubit ni korang boleh letak pewarna jugak untuk menarik minat anak-anak nak makan. Bila berwarna warni lebih cantik.
Di bawah ni adalah resepi kue cubit yang boleh korang buat untuk berniaga. Resepinya memang sedap dan sangat mudah penyediaan nya.
Resepi kue cubit,
Bahan-Bahan Kue Cubit
200g Tepung gndum
1 biji Telur
70g Gula
secubit garam
esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
250ml susu kotak /santan
1 sudu besar Majerin yang sudah dicairkan
Coklat rice / coklat potong kecil
Cara penyediaan Kue Cubit
Pukul telur bersama gula. Kemudian masuk kan susu.
Masuk kan esen vanila dan kacau lagi.
Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder ke dalam adunan.
Akhir sekali masuk kan majerin yang sudah dicairkan .
Kacau sampai adunan jadi halus macam bancuhan kek. Tak cair dan tak pekat berketul.
Panaskan takoyaki pan dengan api perlahan.
Bila pan sudah panas tuang adunan dalam pan . Tuang jangan sampai penuh sebab nanti dia akan naik.
Kemudian tabur coklat rice diatas nya.
Kalau guna coklat compound macam saya , letak kan saja sekeping coklat diatas kue tadi. Bila bahagian atasnya sudah kering dan masak boleh la diangkat dan dihidangkan.
Tempoh penyediaan 10minit
selamat mencuba resepi kue cubit paling sedap
0 Ulasan