KISAH SEDIH PESANAN SELAMAT TINGGAL DARI PADANG PASIR

KISAH SEDIH PESANAN SELAMAT TINGGAL DARI PADANG PASIR | Sebuah kereta dari Sudan menyeberangi padang pasir menuju Libya sebelum kereta mereka mengalami kemalangan


Oleh kerana tidak ada orang yang menolong mereka, dalam kesunyian, kesejukan dan kelaparan mereka semua perlahan-lahan meninggal dunia. 21 mayat dijumpai pagi Rabu 10 FEBRUARY 2021  oleh unit rondaan sempadan 250km dari bandar kecil Alkufra di tenggara Libya.



Gambar keadaan di tempat kejadian tersebar dan jelas kelihatan mayat bergelimpangan di sekitar kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut

Apa yang sangat menyedihkan adalah mesej yang ditinggalkan salah satu dari mereka. Nota tersebut ditulis dalam bahasa Arab mengatakan:


"Kepada siapa yang menemui mesej ini:

Ini nombor saudara saya Muhammad Salah Aldin ... Selamat tinggal dan saya minta maaf kerana saya tidak dapat membawa ibu saya menemu awak. Ayah dan Nasser Saya mencintaimu, doakan kami dengan rahmat, sedekahkan kami dengan ayat Al-Quran, dan doakan kami disini"



Nota tersebut disahkan ditulis oleh salah seorang korban di padang pasir yang dikenali sebagai Muzna Saifuddin Hasan.

BACAGAMBAR KANAK-KANAK TERTUSUK CHOPSTICK KE DALAM MULUT DAN MASUK KE OTAK

Menurut pihak berkuasa Libya, laporan diterima oleh balai polis Kufra, yang menyatakan bahawa kemalangan jalan raya telah berlaku, 400 kilometer tenggara bandar Kufra.


Sebaik sahaja pihak berkuasa tiba di lokasi kemalangan, kenderaan bermotor itu dijumpai bersama beberapa mayat, pakaian dan beg. Di dalam kenderaan 3 mayat ditemui

Pihak berkuasa mengarahkan semua mayat dibawa ke kota Kufra untuk bedah siasat. Menurut siasatan awal kereta tersebut dipandu dari kota El Fasher, Sudan menuju ke kota Kufra.


21 mayat dijumpai dalam kenderaan, termasuk lelaki, wanita dan anak-anak. Diantara 21 mayat tersebut 8 mayat adalah terdiri dari 1 keluarga dan mereka dikenal pasti oleh saudara mereka. Selebihnya masih tidak diketahui.


Menurut pihak berkuasa Libya, tidak ada laporan yang diterima oleh pihak berkuasa mengenai orang hilang. 

Catat Ulasan

0 Ulasan