INI SEBAB MENGAPA ANDA BERASA SERONOK BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG


INI SEBAB MENGAPA ANDA BERASA SERONOK BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG | Ramai wanita yang bercinta dengan suami orang. Dah katanya wanita lebih ramai dari lelaki. Jadi nak tak nak ada lah yang kena berkongsi kasih. Wanita-wanita yang bercinta dengan suami orang ni bukan nya tak ada hati perut. Tapi bila cinta sudah melekat di hati, memang lautan api pun sanggup diredahi.  Tak ada siapa yang mampu menghalang.






Salah kah bercinta dengan suami orang? Sudah tentu lah salah. Ianya perkara yang tak manis di pandang.  Kahwin dengan suami orang tak salah, tak berdosa. Tapi bermain cinta dengan suami orang tu yang salah. Selalunya benda yang salah memang seronok dan susah nak di tinggalkan.




Sampai kan pernah ada yang kata bercinta dengan suami orang lebih menyeronok kan dari bercinta dengan lelaki bujang. Nak tahu kenapa?? Ini antara sebab kena bercinta dengan suami orang sangat seronok





1-Perhatian.
Anda tak kan tahu hobi si dia sebab yang 
Anda nampak dia cuma tertarik dengan Anda. Dia hanya tumpu pada Anda seorang,.Dia beri perhatian sepenuhnya pada Anda sampai kadang-kadang Anda tak sedar yang dia suami orang. Anda tahu kenapa?? kerana urusan hidupnya yang lebih penting sedang diuruskan oleh isterinya di rumah


2-kewangan
Dia tak kedekut. Makan malam, makan tengahari, sarapan semuanya dia yang bayar. Lagi-lagi kalau satu tempat kerja. Semua jadi mudah. Kadang-kadang ada kejutan jugak untuk Anda..Boleh kata Anda minta apa saja dia akan usahakan. Sampai Anda lupa dia ada anak dan isteri yang juga patut dia tanggung tapi isterinya terpaksa menanggung nya sendiri kerana haknya sudah diambil oleh anda.??




3-Pandai memujuk

Sama ada 
Anda salah atau dia yang salah,dia tak kan ragu-ragu untuk melutut dan meminta maaf pada Anda...Anda akan lebih kerap merajuk dan dan dia tak jemu-jemu memujuk. Sedia tahu hubungan dengan suami orang selalunya hubungan yang rahsia. Tak kan ada sesiapa yang tahu. Dia tahu sebanyak mana dia merendahkan dirinya pada anda , tak kan ada sesiapa yang tahu dalam kata lain dia tak ada rasa malu.




4-Mulut manis
Gaya cakap nya memang sopan . Lemah lembut dan sangat suka memuji. Ayat biasa dia.. "manja nya dia..." atau pun.."cantik je dia.." yang dia ucap kan pada 
Anda memang buat Anda senyum meleret kerana dia ingin menguji anda. Jika dengan ayat yang mudah begitu saja anda sudah cair terbukti anda sangat "mudah" orang nya



5-sedia berkhidmat
Anda boleh minta saja apa-apa pertolongan dari dia. Sedaya upaya dia akan bantu dan kemudian Anda akan terus bergantung padanya sehinggakan Anda rasa tak mampu untuk kehilangan nya..



6-Dia membuat Anda berasa diri anda hebat

Dia akan cerita betapa merana nya dia sebelum jumpa 
Anda. Hidupnya tak bahagia, tak gembira dan tertekan. Segalanya indah bila jumpa Anda. Dan Anda pun terkesan dengan cerita dongeng nya. Cerita nya membuatkan Anda rasa ,Andasangat hebat kerana berjaya buat dia bahagia.


Sekarang 
Anda tahu kenapa anda rasa seronok dengan hubungan rahsia tersebut?

Catat Ulasan

0 Ulasan