INI LELAKI PALING DIBENCI DI AMERIKA | Pada tahun 1981 Ken McElroy berusia 47 tahun, mati ditembak tanpa diketahui siapa pelakunya. Dia adalah lelaki yang terkenal dengan sikap pembuli di Skidmore, Missouri, Amerika Syarikat. Dia telah dituduh melakukan serangan, penganiayaan kanak-kanak dan pemerkosaan. walaupun ditangkap dia pasti akan dibebaskan oleh pihak polis tak lama kemudian.
Ken McElroy bertemu dengan Trena McCloud. Kanak-kanak itu berusia 12 tahun. Ken kemudian nya memperkosa McCloud berulang kali. Dia pernah membakar rumah keluarga McCloud dan menembak anjing keluarga itu untuk memaksa orang tua McCloud bersetuju mengahwinkan mereka walaupun Ken sudah berkahwin 3 kali sebelum ini. Trena McCloud hamil ketika berusia 14 tahun.
Setelah Trena melahirkan anak mereka, Trena melarikan diri ke rumah ibunya, tetapi McElroy membawanya kembali dan membakar rumah keluarga McCloud sekali lagi dan menembak anjing mereka untuk memberi peringatan kepada keluarga tersebut
Suatu hari Ken bertengkar dengan salah seorang penduduk di pekan dan dia kemudian nya menembak lelaki tersebut. Nasib baik lelaki itu tidak mati. McElroy ditahan dan kemudian dibebaskan tak lama kemudian.
Dia kemudian nya menembak seorang peniaga berusia 70 tahun yang sedang duduk di luar kedai kerana lelaki tua tersebut mendakwa melihat anak-anak McElroy mencuri gula-gula bernilai 2 sen.
McElroy ditahan semula kerana kejadian tersebut dan tak lama kemudian dia dilihat bebas semula berkeliaran di pekanitu. Seluruh penduduk berasa kecewa kerana yakin polis tidak melakukan tugas mereka dan tidak menjauhkan lelaki yang berbahaya ini dari mereka. Dia telah dibebaskan oleh polis sebanyak 21 kali dengan bermacam-macam kes jenayah dan perbuatan yang tidak bermoral.
Ken juga terlibat dengan kes ugutan dan menyerang peniaga di Skidmore, Missouri. Dia mengugut akan membunuh dan mengancam sesiapa yang bersimpati dengan pemilik kedai runcit itu. Dia akan duduk di luar rumah mereka di dalam traknya pada waktu malam berjam-jam memerhatikan setiap orang disitu. Malah dia juga mengancam akan membunuh seorang menteri kerana menteri tersebut bersimpati dengan peniaga itu.
Suatu hari McElroy dan Trena pergi ke sebuah bar di bandar. Mereka masuk untuk minum dan semua orang di bar memandang mereka dan diam. Mereka hanya duduk sekejap di dalam bar dan kemudian McElroy dan Trena keluar kerana berasa tidak selesa.
BACA: KISAH SEDIH PESANAN SELAMAT TINGGAL DARI PADANG PASIR
Sebaik keluar dari bar, mereka terus masuk ke dalam truck mereka. Trena melihat ke cermin pandangan sisi dan melihat terdapat sekumpulan lelaki sekitar 30–46 orang telah berkumpul di belakang truck mereka. Belum sempat dia memberitahu Ken, satu das tembakan mengenai belakang kepala Ken. Trena melihat Ken McElroy telah mati serta merta.
Ketika polis tiba di tempat kejadian, bandar itu menjadi sunyi dan sepi. Tidak ada seorang pun di situ. Hanya jalan yang lengang dengan truck yang mempunyai mayat McElroy di dalamnya. Dia terkena peluru dari sekurang-kurangnya 2 senjata api yang berbeza. Polis menyoal penduduk bandar tetapi tidak seorang pun di bandar itu mendedahkan siapa yang menembak McElroy. Hingga hari ini setelah lebih dari 40 tahun tidak ada yang mengaku atau didakwa.
0 Ulasan