BUANG BISA IKAN TONGKOL UNTUK PENGIDAP RESDUNG - RESDUNG PUN BOLEH MAKAN IKAN TONGKOL

BUANG BISA IKAN TONGKOL UNTUK PENGIDAP RESDUNG - RESDUNG PUN BOLEH MAKAN IKAN TONGKOL | Ikan tongkol atau pun dikenali sebagai ikan ayo, ikan kayu dan juga ikan aya memang sangat digemari ramai. isinya yang tebalselalu dibuat masak kicap, masak cuka , gulai  dan banyak lagi. Disebabkan itu ikan ini ramai penggemarnya tapi bagi pengidap resdung mesti agak terkilan kerana tak dapat merasai keenakan ikan tongkol ini.


buang bisa ikan tongkol


Bagi mereka yang mengidap resdung, ada makanan laut yang tak boleh mereka nikamti antaranya ialan sotong dan udang. Ada ikan yang boleh dimakan dan ada juga yang tak boleh dimakan. Seperti ikan tongkol ini, ada yang mengalami gatal-gatal di seluruh muka, bengkak dan gatal di bahagian bibir dan mata.

Melalui perkongsian di facebook , seorang pengguna nya berkongsi satu cara untuk penggemar ikan tongkol yang mempunyai masalah resdung menikmati ikan ini tanpa perlu lagi risau dengan alahan selepas makan ikan ini. Pengguna yang menggunakan nama Lopak Tikey ini memberi tips agar bisa pada ikan tongkol ini dibuang.

BACA: KANAK-KANAK USIA 6 TAHUN DATANG HAID. KETAHUI APA ITU PRECOCIOUS PUBERTY


"Petua paling kena beringat kalau tiap kali beli ikan tongkol/aya. Kat ekor tu le adanya bisa ikan untuk yang penderita resdung. Sebab tu jarang beli lauk siap untuk ikan ni. kalau makan memang akan beli, siang and masak sendiri. 

Anak pun dah tahu kalau siang ikan ni ekor mesti tarik buang bisa dia dulu. Baru boleh proceed next step and sampai basuh bersih. 

Beli yang halus-halus je senang nak tarik buang bisa dia. Kalau besar okey je nak beli tapiii bab tarik bisa tu kena tarik nafas panjang dulu 😅😅😅😅

Edited : Cara nak buang bisa dia = Kena pulas sikit ekor sampai rasa longgar sikit and tarik. Jangan pulas habis takut ekor tercabut terus and tak sempat tarik bisa tu keluar 😁 " - Lopak Tikey

Buang bisa ikan tongkol



Rata-rata pembaca memberi respon gembira dengan tips tersebut kerana  sekian lama tidak dapat menikmati ikan tongkol akibat dari resdung. 


Resdung ialah keradangan pada selaput yang menutupi sinus-sinus paranasal. Kebanyakan resdung berpunca daripada masalah hidung and sinus. Mengapa pengidap resdung tidak boleh makan makanan laut? 


Bukan semua pengidap resdung tidak boleh makan makanan laut ada juga yang alah terhadap bulu dan habuk. Tapi bagi yang tidak boleh makan makanan laut ini adalah kerana kandungan protein dalam makanan tersebut .

alahan resdung makan seefood


Dipetik dari hellodoktor - Antara kumpulan makanan laut yang boleh menjadi alahan bagi pengidap resdung ialah haiwan laut yang mempunyai tulang belakang yang terdiri daripada pelbagai jenis ikan termasuklah ikan bilis, salmon, kod, makerel, trout, haddock, sardin, tuna, belut, John Dorry dan lain-lain.


Haiwan laut yang tidak mempunyai tulang belakang pula adalah terdiri daripada kerangan dan mempunyai dua jenis. Pertama, jenis krustasea termasuklah udang, ketam, lobster dan yabbies. Kedua, jenis moluska termasuklah tiram, kerang, sotong, abalone, calamari dan lain-lain.

Walaupun kedua-dua ikan dan kerangan adalah hidupan akuatik yang hidup di tempat yang sama, namun alergen protein kedua-duanya adalah berbeza antara satu sama lain.


Ini bermakna seseorang individu itu mungkin akan mengalami alahan terhadap satu jenis hidupan sahaja.


Kebiasaannya, mereka yang mengalami alahan kepada satu jenis ikan turut mengalami reaksi yang sama terhadap ikan yang lain. Begitu juga halnya dengan mereka yang mengalami alahan terhadap kerangan.


Jadi, jika anda ada mengalami alergi makanan laut, cuba elakkan memakan makanan-makanan ini secara total. - hellodoktor.com

Catat Ulasan

0 Ulasan