9 CARA MUDAH MERAWAT KULIT KERING | Jangan pandang ringan dengan masalah kulit kering. Kulit yang kering akan menyebabkan wajah nampak tua, kusam dan berjeragat. Solekan juga tak kan mampu menutup kulit yang kering kerana solekan akan menjadi tidak sekata dan jelas kelihatan kulit mengelupas terutamanya dibahagian T wajah anda.
Oleh sebab itu kulit kering perlu dirawat segera. Terdapat beberapa cara yang memberi kesan baik pada wajah yang mengalami masalah kulit kering. Kulit kering bukan saja boleh berlaku pada bahagian wajah tetapi juga pada tubuh badan kita.
Antara punca mengapa kulit kita menjadi kering ialah kerana terdedah kepada pendingin hawa, kurang minum air putih , cuaca dan banyak lagi. Hari ini syaa kongsikan beberapa tips dan cara bagaimana merawat kulit kering.
Cara mudah merawat kulit yang Kering
Jangan abaikan pelembab
Bagi yang tidak pernah menggunakan pelembab pada wajah atau losyen pelembab di bahagian badan , anda adalah orang berisiko tinggi mengalami masalah kulit kering. Gunakan pelembab yang tidak mengandungi perfume, alkohol dan retinol. Pastikan juga pelembab mengandungi minyak dan mempunyai antioksidan yang mampu mencegah penuaan dan mengurangi radang kulit, emolien yang mencegah kulit dari kekurangan cairan dan shea butter.
Elak kan mandi dengan air hangat atau suam
Mandi terlalu lama tambahan pula menggunakan air panas akan membuatkan lapisan lembapan pada kulit hilang. Itu akan menjadikan kulit kita kering dan mengelupas.
Kurangkan penggunaan Pendingin Hawa.
Angin sejuk yang datang dari pendingin akan mengurangkan kelembapan kulit, dan membuatkan nya lebih cepat kering, kusam, gatal, dan menimbulkan bintik-bintik merah. Pendingin hawa ini akan menurunkan kelembapan udara.Kerana itulah penggunaan pendingin hawa akan membuatkan kulit cepat kering.
Sapukan Madu pada kulit yang kering
Laman web Mag For Women pernah menyiarkan artikel mengatakan kulit yang kering juga boleh diatasi dengan menggunakan madu. Bahan semulajadi ini juga sangat baik untuk mengatasi masalah bibir kering , tumit yang pecah dan siku atau lutut yang kering.
Minyak Zaitun sebelum tidur
minyak zaitun memiliki banyak kandungan vitamin, termasuk A, D, dan K, serta vitamin E. Sapu minyak pada bahagian kulit yang kering kemudian biarkan semalaman. MInyak Zaitun yang mengandungi polifenol dan antioksidan t yang membantu memulihkan dan memperbarui sel-sel kulit.
Banyak kan mengambil tomato yang dimasak.
Tomato kaya dengan vitamin C yang membantu pembentukan kolagen. Tomato juga kaya akan likopen yang bertindak sebagai sunblock semulajadi. Tomato yang sudah dimasak lebih baik untuk dimakan kerana likopen dalam tomato akan berlipat ganda selepas dipanaskan.
Asid lemak omega-3
Salmon, ikan kembung,tuna, tongkol, tenggiri, dan selar merupakan beberapa contoh ikan yang mengandung asid lemak Omega-3. Asid lemak sangat penting juga untuk menjaga kesihatan dan kelembapan kulit dari dalam.
Pakai sarung tangan sebelum menyentuh produk pencuci
Deterjen pada sabun pencuci boleh membuatkan kulit kering, kasar dan mengelupas. GUnakan sarung tangan ketika membuat kerja-kerja rumah yang memerlukan anda menyentuh serbuk pencuci atau cecair pencuci.
Elak kan air berklorin.
Mandi atau mencuci wajah dengan air yang mengandung klorin boleh membuat kan kulit semakin kering. Inilah sebab mengapa kulit dan rambut Aanda terasa kering jika terlalu kerap berenang di kolam renang. Jadi elak kan menggunakan air yang mengandungi klorin.
Terima kasih membaca artikel cara merawat kulit kering. Semoga bermanfaat untuk semua.
0 Ulasan