TIPS UNTUK TAHU TANDA-TANDA ANAK ANDA SUDAH SESUAIKAN DIRI DISEKOLAH ATAU BELUM

TIPS UNTUK TAHU TANDA-TANDA ANAK ANDA SUDAH SESUAIKAN DIRI DISEKOLAH ATAU BELUM | Tinggal beberapa bulan saja lagi akan berakhir seisi persekolahan 2023. Bagi anak2 yang baru masuk sekolah pada tahun ini ianya adalah pengalaman yang baru untuk mereka. Mungkin ada yang masih belum biasa dengan rutin bangun awal, bersiap sebelum van sekolah sampai, tapi lambat laun dia akan biasa. Bila dah masuk sekolah dan hampir berakhir seisi persekolahanni tentulah kita ibu bapa nak juga tahu bagaimana pendapat dia tentang sekolah..kan? Adakah dia suka atau dia bosan?


TIPS UNTUK TAHU TANDA-TANDA ANAK ANDA SUDAH SESUAIKAN DIRI DISEKOLAH ATAU BELUM



Selalunya bila anak balik sekolah je kita akan tanya.."hari ni belajar apa kat sekolah?" Sebenarnya soalan ni budak tak suka nak jawab. Tujuan kita bertanya dah tentu sebab nak tahu sama ada dia ingat apa yang cikgu dia ajar ..kan? tapi lebih baik kita tukar solan tu supaya lebih seronok untuk dia cerita..


Apa yang seronok hari ni kat sekolah?? soalan macam ni lebih buat anak seronok untuk menjawab. tak de lah dia cuma fikir tentang apa yang diajar cikgu saja. sekurang2 nya dia akan ingat perkara2 seronok dan sekaligus buat dia sedar betapa seronok nya pergi ke sekolah.




Apa yang buat awak tak seronok disekolah hari ni?? Ini salah satu perkara penting yang ibu bapa perlu tahu. jangan abaikan soalan ini pada anak2.
kerapkan bertanya samaada dia mempunyai masalah dengan sesiapa disekolah. jangan marah bila anak mengakui sekolah amat membosankan, tak seronok atau malas. 

TIPS UNTUK TAHU TANDA-TANDA ANAK ANDA SUDAH SESUAIKAN DIRI DISEKOLAH ATAU BELUM



Cuba cari punca nya dan atasi masalah tersebut. Ada ibu bapa yang tak peduli bila anak mengamuk tak mau ke sekolah setiap pagi. Bagi mereka anak-anak cuma berlasan untuk tak mahu belajar. Kalau masalah nya bukan disekolah, tentu masalah nya datang dari rumah. Cuba selidik..




Waktu rehat awak dengan siapa ? Dengan jawapan nya dari soalan ni kita akan tahu samada dia sudah mempunyai kawan, dia sudah sesuaikan diri ,atau pun tidak.


Tak susah untuk kita tahu bagaimana anak kita disekolah. Hanya dengan jawapan-jawapan nya sahaja kita boleh menduga samaada anak kita sudah boleh sesuaikan diri atau pun tidak. Tak rugi kalau kita luangkan masa untuk mendengar setiap cerita anak-anak di sekolah..

Catat Ulasan

0 Ulasan