REVIEW DAN SINOPSIS TURN TO ME MUKAI-KUN

REVIEW DAN SINOPSIS TURN TO ME MUKAI-KUN | Drama bersiri Jepun Turn To Me Mukai-Kun disiarkan disalurabn Netflix dengan 10 episod . Drama ini mula ditayangkan pada 12 julai 2023. diarahkan oleh Shogo Kusano dan Yoshinori Shigeyama. Drama ini diadaptasi dari siri manga "Kocchi Muite yo Mukai-kun" yang ditulis oleh Yoko Nemu pada tahun 2020.


turn to me mukai-kun


Turn To Me Mukai-Kun dilakonkan oleh Eiji Akaso , Haru dan Amane Okayama.

Review Turn To Me Mukai-Kun


Poster drama Jepun memang tak menarik tau. Dari zaman saya mula tonton drama jepun di TV2 tahun 2000 sampai sekarang poster drama diaorang ni memang tak cantik langsung. Hahah. Termasuk la drama Turn To Me Mukai-Kun ini.


Dah lama saya tak tonton drama bersiri Jepun. Drama ni banyak berbual je. Kalau nak tengok sambil-sambil main phone ok la. Tapi kalau nak suruh fokus saja pada drama ni memang bosan sikit. 


turn to me mukai-kun


Saya sendiri pun tengok bila saya nak jahit baju, nak lipat stokin. Hahaha.Ambil masa jugak nak habiskan 10 episod ni sebab lebih banyak tonton drama lain yang lebih menarik. Kalau tak de drama lain yang menarik baru saya tengok drama Turn To Me Mukai-Kun ini. Sebab tu baru hari ni habis tengok dan terus tulis review drama ni.


Jalan cerita memang agak bosan kerana mereka lebih banyak perbincangan. Mukai ni dalam proes mencari cinta. Saya rasa drama ni mengetengahkan perempuan-perempuan yang mempunyai pemikiran bodoh dan sempit dalam isu perhubungan cinta dan rumahtangga.


Entah kenapa la perempuan-perempuan yang Mukai ni kenal susah untuk difahami walaupun saya seorang perempuan. Saya sendiri tak faham memang ada ke perempuan yang berfkiran macam mereka ni.

 

Perempuan pertama nampak macam suka alih-alih rupanya suka kat kawan Mukai. Kesian Mukai.


Perempuan kedua katanya akan sabar tunggu Mukai buka hati untuk dia tapi last2 ada teman lelaki lain .


BACAA GOOD DAY TO BE A DOG


Perempuan ke tiga pulak memang niatnya nak berkahwin tapi asyik sembang pasal kahwin dan masa depan.


Perempuan ke 4, bekas teman wanita Mukai 10 tahun lepas, nak bercinta saja tak mau berkahwin.


Memang sakit hati je dengan perempuan-perempuan macam ni. Korang tengok la sendiri nanti last-last siapa yang Mukai pilih?


Sinopsis Turn To Me Mukai-Kun


Mengisahkan Satoru Mukai seorang lelaki berusia 33 tahun , masih tinggal dengan keluarga, tiada teman wanita selepas 10 tahun berpisah dengan teman wanita tanpa sebab yang pasti. Mempunyai seorang adik ipar , Genki  yang membuka sebuah restoran.


turn to me mukai-kun


Dia punya kerjaya yang bagus namun dia berasa kesepian dan mula mencari cinta agar dapat mendirikan rumahtangga seperti rakan nya yang lain.


Selepas 10 tahun dia mula mengenali seorang gadis yang juga rakan sekerjanya. Melihatkan pada situasi hubungan mereka, Mukai dapat merasakan gadis tersebut sangat selesa dengan nya.


Dalam masa yang sama Mukai mengenali Sakaido, wanita yang selalu datang ke restoran adik iparnya. Mukai dan Sakaido sering berbincang mengenai wanita-wanita yang mendampingi Mukai malah Sakaido juga sering memdapatkan pandangan Mukai tentang lelaki yang sedang mendekatinya.


turn to me mukai-kun


Mukai percaya Sakaido seorang wanita yang serba tahu tentang perasaan dan fikiran seorang wanita walaupun kadangkala pendapat Sakaido tidak seperti yang diharapkan.

 

Turn To Me Mukai-Kun Cast


Eiji Akaso - Satoru Mukai

Haru - Koki Sakaido

Amane Okayama- Genki Takeda

Sakura Fujiwara - Mami Takeda

Erika Ikuta - Miwako Todo

Catat Ulasan

0 Ulasan