PENGALAMAN GUNA MASCARA 1 MINUTE MIRACLE - MASCARA MESRA WUDUK YANG SANGAT MUDAH DICUCI | Disebabkan ada banyak brand mascara dipasaran , setiap kali mascara habis saya akan cuba mascara yang lain. Tak pernah beli mascara yang sama berturut-turut. Rugilah tak try mascara lain sebab bukan ada satu saja mascara yang bagus. Betul tak?
Kali ni saya try mascara 1 Minute Miracle yang saya dah pakai hampir sebulan. Saya nak review mascara ni sebab saya tengok ramai juga yang guna mascara ni dan kali ni meh baca saya punya pengalaman menggunakan mascara 1 minute miracle.
Untuk packaging tak berapa suka sangat sebab nampak macam jajan je. Tak nampak ekslusif kotak mascara ni. Saya pun tak tahu kenapa local produk banyak yang tak titik beratkan tentang packaging.
Kalau tengok brand-brand luar kebanyakan nya packaging nampak simple dan jelas. Tak serabut dengan gambar mata atau produk didalam kotak,penggunaan warna packaging yang tak terlalu banyak dan mudah nak ingat.Tapi untuk 1 minute Miracle packging sarat dan kalau duduk dalam tandas dah habis berak pun kita belum habis belek kotak mascara tu. Hahahaha
BACA: EYE SHADOW MURAH UNPIGMENTED JANGAN DIBUANG. INI CARA MUDAH SERLAHKAN WARNA EYE SHADOW MURAH
1 Minute Miracle mascara ni dengar-dengarnya ada yang fake. Nak tahu fake atau tak boleh tengok label bahagian biru ni yang tulis "ADVANCED FORMULA 3X MORE VOLUME" . Pada bahagian tu mesti lah warna biru yang berkilat. Kalau tak berkilat atau matte, maknanya yang tu adalah fake punya.
Kemudian pada bahagian belakang kotak ada satu QR code yang korang boleh scan, Kalau tak de tu memang fake la.
... Mascaranya cemana?? Ok ke??
Saya suka mascara 1 minute mirace ni sebab dia didatangkan dengan ocobot warna pink. Memang melentik elok bulu mata lepas kepit guna ocobot ni. Tak de terkepit kulit mata macam sepit besi yang biasa saya pakai sebelum ni. Kiranya memang best la ocobot ni. Korang boleh kepit sebelum pakai masakara aau selepas pakai mascara. Dua-dua teknik cantik..
Kalau korang punya bulu mata jenis pendek dan nipis saya memang sarankan korang guna 1 Minute Miracle sebab mascara ni mampu melentik kan bulu mata korang 50 x tau. Bulu mata pun nampak tebal dan lentik habis.
Saya ada masalah bulu mata bawah sangat pendek dan nipis. Macam gambar atas ni. Kalau tak pakai mascara memang tak nampak bulu mata bawah. Tapi lepas guna 1 minute Miracle nampak la bulu mata tebal dan wujud macam orang lain. Hahah. Baru nampak tebal dan cantik. Mata pun nampak fresh walaupun tak pakai contact lense.
Nak bersihkan mascara ni pun senang je. Korang cuma guna wet tisu. Tekap kan pada mata. Biar dalam 10 saat lepas tu swipe ke bawah. Terus keluar semua mascara pada mata. Tak payah tarik2 bulu mata guna jari. Tercabut bulu mata tu nanti.
Kalau korang tengok gambar di bawah ni , zoom sikit! Nampak bulu mata saya kemas dan mascara tak de bergumpal pada bulu mata. Ini saya cuma sapu 1-2 kali saja tau. Kalau nak nampak tebal boleh buat teknik zig zag lagi bertambah kebabomm. Dah tak payah buang masa pakai eye lashes.
Kelebihan 1 Minute Miracle:
- Guna 1-2 sapuan dah cukup kemas
- Datang bersama ocobot
- Mudah dibersihkan (mesra wuduk)
- Tak bergumpal
- Bulu mata lebih tebal
- Batang mascara jenis mudah lentur
- harga RM18.
0 Ulasan