HUKUM MEMBESARKAN ALAT SULIT

HUKUM MEMBESARKAN ALAT  SULIT |  Mindset ramai lelaki , alat sulit besar mampu memuaskan isteri. Sebenarnya tidak ada kajian yang mengesahkan alat sulit yang besar mampu memuaskan isteri. Ada beberapa kes terdapat isteri yang merasa tersiksa apabila suami mempunyai alat sulit yang besar. 



hukum besarkan alat sulit lelaki




Bagaimana pula pandangan islam tentang lelaki yang membesaran alat sulit nya? adakah dibolehkan dalam islam untuk lelaki membesarkan alat sulit dengan penggunaan ubat atau rawatan-rawatan terkini?



Dalam islam membesarkan alat sulit memang dibolehkan cuma terdapat beberapa syarat yang perlu diambil kira.


Lelaki tidak boleh menggunakan rawatan atau cara yang boleh membahayakan nyawanya.


Rawatan juga perlulah terbukti berkesan dan disahkan oleh pihak-pihak yang bertauliah.


Kemudian proses rawatan pula tidak boleh melibatkan perkara yang melanggar syariah.


Rawatan juga boleh dibuat jika keadaan lelaki tersebut benar-benar memerlukan dia untuk membesarkan alat sulitnya. Jika sekadar untuk membanding-bandingkan dengan orang lain ianya tidak dibolehkan. apalagi jika keadaan kesiahatan nya ditahap yang baik.




Bagi lelaki yang mengalami masalah Micropenis, rawatan yang terbaik adalah mendapatkan rawaan di hospital.


Saya ingin memetik artikel dari blog darulnuman yang menjelaskan dengan terperinci hukum lelaki membesarkan alat sulit.



Dalam surah An-Nissa' ayat 18 menjelaskan suami dikehendaki menggauli isteri dengan baik. Ini termasuklah dalam soal persetubuhan. Mengikut sunnah Rasulullah SAW seseorang suami yang telahpun melepaskan hajatnya dalam persetubuhan dikehendaki melayan hajat isterinya sehingga ia merasa puas. Dengan cara ini tidak akan timbul ketidakseimbangan dalam persetubuhan antara suami isteri yang boleh membawa kepada keretakan rumahtangga dan sebagainya.



Perbuatan membesarkan kemaluan dengan tujuan untuk memberi kepuasan seks kepada isteri ketika melakukan persetubuhan, tidaklah menjadi kesalahan, selagi mana perbuatan itu tidak memudaratkan si suami itu sendiri. Jika perbuatan itu memudaratkan isteri, maka hukumnya adalah haram, kerana Islam melarang seseorang mencampakkan dirinya ke lembah kebinasaan. Ini tanpa mengambil kira apa jenis alat yang digunakan untuk membesarkan kemaluan itu.


Bagaimanapun ulamak mazhab Syafii menggariskan seorang isteri yang merasa tersiksa bila bersetubuh dengan suaminya kerana alat kelamin suaminya itu terlampau besar dan membuatkan ia menderita, diharuskan menuntut fasakh. Suka dinasihatkan kepuasan rumahtangga bukanlah bergantung kepada kepuasan persetubuhan semata-mata, sebaliknya merangkumi faktor lain seperti saling faham-memahami jiwa pasangan masing-masing, sama-sama menegakkan sunnah Rasulullah SAW dan lain-lain.

sumber:darulnuman.com
**************************

semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.

Catat Ulasan

0 Ulasan