CEO-DOL MART

CEO-DOL MART | Drama ini dibintangi oleh beberapa ahli kpop idol popular dan actor Lee Sin Young. Disiarkan bermula pada 15 september hingga 13 oktober dengan 10 episod. Kdrama CEO-Dol Mart  boleh ditonton di VIKI jam 4 petang.


CEO-Dol Mart


Review CEO-Dol Mart

Kalau orang tanya Kdrama apa paling tak best, saya tak teragak-agak mencalonkan drama ini sebagai drama paling mengarut dalam sejarah kdrama. Hahahha. Dari lakonan, skrip, jalan cerita ,pemilihan pelakon semuanya macam tak cukup dan kekurangan sesuatu


kalau saya nak ulas satu-satu memang silap-silap saya kena kecam sebab pelakon-pelakon yang membintangi drama ni boleh dikatakan ramai peminatnya dan ada yang terdiri dari ahli kumpulan kpop. Episod satu pun dah buat korang tepuk dahi sambil cakap "drama apa la yang aku tengok ni???" Hahha.

BACATHE KILLING VOTE

Untuk drama ni saya paling tak suka dengan lakonan mereka. Saya tak faham kenapa dalam drama ni watak kpop idol dijadikan watak seperti lelaki pengecut, lembab dan lembik. 

CEO-Dol Mart


Ada satu scene dimana seorang lelaki bertopeng berdiri didepan Dol Mart ketika bekalan elektrik terputus. Mengejutkan bila mereka menjerit sambil berpelukan. Kalau perempuan yang menjerit macm tu saya faham la. Biasala..perempuan. Tapi ni lelaki.!!diulang .. Lelaki!! Annoying sangat.


Kemudian ada satu scene di dalam kedai juga, sewaktu pelanggan memenuhi pasaraya, boleh pulak pemilik-pemilik pasaraya buat sesi pertemuan semula yang aneh. Kalau ikut logik dalam keadaan macam tu CEO sedang sibuk memastikan pelanggan mereka dilayan dengan baik walaupun mereka belum memutuskan apa-apa untuk Dol Mart.


Setiap scene jugak sangat lambat. Saya rasa editor drama ni masih belum mahir buat kerja. Selepas satu dialog dari pelakon ada jeda yang agak mengganggu. Drama ni mungkin boleh dihabiskan dalam 30 minit untuk satu episod tapi disebabkan banyak jeda dan scene yang terlalu lambat.


CEO-Dol Mart


Skrip pun satu masalah. kalau 5 tahun lalu mereka adalah kpop idol, bermakna mereka sudah cukup matang. Tapi aksi dan tingkah laku mereka tak ubah macam budak umur 18 tahun. Kebudak-budakan dan tak mencerminkan watak lelaki berusia pertengahan 20 an.

 

Cukup lah sebanyak ini saja saya luahkan kepincangan dalam drama ni. Selebihnya korang boleh la tonton. Mana tahu kalau-kalau drama ni menepati selera korang. But not me. Hahha..

Sinopsis CEO-Dol Mart

CEO- Dol Mart mengisahkan 5 orang ahli kumpulan kpop , Thunder Boys yang terpaksa mengambil alih sebuah pasaraya. 5 tahun yang lalu mereka merupakan sebuah ahli kumpulan Kpop yang popular. Mereka mendapat tawaran membuat iklan sebuah pasaraya. 


Namun pasaraya tersebut terpaksa ditutup dan kebetulan waktu itu Thunder Boys  terpaksa di bubarkan. Jadi mereka belum mendapat bayaran dari iklan yang mereka lakukan.

ceo-dol Mart


5 tahun kemudian ketika semua ahli sudah membawa haluan masing-masing, Choi Ho Rang yang juga bekas ketua Thunder Boys  mendapat tahu bahawa dia dan 4 lagi ahli yang lain sebenarnya mempunyai sebuah pasaraya yang diberikan sebagai bayaran untuk iklan yang pernah mereka lakukan dan mereka perlu bertanggungjawab terhadap pasaraya tersebut.


5 bekas ahli Thunder Boys mula berkumpul dan membincangkan halayuju pasaraya tersebut. Dalam masa yang sama Oh Ye Rim seorang bekas pekerja pasaraya tersebut dan terpaksa menganggur disebabkan pasaraya ditutup. Namun disebabkan dia sangat mahir mengendalikan hal ehwal pasaraya itu, dia dilantik untuk membantu Thunder Boy menguruskan Boram Mart.

CEO-Dol Mart Cast 

Lee Sin-Young - Choi Ho-Rang

Xiumin - Shin Tae-Ho

Hyungwon - Jo Lee-Joon

Choi Jung-Woon - Oh Ye-Rim

Choi Won-Myeong - Eun Young-Min

Lee Sae-On - Yoon Sang-Woo                                                                            

                                                  

Catat Ulasan

0 Ulasan