7 PERKARA DALAM MENGURUSKAN BAYI YANG AYAH PERLU TAHU.

7 PERKARA DALAM MENGURUSKAN BAYI YANG AYAH PERLU TAHU| Seorang lelaki yang baru bergelar ayah biasanya dia ada sikap ingin turut sama menguruskan bayinya. Tapi ada masa-masanya apa yang kita sebagai ibu tahu ,si ayah tak tahu.


cara menjaga bayi


Itu yang kadang2 kita terlepas cakap jugak la.."itu pun tak tahu ke?".. dan ada ramai wanita fikir macam mana kita wanita yang tak pernah tahu pun cara nak uruskan bayi tapi bila ada bayi jadi tahu apa yang perlu kita buat. Sedangkan orang lelaki pula perlu diberitahu apa yang perlu dia buat. Saya sendiri pernah tengok kawan yang baru bergelar ayah yang mahu menukar lampin anaknya. Lepas tu dia buka lampin anak,dia tanya isteri dia "lepas tu nak buat apa?"..hahaha..


ok..kat sini saya senarai kan apa perkara baru yang si ayah perlu belajar sedangkan si ibu dah sedia tahu.


1- Kadang2 bayi meragam sebab dia hanya inginkan ibu nya. Si ayah dah pujuk, dah dukung, dah bagi susu tapi bayi masih menangis. Ini kerana dia hanya mahukan ibunya.


BACAPARENTING KNOWLEDGE : SEXUAL GROOMING TEKNIK PENJENAYAH KEATAS MANGSA BAWAH UMUR


2-"Dia nampak bersih..tak payah tukar". Ada lelaki yang rasa jika anak tu tak kena lumpur, muka tak comot dengan makanan maknanya anak dia bersih jadi tak perlu mandi. Jangan tak tahu,ada masa nya bayi akan muntah,air liur nya juga meleleh sampai basah baju. Dia perlu dibersihkan..


3-Tak perlu tunggu anak menangis baru nak bagi susu/makanan. Sebelum bayi menangis pastikan bayi  kenyang sebab bila dia dah start menangis bukan senang nak diuruskan. Ada bayi yang menolak untuk minum susu jika dah mula menangis.


4-"Dia bayi je..bagi je pakai apa pun. Selain untuk keselesaan ,bayi juga biar lah nampak seperti bayi. Jangan pulak si ayah nak dandan anak seperti seorang makcik atau mak datin..:p


5-lampin bukan hanya perlu ditukar apa bila sudah berbau. Kebiasaan nya si ayah hanya akan teringat untuk menukar lampin anak ketika ianya sudah berbau kerana najis .itu lah yang menyebabkan kadang2 punggung anak ada ruam dan merah-merah kerana lambat menukar lampin..


6- tukar lampin hanya sekadar "tukar" . Menukar lampin bukan hanya sekadar buka dan tukar. Perlu juga si ayah mencuci dan membersihkan bayi supaya dia berasa selesa kering dan bersih. Ada setengah bayi di sapukan krim kulit,ada jugak yang hanya diletak kan bedak selepas dibersihkan.


7-bayi perlu ditidur kan. Dia tidak akan tidur dengan sendiri. Si ayah merasa sudah tiba masa untuk bayi tidur. Diletak kan bayi nya diatas katil, menuju kepintu, tutup suis.."selamat malam bayi ku..".. ianya tidak semudah itu. Bayi perlu di belai,diberi susu supaya kenyang dan sesekali ianya perlu diperhatikan.


Diharapkan semua kau bapa dapat  menguruskan anak dengan baik selepas ini .tak salah kalau si ayah bertanya pada isteri dan isteri juga perlu lah bantu suami


.

Catat Ulasan

0 Ulasan