20 IDEA BUNGA TANGAN PENGANTIN ADA KIPAS YANG CANTIK DAN SIMPLE UNTUK AKAD NIKAH DAN MAJLIS BERSANDING

IDEA BUNGA TANGAN PENGANTIN ADA KIPAS YANG CANTIK DAN SIMPLE UNTUK AKAD NIKAH DAN MAJLIS BERSANDING | Zaman dulu-dulu kalau dimajlis bersanding, pengapit yang pegang kipas. Bila pengantin berjalan pengapit ikut je dengan kipas satu kat tangan. Supaya pengantin tak kepanasan.  Bila panas memang berpeluh la muka. Dah la dengan baju pengantin yang panas, makeup di wajah. Dengan pengapit-pengapit sekali berpeluh.


bunga tangan ada kipas



Tapi zaman sekarang pengantin rilek je berjalan ke khemah, ke meja beradab , lepas tu pose depan pelamin, Tak habis kat situ, pergi pula photoshoot outdoor. Tak payah usung pengapit pun. Rahsianya ialah bunga tangan ada kipas yang dipegang oleh pegantin.



Disebalik bunga tangan yang cantik tu terselit sebuah kipas kecil . Siapa pun tak perasan kewujudan kipas kecil tersebut. Begitulah kreatifnya kita ni..kan? So hari ni sebagai panduan untuk pengantin-pengantin yang tak tahu kipas bunga tangan yang macam mana yang sesuai dan menarik, kami kongsikan disini berbagai idea bunga tangan ada kipas yang cantik dan simple.


BACATIPS UNTUK MEREKA YANG BARU MAHU MULA BELAJAR MEMASAK

Hand Flower dengan Kipas untuk majlis bersanding dan akad nikah


Kebiasaan nya untuk bunga tangan pengantin akan memilih warna putih atau warna cerah sebagai bunga tangan. Tapi untuk yang inginkan bunga tangan yang lebih menyerlah boleh la menggunakan bunga berwarna terang seperti warna merah atau marron. 




Kipas untuk bunga tangan yang biasa digunakan adalah kipas yang berwarna putih atau pun hijau. Kipas juga bersaiz kecil dan perlu di cas sebelum digunakan. Sebaiknya kipas di cas sebelum dipasang pada bunga tangan.





Pastikan kipas dipasang dengan kemas dan terlindung dengan bunga. Beberapa contoh dan idea hand flower saya kongsikan disini sebagai rujukan untuk korang yang nak buat bunga tangan sendiri atau pun nak menempah bunga tangan dengan kipas untuk majlis pernikahan dan persandingan.





























Bunga tangan pengantin yang simple tapi cantik menjadi pilihan ramai kerana tdak mahu kelihatan sarat. Namun perlu berhati-hati ketika memasang kipas supaya ketika mengambil gambar kedudukan kipas tidak dapat dilihat dalam gambar majlis perkahwinan korang.


Pilih la kipas yang bersaiz kecil dan berwarna hijau atau pun putih. Boleh juga menggunakan kipas yang sama warna dengan bunga tangan korang. Untuk membuat sejambak bungan tangan yang ada kipas , kosnya sangat murah. namun jika tak mahu membuatnya sendiri korang boleh membelinya dengan harga antara RM25- RM39 bergantung pada jenis bunga.


Catat Ulasan

0 Ulasan