Memasak selalu dikaitkan dengan wanita. Bagi orang-orang tua dahulu wanita wajib tahu memasak. Seiring dengan peredaran zaman kemahiran memasak tidak lagi menjadi keutamaan bagi wanita sahaja tetapi bagi lelaki mereka juga perlu tahu memasak.
Antara kelebihan pandai memasak ialah dapat mencuba berbagai resepi yang tak mampu dibeli. Ini sekaligus menjimatkan perbelanjaan. Selain itu mereka yang pandai memasak juga boleh menjana pendapatan. Memasak juga dapat membantu orang lain seperti isteri yang tidak sihat atau ahli keluarga yang memerlukan bantuan kita dalam penyediaan makanan. Tapi ini semua juga memerlukan kerajinan. Tak guna kalau kita pandai memasak tapi tidak rajin memasak.
Bagi yang baru hendak berjinak-jnak belajar memasak beberapa tips saya kongsikan di sini.
1. Mencuba resepi yang mudah. Mulakan dengan memasak resepi yang mudah dan singkat. Pilih resepi yang tidak memerlukan bahan yang banyak dan tempoh masa yang lama untuk memasak.
2. Masak untuk diri sendiri. Sebelum memberi orang lain mencuba masakan kita, masak lah sesuatu untuk diri sendiri dahulu. Ini supaya kita mahir dengan satu-satu masakan dan orang lain juga yakin untuk merasa masakan kita.
3. Masak dengan api perlahan. Mulakan memasak dengan menggunakan api perlahan. Ini supaya kita dapat mengawal keadaan ketika memasak. Mereka yang baru memasak pasti memerlukan masa untuk melihat resepi, menyediakan bahan dan sebagainya. Api yang kecil membuatkan kerja memasak jadi mudah. Jika sudah sedikit mahir boleh besarkan sedikit penggunaan api dapur.
4. Jangan malu bertanya. Malu bertanya sesat jalan. Begitu juga dengan memasak. Banyak kan bertanya pada ahli keluarga atau kawan-kawan yang mahir memasak. Kita juga boleh berkomunikasi dengan rakan-rakan di sosial media di group-group masakan agr ilmu masakan kita lebih luas.
5. Memasak dengan kuantiti yang sedikit. Jangan memasak untuk kuantiti yang banyak. Jika ada resepi yang kita ingin cuba, kecilkan kuantiti atau sukatan bahan yang terdapat dalam resepi. Ini bagi mengelak kan berlakunya pembaziran jika masakan kita tidak menjadi.
Semoga tips diatas bermanfaat untuk kita semua. Selamat belajar memasak.
1 Ulasan
memasak ni kena selalu praktis. lama lama sedapla. kalau malas memang kat aje lah situlah
BalasPadam