THE KIDNAPPING DAY

THE KIDNAPPING DAY | Kdrama The kidnapping Day lakonan Yoon Kye Sang dan pelakon cilik Yoo Na  ini diarahkan oleh Park Yoo Yong yang juga pernah mengarahkan drama popular Kingdom dan Love Alarm. Drama ini diadaptasi dari novel berjudul Yoogweui Nal yang ditulis oleh Jung Hae Yeon pada tahun 2019.

The Kidnapping Day


The Kidnapping Day boleh ditonton di Prime Video

Review The Kidnapping Day.

Drama yang penuh suspen  dengan gabungan pelakon-pelakon yang best. Saya tak nak sentuh bab lakonan sebab korang tengok sendiri la senarai pelakon yang membarisi drama ni. Semuanya hebat-hebat contohnya macam Kim Sang Ho dan Kim Shin Rok

The kidnapping day


Saya paling suka dengan keserasian pelakon cilik Yoo Na dan Kye Sang. Nampak sangat serasi dan menghiburkan. Babak-bakak mereka memang dinantikan. Walaupun 2 episod ni banyak bermain dengan emosi sedih tapi ianya perasan sedih yang mengharukan. Lagi pulak dengan ikatan ayah dan 'anak' yang tidak disengajakan tu. Macam mana seorang penculik boleh melayan seorang budak seperti anaknya sendiri. Penuh dengan kasih sayang sedangkan dia seorang penculik. 
Dari hubungan seorang penculik kepada seorang ayah. Itu yang best nya.

BACADESTINED WITH YOU

Watak Choi Ro Hee tu budak yang genius tau. Dia bukan jenis budak lembab. Dia sangat pantas berfikir dan pandai bertindak walaupun dia hilang ingatan sebab kejadian ngeri berlaku pada keluarga dia. Jadi kita yang tonton ni pun rasa tak stress. Kadang saya rimas juga tengok drama yang semuanya bodoh2 dan lembab.Haha.. 

The Kidnapping day


Drama ni ada kelakar, sedih, misteri. Memang penuh suspend. Episod 1 pun dah menarik. Waktu saya tulis ni saya tengah tonton episod 3. Saya yakin korang pun akan suka dengan drama thriller dan penyiasatan macam ni. Jangan lupa tonton  the kidnaping day full episode di prime video.

 Sinopsis The Kidnapping Day

The Kidnapping Day mengisahkan Kim Myung Joon yang sedang berusaha mendapatkan wang bagi membiayai pembedahan anak perempuanya yang sedang terlantar sakit di hospital. Bekerjasama dengan bekas isterinya yang hanya memberi arahan, mereka merancang untuk menculik anak orang kaya untuk mendapatkan wang tebusan.

The Kidnapping day


Kim Myung Joon bukan lah lelaki yang jahat. Dia tidak pernah melakukan kejahatan. Dia mempunyai hati yang sangat baik dan penyayang. Dia melakukan semua itu kerana terdesak untuk menyelamatkan anaknya.

Pada malam yang dirancang dia memandu disekitar rumah orang kaya yang ingin dijadikan sasaran. tiba-tiba seorang budak meluru dihadapan kereta Kim Myung Joon dan pengsan. Kim Myung Joon sangat terkejut dan terus membawa kanak-kanak tersebut ke rumahnya.

Choi Ro He yang baru sedar dari pengsan tidak mengingati apa yang berlaku. Menyangka kan Kim Myung Joon adalah ayahnya.Hinggalah satu hari dia dapat merasakan Kim Myung Joonbukan lah ayahnya yang sebenar dan dia adalah mangsa culik. 

The kidnapping day


Kim Myung Joon ingin menyerahkan Ro Hee pada pihak polis tapi disebabkan Ro Hee tidak mempercayai sesiapa lagi dia memutuskan untuk terus bersama Kim Myung Joon kerana dia tahu Kim Myung Joon seorang lelaki yang baik.

The Kidnapping Day Cast

Yoon Kye Sang

Yu Na

Park Sung Hoon

Kim Shin Rok

Catat Ulasan

0 Ulasan