RESEPI BROWNIES SUKATAN CAWAN YANG CHEWY DAN SANGAT SEDAP |Ramai yang suka kan brownies tapi brownies macam mana yang paling korang suka. Brownies ada 3 jenis iaitu Cakey, Fudgy dan Chewy. Ketiga-tiganya mempunyai peminat yang tersendiri.
Anak-anak saya sangat suka brownies yang chewy atau pun fudgy. Tambah pulak jika rasa coklat sangat kuat dan disulam rasa yang tidak terlalu manis yang membuatkan tak sedar dah habis 1 loyang brownies.
Untuk menghasilkan brownies yang cakey, lebihkan tepung dan kurangkan butter dan coklat. Tapi untuk menghasilkan brownies yang fudgy dan juga chewy nisbah bahan nya agak sama cuma tempoh membakarnya adalah berbeza. Untuk menghasilkan brownies yang chewy dan fudgy, lebihkan coklat compound dan juga butter. Mudah kan?`
Apa pun, brownies chewy dan fudgy adalah yang paling digemari anak-anak saya. Kebanyakan customer yang pernah order brownies dengan saya pun lebih suka brownies yang chewy dan fudgy sebab lebih terasa seperti makan coklat
Pernah juga saya tak dapat hasil yang cantik untuk brownies saya. Contohnya macam brownies diatas ni. Menggunakan tepung yang murah dan coklat cooking bar yang biasa ja. Hasilnya kurang menarik dan bahagian tepinya tak rata dengan cantik.
Perbezaan brownies yang menggunakan bahan premium dan bahan bukan premium tentulah dari segi harga dak teksturnya. Kalau nak bagi nampak mahal boleh la deko brownies menggunakan buah-buah segar dan coklat yang viral. Terpulang la pada korang nak buat macam mana supaya brownies tu nampak mahal.
BACA: RESEPI CUCUR BADAK SUUKATAN CAWAN YANG PALING SEDAP DAN MUDAH
Buat brownies menggunakan bahan bukan premium juga korang kena lebih berhati-hati ketika mengawal suhu oven. Kalau terlalu panas mungkin tekstur brownies jdi tak cantik. Tapi kalau suhu terlalu rendah pulak boleh menyebabkan brownies terlebih masak.
Dah lama saya tak kongsikan resepi brownies dan kali ni saya nak kongsikan resepi brownies yang chewy dan sesuai buat berniaga kerana kosnya yang rendah dan tak menggunakan bahan premium. Jadi boleh la letak harga murah. Kalau nak guna bahan yang premium boleh la letak harga mahal tapi maklumkan pada pelanggan bahawa korang menggunakan bahan premium.
Resepi Brownies Yang Chewy dan sangat sedap
Dibawah ni saya kongsikan Resepi Brownies yang chewy dan sangat sedap yang saya dah buat bertahun-tahun untuk jualan saya.
Bahan-bahan membuat brownies
1 1/2 cawan coklat compound - Saya guna coklat bar je.
2 sudu majerin
2 biji telur
4 sudu besar gula perang
2 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan tepung gandum - saya guna cawan kopi
1 sudu besar baking powder
2 sudu besar dark cocoa powder
Baking paper - alas dalam loyang. lebihkan kertas di bahagian tepi melebihi saiz .loyang
Cara membuat Brownies yang sangat sedap
Panaskan oven suhu 180. suhu 1 jam.
Campurkan Coklat compound 1 cawan bersama dengan 2 sudu besar majerin . Saya letak dalam oven je dah cair. dalam 5 minit dah cukup cair.
Dalam bekas lain ,2 biji telur campurkan bersama dengan gula perang 4 sudu besar dan juga 2 sudu gula pasir.
Kemudian tambah esen vanila 1 sudu kecil.
Kacau sikit bagi gula pasir tu hancur. Kacau guna whisk je.
Dalam bekas lain, 1 cawan tepung gandum dicampur dengan 1 sudu besar baking powder dan campur dengan 2 sudu besar dark cocoa powder. Ayak terus masuk dalam telur tadi. kacau .
Lepas tu masuk kan coklat yang dah cair. kacau sebati
Masuk kan dalam loyang yang dah kita alas dengan baking paper. Kemudian masuk kan dalam oven. Bakar selama 1 jam suhu 180. Ni suhu yang perlahan untuk oven saya.
Kalau oven korang jenis cepat panas boleh kurangkan suhu tu.
Sebelum keluarkan dari oven , cucuk dulu brownies dengan lidi. Kalau tak dak cair2 tepung dah boleh angkat dan sejuk kan.
Selamat mencuba dan semoga resepi brownies ini memberi manfaat pada semua.
0 Ulasan