PENGALAMAN ANAK 11 TAHUN KENA ALAHAN SEBAB MAKAN SEAFOOD

Salah satu perkara yang paling dielak kan oleh mereka yang ada resdung ialah makan seafood. Seafood adalah pantang larang bagi mereka yang mengalami sinus ataupun resdung kerana tubuh badan mereka yang mengalami resdung sangat sensitif berbanding orang lain. Jadi apa yang mereka makan perlu dipantau agar tidak memberi kesan buruk.



Jika pesakit resdung mengalami alahan dari  makanan, lapisan saluran hidung akan menjadi radang dan bengkak, disertai dengan sensasi sengatan yang tidak selesa atau pelbagai komplikasi lain. Oleh itu, apabila terdapat sejarah alergi terhadap makanana , bahan kosmetik, skincare atau ubatan apa pun, lebih baik kita elak kan.


Melalui pengalaman anak saya sendiri mengalami alahan makanan baru-baru ini membuatkan saya lebih berhati-hati dan memantau apa yang anak saya makan. Rasa macam tak mau lagi perkara macam ni berulang. 



Pada ahad yang lepas anak saya makan bihun sup Thai yang didalam nya ada sotong dan udang. Sebelum ni anak saya makan menu yang sama dan boleh dikatakan seminggu sekali dia akan makan bihun sup dari kedai yang sama ni.. Memang bihun sup Thai ni makanan kegemaran dia. 


Sebelum ni tak pernah dia alami alahan ketika makan bihun sup tu.  Walaupun dia tak makan pun udang dan sotong dalam tu. Dia cuma makan kuah sup tu saja. Tak pernah pun makanan tu menyebabkan alergik pada dia. Tapi kali ni jadi alahan teruk.


BACA:  BERKHATAN GUNA TEKNIK LASER | BERAPA LAMA LUKA BERSUNAT SEMBUH

Pada isnin,jam 3 pagi anak saya kejutkan dari tidur dan mengadu mukanya sakit. Awalnya saya tak perasan sangat. dan saya suruh dia minum air dan tidur dulu.


Jam 6 pagi saya kejutkan dia untuk ke sekolah. Dia bangun macam biasa dan bersiap. Waktu tu dia memang nampak lemah sikit. Tapi saya agak mungkin sebab dia mengantuk. Dia pun pergi sekolah macam biasa.




Jam 1.30 petang biasanya saya akan ke sekolah dia untuk hantar baju dan bag sekolah KAFA. Waktu tu saya tengok dia asyik lap hidung dengan sapu tangan dia. Muka dia merah. Mata  pun merah.Saya tanya dia ok ke tak. saya tanya dia demam ke? Saya fikir kalau dia tak ok baik saya bawak balik je. Tapi dia kata dia ok. Dia kata dia tak demam cuma hidung dan mata dia rasa tak selesa. 


Dah jam 5.40  petang dia sampai dirumah saya tengok keadaan nya belum ok. Mata dia jadi sepet.  Dia masih lap hidung dan mata. Muka dia masih merah dan dia mula menangis sebab dah tak tahan. Waktu tu saya tahu dia alami alahan. Dia bukan selsema . Dia kata hidung dan matanya asyik berair dan bahagian muka nya sakit.


Suami terus bawa dia ke klinik dan doktor sahkan dia alami alahan sebab makan seafood. Doktor bagi ubat selsema dan kata doktor ubat ni boleh meredakan alahan nya. Memang kalau alami alahan ubatnya adalah ubat selsema. Dan biasanya ubatni akan buat kita mengantuk.


Doktor juga bagi surat cuti suruh dia berehat. lepas dia makan ubat terus dia tidur lena. Mungkin kesan dari ubat ditambah dengan badan yang memang dah lemah.


Paling sedih bila dia kata cikgu2 ada tanya dia ,kenapa macam menangis. Tapi dia kata dia tak sihat je. Bayangkan dia bertahan seharian kat sekolah dengan keadaan macam tu..Sedih la.




Mujur lepas makan ubat dan tidur, dia bangun pagi alahan tu dah berkurangan. Muka dia pun dah nampak segar dari sebelum ni. Tak ada lagi berair mata dan hidung. Saya juga pesan berkali-jali pada dia supaya elak kan makan seafood. Dan yang penting sekali kalau tak sihat terus bagitau cikgu untuk telefon ibu.


Anak saya mula alami sinus sejak umur 10 tahun. Kami cuba macam2 cara dan petua nak buat dia selesa setiap hari. Tapi semuanya tak menjadi. Doktor sendiri cakap tak de ubat untuk sinus ni. Cuma boleh mengawal saja. Disebabkan sinus ni juga saya galak kan anak saya bersukan sebab ianya boleh mengurangkan rasa tak selesa tu.


Harap sesiapa yang membaca post ni dapat doakan anak saya,Mikhail sembuh dari sinus ni. Mana tahu kalau2 ada yang doanya mustajab. Insyaallah..


Catat Ulasan

0 Ulasan