CARA HILANGKAN MATA PANDA ATAU LEBAM BAWAH MATA YANG PALING BERKESAN

CARA HILANGKAN MATA PANDA ATAU LEBAM BAWAH MATA YANG PALING BERKESAN | Mempunyai lebam bawah mata ataupun mata panda, bukan lah sesuatu yang menyenangkan kerana ianya pasti akan mengganggu penampilan. Masalah lebam bawah mata tidak akan hilang dalam masa yang singkat. Kalau ikut pengalaman saya sendiri yang pernah mengalami masalah lebam bawah mata ni, hampir setahun juga saya berusaha untuk atasinya.

Hilangkan mata panda


Alhamdulillah sekarang saya dah tak perlu lagi fikir tentang mata panda. Lagipun anak-anak dah besar tak perlu berjaga malam. Punca lebam hitam dibawah mata ni biasanya disebabkan tak cukup tidur. Tapi kalau dibiarkan saja , lebam bawah mata tu tak akan hilang walaupun dah cukup tidur. Kita tetap perlu merawat kulit bawah mata supaya lebam tersebut hilang.

Itu apa yang saya lalui sebelum ni.

Jadi hari ni saya nak kongsikan beberapa cara yang saya lakukan secara konsisten untuk menghilangkan lebam dibawah mata atau pun mata panda.

Pertama adalah skincare. Tinggal di negara yang ada siang dan malam tak kan lepas dari terkena sinaran matahari. Bahagian kulit paling ketara terjejas dengan sinaran matahari ialah bahagian bawah mata. Apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi lebam bawah mata adalah merawat kulit menggunakan skincare yang boleh mengembalikan semula keserian kulit wajah.

BACARUTIN PENJAGAAN KULIT WAJAH SEHARIAN AGAR KULIT SIHAT CANTIK DAN BERSERI 

Di bawah ini adalah senarai skincare yang bagus yang saya gunakan untuk mengembalikan kulit sihat termasuk bahagian bawah mata.

skincare untuk mata panda


Cleanser : SAFI Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser berfungsi untuk mengembalikan keremajaan kulit dan menghaluskan tekstur kulit.

Serum: Garnier Bright Complete Vitamin C Ampoule Serum berfungsi untuk memudarkan hiperpigmentasi dan kulit kusam terutamanya bintik-bintik hitam dan lingkaran bawah mata

Toner:AIKEN Tea Tree Oil Toner berfungsi untuk mengimbangkan lembapan pada kulit dan yang bagusnya ianya juga untuk menghalang pertumbuhan jerawat.

Moisturizer : Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit dan mencerahkan terutamanya bahagian bawah mata.

Sunscreen: Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen berfungsi untuk melindungi kulit dari sinar UV termasuk dibahagian bawah mata.

Untuk toner dan serum pilih yang sesuai dengan keadaan kulit sebab kulit saya kulit normal. Kalau korang jenis kulit berminyak pilih skincare yang berasaskan air lebih baik.

Cara yang kedua adalah mengubah gaya hidup seharian. Selain skincare saya juga mengubah gaya hidup. Tidur yang cukup sangat penting selain minum air putih 2-3 liter sehari. Saya juga pastikan saya tak terlalu lama melihat skrin telefon, komputer atau pun tv.

Jangan gunakan kain atau tisu yang kesat untuk menggosok bahagian bawah mata. Kerap menggosok bawah mata menggunakan kain atau tisu juga jadi punca mata panda. Kalau nak cuci solekan letak makeup remover atas jari dan gosok perlahan-lahan di bahagian bawah mata.

Ramai yang suka menggunakan bahan semula jadi untuk hilangkan bawah mata seperti buah tomato, kulit pisang, timun, uncang teh dan sebagainya. Tapi bagi saya cara tersebut agak membuang masa berbanding menggunakan skincare.

Hilangkan lingkaran hitam bawah mata


Kalau nak guna timun atau tomato kita kena berhenti dari buat apa-apa aktiviti. Cuma terbaring sampai 30-45 minit. Cara ni juga perlu dilakukan setiap hari. Kalau seminggu sekali memang tak berjaya menghilangkan lebam bawah mata. Sangat tak sesuai untuk saya.Membuang masa sebab ambil masa terlalu lama. Tapi kalau korang rasa cara tersebut sesuai dengan korang boleh la cuba.

Itu saja pengalaman saya untuk hilangkan lebam bawah mata ataupun mata panda. Semoga bermanfaat untuk semua.

Catat Ulasan

0 Ulasan