BAPA DIDAKWA BUNUH ANAK KERANA GANGGU MAIN GAME. NAMUN INI YANG SEBENARNYA BERLAKU

BAPA DIDAKWA BUNUH ANAK KERANA GANGGU MAIN GAME. NAMUN INI YANG SEBENARNYA BERLAKU | Seorang ayah sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak tetapi lain pulak yang berlaku kepada bayi malang berusia 2 tahun ini apa bila di bunuh oleh ayah nya sendiri. Itulah yang dilaporkan media selama hampir setahun kematian bayi malang ini. Namun kenyataan sebenarnya hanya diketahui selepas setahun bapa tersebut dipenjarakan.


Anthony Sanders (31) dari texas Amerika Syarikat ditahan polis apabila dia didakwa membunuh anak nya sendiri awal Disember 2015

Menurut laporan awal, isterinya berpesan supaya menjaga anak perempuan mereka, Ellie Mae kerana dia mempunyai urusan di luar. Selesai urusan di luar dia pulang dan bertanya pada suami nya dimana anak mereka namun si suami mengatakan Ellie sedang tidur dan meminta supaya mereka tidak mengganggu Ellie





Beberapa minit kemudian anak lelaki mereka yang cuba membangunkan si adik mengatakan pada ibunya , Ellie tidak mahu bangun.

Ketika memeriksa anaknya , dia mendapati anak perempuan nya itu sudah tidak bernafas dan terus menghubungi ambulans dan polis. Pemeriksaan mendapati anaknya sudah meninggal beberapa jam sebelum itu.



Selepas 4 bulan polis mendapati Anthony Sanders adalah penyebab kematian Ellie. Terdapat kesan lebam dan luka di badan Ellie menunjuk kan dia dikasari sebelum mati.



Isterinya mengesyaki Ellie mungkin dibunuh kerana mengganggu suaminya bermain game memandangkan suaminya seorang yang gemar bermain game. Anthony Sanders kemudian nya di tahan polis dan memerlukan ikat jamin 1 juta dollar AS. Anthony langsung tidak mengaku bersalah dan menafikan sekeras-kerasnya semua pertuduhan keatasnya.

Pada 2017, Anthony dibebaskan dari semua tuduhan selepas pengakuan mengejutkan dari anak lelaki mereka yang ketika itu berusia 7 tahun. 

Anthony sanders



Pengakuan itu didedahkan sendiri oleh isteri Anthony kepada pihak berkuasa. Awalnya dia seperti tidak percaya dengan apa yang diceritakan oleh anak lelakinya tetapi dia tetap perlu memaklumkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.


Penyiasat berkata budak lelaki tersebut menangis ketika dia memberitahu mereka bahawa dia secara tidak sengaja meletak kan bantal berat ke muka adik perempuannya semasa mereka bermain dan dia tidak dapat mengalihkannya. Dia berkata bantal tersebut terlalu berat.

Anthony sanders kill her daughter



Kanak-kenak lelaki itu juga memberitahu penyiasat bahawa dia tidak memberitahu orang lain tentang kematian adiknya kerana dia "takut dia akan mendapat masalah." 

Rekod mahkamah juga menunjukkan budak lelaki itu pernah membuat pengakuan semasa sesi kaunseling selepas kematian adiknya, bahawa dia "membunuh adiknya," tetapi kaunselor itu tidak bertindak keatas kenyataan itu dan budak itu tidak ditanya mengapa dia berkata sedemikian.

Catat Ulasan

0 Ulasan