4 TIPS CARA ASINGKAN PAKAIAN DI DALAM ALMARI ANDA

4 TIPS CARA ASINGKAN PAKAIAN DI DALAM ALMARI ANDA | Saya rasa sekarang ni tak ramai yang kerap membeli belah pakaian seperti tudung, seluar, skirt dan baju. Mungkin disebabkan ekonomi kita lebih memilih untuk membeli bila perlu sahaja.

asingkan pakaian dalam almari



Paling kerap kita membeli pun mungkin sebulan sekali dua sahaja. Jadi bila tak kerap membeli tu kena pandai la suai padan kan pakaian yang ada supaya tak nampak sama je setiap hari. Lagi2 kalau kita bekerja. Tak kan nak pakai baju sama je..kan??



Tapi dalam kita sibuk suai padan kan baju ni ada juga pakaian yang sepatutnya kita tak perlu lagi pakai ataupun dibuang sahaja. Kena la diasingkan dan dikeluarkan dari almari kita.Cuba buka almari dan periksa pakaian yang tergantung pasti ada yang kita sudah lama tak pakai ataupun tak pernah pakai. Jadi apa kata hari ni kita asingkan baju2 yang dah tak pakai tu.

BACACARA PALING CEPAT UNTUK BUAT TIDUR LENA DALAM MASA KURANG 3 MINIT

Berikut adalah tips cara asingkan pakaian supaya tidak berlaku pembaziran.


1. Pakaian yang ada kesan kotor

Ada baju yang kita tak pakai sebab ada kesan kotor. Kesan tu pulak tak boleh hilang dengan cucian biasa. Kumpulkan baju dalam satu tempat dan kemudian kita fikirkan cara untuk menghilangkan kesan kotor tersebut. Kalau memang tak boleh hilang dah kesan nya tu baik buang saja atau cukup dipakai dirumah dan bagi yang pandai menjahit boleh la ubah suai baju tersebut. Nak dijadikan alas ke, kain pengelap ke..

pakaian yang kotor dan rosak



2. Pakaian yang rosak 



Pakaian yang terkoyak , reput atau terlalu lusuh. Ini juga antara pakaian yang layak nya di buang dari almari pakaian kita kerana jelas pakaian dalam kategori ini tak kan kita pakai lagi. Menyimpan pakaian yang tidak akan dipakai lagi hanya membuatkan almari pakaian kita penuh dan tiadak ada ruang untuk pakain baru.



3. Pakaian yang Sudah tidak muat

Selalunya kita simpan baju yang sudah tidak muat kerana kita fikir kita akan kurus semula tapi apa yang kita fikir itu tidak disertakan dengan usaha. Masa semakin berlalu dan tubuh kita tetap tidak langsing tapi kita masih menyimpan nya Ini masanya baju tersebut disingkirkan dari almari pakaian anda. Berikan kepada yang layak.


pakaian yang tidak muat dan tidak pernah di pakai


4. Pakaian yang tak pernah dipakai.

Bila jalan-jalan di pusat membeli belah tengok baju yang dipamerkan di premis jualan tu nampak cantik dan menarik. Kita pun beli. Bila dah sampai rumah berdiri depan cermin tiba-tiba nampak tak cantik. Tiba-tiba nampak warna nya terlalu menyerlah. Nampak terlalu sarat dan macam-macam lagi. Kesudahan nya baju tersebut tak di pakai langsung. Tersimpan di dalam almari anda hingga menyukarkan anda untuk mencari pakaian lain. Keluarkan pakaian ini dari almari anda dan berikan kepada orang lain yang mungkin mahu memakainya.


Dah asingkan semua pakaian..?? Pandang semula almari pakaian anda. Bukan kah ianya lebih tersusun dan mempunyai ruang untuk pakaian baru.??

Catat Ulasan

0 Ulasan