WANITA INI PILIH KERJAYA SEBAGAI SURROGATE - WIFE PENEMAN LELAKI BERISTERI MENONTON BOLA | Sukan bolasepak sangat sinonim dengan lelaki. Apatah lagi jika tiba musim Piala Dunia atau pun Liga Eropah. Setiap malam minggu kaum lelaki berkumpul menonton perlawanan pasukan kegemaran masing-masing.
Bagi lelaki yang lebih suka menonton bersama pasangan tentu sukar bagi pasangan mereka untuk kekal fokus menonton bersama-sama apatah lagi jika pasangan nya tidak berminat dengan sukan bola sepak.
Menggelarkan dirinya sebagai "surrogate wife" , wanita yang dikenali sebagai Babi Palomas ini memilih kerjaya sebagai wanita yang menemani lelaki-lelaki yang sudah beristeri untuk menonton perlawanan bolasepak di televisyen.
Tidak ramai wanita yang mahu menemani suami mereka menonton perlawanan bolasepak membuatkan Babi Palomas memilih untuk menyediakan perkhidmatan menemani mana-mana lelaki yang memerlukan teman ketika menonton bolasepak.
BACA: GAMBAR RITUAL MENEBUS DOSA DI FILIPINA
Berasal dari Brazil, wanita berusia 24 tahun itu menjadi bintang media sosial dan memiliki banyak pengikut yang terdiri dari kaum lelaki, termasuk mereka yang sudah beristeri. Palomas kemudian mendapat idea untuk menawarkan perkhidmatan tersebut kepada kaum lelaki yang sudah beristeri.
Namun khidmat nya itu tidak memerlukan nya bertemu dengan pelanggan nya secara langsung. Dia hanya menemani lelaki tersebut melalui online sahaja. Pelanggan boleh memilih pakej 12 jam atau 24 jam.
"Saya menyediakan perkhidmatan melakukan tugas-tugas yang selalunya tidak diingini oleh kaum isteri seperti menonton perlawanan bola sepak di televisyen tanpa mengeluh."
Palomas mengakui dia kerap mendengarkan keluhan dari ramai lelaki yang beristeri yang merasa kesunyian walaupun sudah mempunyai pasangan dan anak.
"Mereka rindu memiliki seseorang yang boleh diajak berbual dan berkongsi aktiviti maskulin dengan pasangan "
Hasil dari pekerjaan nya itu dia mampu menghasilkan pendapatan sebanyak US$ 30 ribu sebulan.
Nampaknya kaum isteri yang tak suka tonton bola dengan suami boleh la lepas ni berjaga malam menonton bola sepak. Apa pendapat korang?
0 Ulasan