THE UNCANNY COUNTER 2 | The Uncanny Counter adalah siri yang diadaptasi dari sebuah web comic. Siri supernatural, aksi dan mysteri ini di tulis oleh Jang Yi dengan 12 episod dan boleh di tonton di Netflix. Kdrama ini dibintangi oleh watak utama Joe Byeong Gyu. Yu Jun Sang. Kim Se Jeong dan Yum Hye Ran. Drama ini disiarkan sejak 29 July 2023 yang lalu.
Review The Uncanny Counter 2
Selepas 3 tahun akhirnya The Uncanny Counter musim ke 2 kini kembali lagi. Musim pertama disiarkan pada tahun 2020. Kdrama aksi ini mendapat respond yang sangat baik oleh penonton pada musim pertama yang lalu. Ramai yang tertunggu-tunggu musim kedua dan kini penayangan nya di netflix membuatkan lebih ramai boleh menonton drama ini.
Sebelum ni drama ni tak ada di Netflix. Musim pertama drama ni juga baru masuk ke Netflix pada tahun ni . So korang yang belum menonton musim pertama, lebih bagus kalau dapat tonton musim pertama dulu supaya korang lebih mengenali setiap watak dan perkaitan antara counters dan mereka di spirit immigration office.
Untuk musim kedua , lawan mereka lebih mencabar dan sama kuat dengan mereka. Kuatnya memang tak de ampun ye. Sebab mereka dan menyerap kuasa ahli counter yang mereka dah bunuh di China.
BACA: REVIEW DAN SINOPSIS : EVE
Yang bestnya, lawan mereka ialah Kang Ki Young. Mula-mula macam terkejut juga Kang Ki Young di beri watak ni sebab kita kan dah biasa tengok dia jadi pak lawak. Tiba-tiba pegang watak jahat. Menjadi betul jahatnya ye. Betul-betul serba boleh Kang Ki Young ni.
Dia di gandingkan pulak dengan Kim Hieora dan Kim Hyun Wook. Memang terserlah jahatnya kumplan mereka ni. Masing-masing muka ganas. So untuk lakonan dan penghayatan watak saya bagi berbintang-bintang untuk watak jahat 3 orang ni. Jahat dan kejam tak de ampun punya.
Sekarang ni dah masuk episod ke 5 di Netflix. pertambahan seorang ahli baru buat jalan cerita agak slow sebab aksi pertarungan tu macam tak banyak. Jalan cerita untuk episod 4 dan 5 terlalu fokus pada watak counters yang baru ni sebab dia masih mencari-cari kuasa dia. Harap untuk episod 6 dah boleh banyak kan lagi aksi.
Ahli counters yang tetap macam biasa ada kelakar dan ada part beremosi sikit terutamanya Ga Mo Tak yang tak ada kuasa khas. Sedih la dia sebab ahli lain ada kuasa khas. Dia tak de. Harap penulis boleh adakan satu kuasa khas untuk Ga Mo Tak. Boleh jadi halimunan ke..kan?? Hahaha.
Apa pun untuk drama ni, saya rasa mungkin saya akan terus tonton walaupun dia sampai musim ke 10. Sebab saya sangat suka!!!!!
Sinopsis The Uncanny Counter 2 On Netflix
The Uncanny Counter musim ke 2 mengisahkan sekumpulan Roh jahat telah membunuh ahli counter di luar negara. Mereka juga menyerap kuasa counter yang meninggal membuatkan mereka cukup kuat dan mampu melawan ahli Counter terkuat yang berada di Korea.
Kematian ahli Counter memberi kesan yang cukup besar buat counter lain. Mereka tekad untuk menghapuskan kumpulan roh jahat yang diketuai oleh Hwang Pil Gwang.
Dalam masa yang sama, mereka mengalu-alukan ahli baru yang menyertai Counters iaitu Na Jeok Bong. Na Jeok Bong Masih tidak dapat membiasakan diri dengan suasana baru yang memerlukan dia beraksi dan melawan roh jahat.
Dia merasakan kehadiran nya hanya menyusahkan rakan-rakan nya yang terpaksa melindungi nya apabila mereka memburu roh jahat.
Hwang Pil Gwang menyedari yang dia diburu ahli Counters. Dia hanya tertarik pada So Mun yang dianggap mempunyai kuasa paling kuat. Dia mahu membunuh So MUn dan meyerap kuasa So Mun.
The Uncanny Counter 2 Cast
Joe Byeong Gyu
Yu Jun Sang
Kim Se Jeong
Yum Hye Ran
Ahn Suk Hwan
Yoo In Soo
Kang Ki Young
Kim Hieora
Kim Hyun Wook
Jin Su Kyu
0 Ulasan