TAK PERLU TRY HARD UNTUK BERITAHU ORANG RUMAHTANGGA KITA BAHAGIA

TAK PERLU TRY HARD UNTUK BERITAHU ORANG RUMAHTANGGA KITA BAHAGIA | Sebenarnya kan kita tak payah try hard nak bagi tau kat semua orang yang rumahtangga kita ni bahagia.  Buat apa cerita panjang2. Bukan ada siapa tanya pun. 

Bahagia


Tapi tu la. Kita asyik berasa risau kalau-kalau orang anggap kita tak bahagia. Dan kita pun mula la sibuk mengarang panjang-panjang betapa bahagianya rumahtangga kita supaya tak ada siapa bersangka-sangka dengan situasi rumahtangga kita.

Dari orang tak syak apa-apa terus orang syak macam-macam. Ye la. Dah kenapa bersungguh sangat nak bagitau kat orang kau tu bahagia?? macam tiba-tiba je ..kan??🤣🤣

Bahagia kita tak perlu orang lain tahu. Sebab tak de kena mengena pun dengan mereka. Cukup kita saja yang merasainya. 

BACA: 5 CARA MENAJAM KAN MINDA DAN MENGELAK MASALAH CEPAT LUPA

Kalau pun kita tak bahagia ,tak perlu pun nak menutup cerita derita kita dengan mengwar-warkan pada dunia bahawa kita bahagia. 

Kita takut orang tahu kita tak bahagia, dan kita rasa bila orang baca cerita kebahagian kita, orang tak kan syak yang kita tak bahagia. 

Ianya seolah-olah kita menipu untuk benda yang sia2. Orang lain tak nak ambil tahu dan tak tahu tapi kita rasa orang  tahu dan orang nak ambil tahu. kan sia-sia tu..

Bahagia


Sebaiknya, tak perlu bagitau pada sesiapa. Apatah lagi jika tiada siapa yang bertanya. Berhenti merasakan orang lain tertanya-tanya tentang kehidupan kita. Tak ada siapa kesah pun sebenarnya. 

Jangan rosak kan mental sendiri dengan sikap bersangka-sangka. Orang lain pun ada kehidupan sendiri dan sebenarnya mereka hanya peduli dengan kehidupan mereka.

Selagkita tak cerita selagi tu mereka tidak bersangka apa-apa.

Catat Ulasan

0 Ulasan