REVIEW DAN PENGALAMAN GUNA SUNSCREEN ANJO PROFESSIONAL SPF 50+ PA+++ | Saya memang suka apa-apa sahaja produk skincare dari Korea. Banyak skincare dari Korea yang sangat sesuai dengan kulit saya. Salah satunya adalah sunscreen. Pengalaman saya guna sunscreen dari Korea sebelum ni buat saya rasa saya perlu cari 1 sunscreen dari korea jugak untuk saya guna harian di rumah.
Saya ada 2 sunscreen. Sunscreen saya gunakan untuk keluar rumah yang memerlukan saya untuk menggunakan solekan dan 1 lagi saya guna sunscreen untuk kegunaan harian dirumah sahaja. Sunscreen Anjo yang saya gunakan sekarang khusus untuk kegunaan dirumah.
Sedia maklum bila kita guna solekan , perlu gunakan sunscreen yang ringan supaya solekan tahan lama. Sebab tu saya kena bezakan penggunaan sunscreen saya mengikut keadaan. Jadi pilihan saya ialah Anjo Sunscreen yang mengandungi SPF 50+ PA+++.
Pengalaman Guna Sunscreen Anjo - Anjo Sunscreen Review
Saya dah guna lama jugak sunscreen Anjo ni. Saya cuma gunakan sunscreen anjo dirumah atau nak ke kedai depan rumah ni je. Dah lebih 4 bulan dan ini adalah tiub kedua saya. Jadi untuk satu tiub boleh bertahan selama 2 bulan jika digunakan setiap hari. Waktu saya beli dulu harganya tak sampai rm15. Cukup murah dan jimat. Kuantiti 70g untuk kegunaan hampir 2 bulan rasanya memang berbaloi.
BACA: Skincare Routine Yang Betul Untuk Semua Peringkat Umur
Anjo sunscreen ni selamat digunakan tau. Tak ada bahan merbahaya pun. Sepanjang saya menggunakan sunscreen Anjo saya tak mengalami sebarang masalah kulit sama ada jerawat atau pun radang.
Tua muda boleh pakai. Bukan je boleh pakai dekat muka tapi dekat tangan dan kaki jugak. Yang bagusnya dia boleh melembutkan kulit kita juga tau. Tu lah kelebihan Anjo Sunscreen.
Anjo sunscreen ni juga bau sedap tau.
Mula-mula saya nak ceritakan apa yang saya suka dengan sunscreen ni. Ada banyak sebab kenapa saya kekal menggunakan sunscreen Anjo walaupun sunscreen anjo ni ada kekurangan nya jugak.
Apa yang best tentang sunscreen Anjo?? Kelebihan sunscreen Anjo yang pertamanya ialah dah tentu lah kerana ianya murah. Tapi sebab lain nya ialah ianya buat kulit kita cerah serta merta. Sunscreen ni ada sedikit white-cast yang membuatkan tone up kulit wajah kita. Selepas diratakan wajah berseri-seri. Tak payah dah nak pakai compact powder.
Yang kedua kenapa saya suka sunscreen Anjo ialah ianya memberi efek glowing pada kulit wajah. Untuk wanita berumur yang kulit normal dan kulit kering sangat sesuailah menggunakan sunscreen Anjo ni. Kulit saya normal jadi tak de masalah menggunakan sunscreen Anjo.
Nampak tak beza sebelum pakai dan selepas pakai? Tak nampak pun ada white cast. Sunscreen ni tone up kita punya kulit supaya nampak berseri. Cuma kena ratakan betul-betul je.
Sunscreen Anjo juga bersifat water resistant. Kalau lalukan air diatas sunscreen ni memang tak basah la muka kita. Jadi dia agak tahan lama di kulit. 2-3 jam sekali baru kita reapply pada kulit.
Tekstur sunscreen Anjo sangat pekat. Tapi sunscreen ni tidak melekit. Kena blend betul-betul pada kulit sampai dia meresap baru lah ianya menaik kan seri wajah kita.
Cara menggunakan sunscreen Anjo yang betul :
Picit sunscreen pada dua ruas jari.
sapu sikit-sikit sunscreen pada wajah sampai habis sunscreen di 2 ruas jari.
Ratakan juga pada belakang tangan dan leher.
Ratakan betul-betul sampai wajah jadi glowing. Dah siap. Boleh teruskan memakai solekan jika mahu.
0 Ulasan