MASIH MUDA TAPI SUDAH BERUBAN. 6 CARA MUDAH MENGHILANGKAN UBAN | Umur belum pun menginjak 40 atau 50 tahun tapi ramai orang muda sekarang yang sudah mempunyai uban di kepala.Saya pernah melihat seorang lelaki muda yang dalam lingkungan 30 tahun tapi sudah mempunyai beberapa helai uban di rambutnya.
Uban yang memutih di kepala tentu ada ketikanya membuatkan kita kurang keyakinan diri.Risau juga jika disangka kan umur kita sudah tua sedangkan kita masih muda dan sentiasa bersemangat.
Bayangkan ketika berjalan-jalan tiba-tinba seorang remaja belasan tahun memanggil kita pakcik sedangkan jarak usia kita dan dia bukan lah jauh pun. Tentu timbul rasa malu.
BACA: CIRI-CIRI TAHI LALAT YANG MERBAHAYA DI TUBUH DAN WAJAH ANDA
Punca uban diusia muda
Menurut Hello Doktor, Uban terjadi apabila tahap melanin rendah dalam folikel rambut anda. Melanin ialah sejenis pigmen yang memberi warna kepada rambut dan kulit anda. Seiring dengan pertambahan usia, penghasilan melanin daripada folikel akan berkurangan dan menyebabkan rambut berubah warna keperangan, putih atau beruban.Namun uban diusia muda sesuatu yang perlu diberi perhatian kerana ianya ada kaitan dengan kesihatan dan gaya hidup kita. Antara punca uban di usia muda ialah:
- genetik
- merokok
- Stress
- Masalah kesihatan seperti ,tiroid, vitiligo dan kurang vitamin b12
Cara hilangkan uban
Rambut yang beruban adakalanya membuatkan kepala berasa gatal dan tidak selesa. Kebanyakan dari kita akan mencabut uban tersebut untuk menghilangkan rasa gatal pada kulit kepala. Sebenarnya terdapat cara untuk menghilangkan uban sekaligus mengatasi gatal pada kulit kepala kita.
1. Banyak kan makan makanan tinggi antioksidan. Makanan tinggi antioksidan seperti buah-buahan, sayuran berdaun hijau, ikan yang berlemak, kekacang dan bijirin dapat membantu melawan kerusakan akibat radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan di usia muda.
2. Jangan terlalu kerap mewarna rambut. Terlalu kerap mewarnakan rambut juga boleh menyebabkan uban diusia muda kerana rambut akan mudah rosak kering dan kasar.
3. Lakukan rawatan kulit kepala. Kulit kepala yang sihat akan membuatkan rambut tumbuh dengan sihat. Rajin membersihkan rambut dengan produk yang berkualiti seperti mengandungi bahan semulajadi seperti Vitamin E, panthenol dan keratin.
4. Makan supplement tambahan. Beberapa suplemen dapat mencegah rambut menjadi kering dan beruban. Suplemen biotin, vitamin B12, dan vitamin D adalah pilihan yang boleh dipertimbangkan
Supplement multivitamin yang mencegah rambut menjadi kering dan mampu melembabkan juga dapat mengurangkan rasa gatal dan kelemumur. Terdapat juga supplement yang mengandung zinc yang dapat mencegah munculnya uban dengan meningkatkan produksi melanin (pigmen yang memberi warna rambut).
5. Gunakan masker rambut dari bahan semulajadi. Banyak bahan semulajadi yang boleh dijadikan masker untuk menguatkan lapisan rambut hingga ke akar. Antaranya ialah minyak kelapa, biji betik, aloe vera dan minyak lenga.
6. Stress adalah punca utama terjadinya uban. Untuk itu lakukan perkara-perkara untuk mengelak kan rasa stress dan keletihan. Antara perkara yang boleh mengatasi stress ialah bersukan, berjalan atau melakukan hobi yang mengembirakan.
0 Ulasan