KETAHUI MAKNA LOVE BOMBING - SIKAP MANIS YANG BERNIAT BURUK

KETAHUI MAKNA LOVE BOMBING - SIKAP MANIS YANG BERNIAT BURUK | Banyak betul istilah-istilah baru yang muncul sekarang ni sampai kan kalau saya scrol sosial media terutamanya X ( twitter ) rasa sesat sekejap sebab tak faham bahasa orang muda ni. Baru-baru ni saya tengok ramai yang guna perkataan 'Love Bombing'.

love bombing


Sejujurnya perkataan "love Bombing " ni baru saya jumpa dalam tahun ni atau lebih tepat lagi, bulan Ogos 2023. 

Rupanya bukan saya sahaja yang baru tahu perkataan ni. Kawan-kawan saya sendiri pun baru tahu. Maknanya saya ni tak la ketinggalan sangat. 


Makna Love Bombing

Bagi yang masih belum tahu makna LOVE BOMBING disini saya akan terangkan dengan lebih tepat makna sebenar Love Bombing.

Istilah LOVE BOMBING digunakan untuk keadaan dimana seseorang menunjuk kan rasa sayang dan cinta nya kepada kita dalam masa yang singkat secara terus menerus dengan niat untuk menguasai kita.

Love Bombing


Maksudnya dia menunjuk kan semua rasa cinta dan perhatian nya pada kita supaya kita jatuh ketangan nya dan selepas itu dia akan memanipulasi kita sepenuhnya.

Selalunya dia akan menunjuk kan rasa cintanya itu dengan memberikan hadiah, bertanya khabar, memberi perhatian lebih kepada kita dan dengan semua cara ini kita akan mudah jatuh cinta kepada nya.

Bagi yang mudah terleka mungkin akan merasakan dia sebagai seorang yang sentiasa ada membantu, boleh diharap, penyayang dan sebagainya.Tapi hati-hati kerana seua itu akan kekal lama.

Love Bombing boleh membawa kepada masalah gangguan seksual dan juga gaslighting( memanipulasi mangsa supaya mangsa ragu akan keputusan dan pendirian seendiri ).

Sebelum Love Bombing , pasangan ini akan melalui 3 peringkat terlebih dahulu:

1. Fasa Idealisasi

Dalam fasa ini, orang yang menyukai kita akan menunjukkan terlalu banyak kasih sayang dan perhatian. Kaedah ini dilakukan untuk membuatkan kita yakin bahawa dialah orang yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup kita .

Pada dasarnya, dalam fasa ini semuanya kelihatan indah dan sangat menyeronokkan. Ini kerana  sangat teruja untuk menjalinkan hubungan dengan kita .

love bombing


2. Fasa Devaluasi

Selepas kita percaya kepadanya dan akhirnya jatuh cinta, kita akan memasuki peringkat kedua iaitu fasa Devaluasi iaitu fasa penurunan nilai. Di sini, tanda-tanda love bombing mula muncul, di mana dia mula perlahan-lahan cuba mengawal kita .

Sebagai contoh, dia mula meminta kita berada di sisinya sepanjang masa. Kemudian, dia akan marah jika kita  keluar tanpa nya. Dalam kes lain, dia mungkin menghadkan akses hubungan kita dengan rakan-rakan dan keluarga kita 

BACA5 CARA MENAJAM KAN MINDA DAN MENGELAK MASALAH CEPAT LUPA

3. Fasa pembuangan

Dalam fasa ini kita akan diabaikan oleh nya kerana pertengkaran dan pergaduhan timbul dalam perhubungan. kita kemudian nya sedar dia sentiasa memaksa kita kita akan mula berasa rimas dan akhirnya ingin keadaan kembali jernih dalam hubungan yang lebih sihat 

Tapi dia kelihatan seperti tidak sedar yang dia melakukan kesalahan. Dia akan bersikap seperti biasa dan akhirnya dia cuba meletak kan kesalahan pada kita dan membuatkan kita mula keliru dengan apa yang berlaku. Akibatnya hubungan tersebut hanya akan mengganggu emosi dan perasaan kita sendiri.

love bombing


Siapa yang sering menjadi sasaran love bombing?

Sasaran utama love bombing adalah orang yang hati dan emosinya terdedah atau mudah goyah. Contohnya, mencari seseorang yang baru bercerai, berpisah dengan seseorang atau mempunyai harga diri yang rendah.

Mereka yang susah hati atau sedih, sudah tentu berasa gembira apabila bertemu dengan seseorang yang baik hati, mengambil berat, dan menunjukkan rasa sayang yang berlebihan. Apabila hatinya sudah cair, ia akan lebih mudah dipengaruhi kerana dia seorang yang taat. Ini lah masanya seorang love bombing menguasai mangsanya. 

Catat Ulasan

0 Ulasan