INK MASIH ADA TAPI PRINTER TAK KELUAR WARNA. BAGAIMANA CARA MENGATASINYA.

INK MASIH ADA TAPI PRINTER TAK KELUAR WARNA. BAGAIMANA CARA MENGATASINYA | Zaman sekarang printer dah jadi satu benda penting yang perlu ada dirumah untuk memudahkan urusan terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak bersekolah. 



Senang bila ada printer di rumah kita boleh print kertas-kertas soalan untuk latihan anak-anak. Kalau cikgu minta salinan surat beranak, surat nikah dan sebagainya pun jadi mudah. Lagi-lagi kalau dikawasan yang jauh dari kedai. Begitulah pentingnya printer di zaman sekarang.

Printer yang saya gunakan sekarang saya beli pada tahun 2020 dengan menggunakan duit hasil dari menulis di blog. Epson L3150. tapi belum pernah refill ink dalam tank ni. Cukup jimat.

Tapi baru-baru ni ada satu masalah berlaku pada printer saya ni. Dakwatnya tak keluar. Yang keluar cuma warna hitam saja. Warna lain tak keluar dengn cantik. Kalau print gambar berwarna , warna yang keluar tak sama macam gambar asal. langit warna pink, pokok warna orange . Hahah.

BACA: REVIEW PRINTER EPSON L3150

Saya dah hantar untuk dibaiki tapi kedai tu kata harga untuk tukar barang dalam printer ni adalah RM400. Saya sendiri pun tak ingat apa nama barang tu.Malas nak ingat. Masa dengar harga rm400 pun kepala dah melayang ke lain.

Punca sebenar kenapa printer saya ni tak keluar warna yang betul , saya jarang menggunakan printer sejak anak-anak dah mulakan sesi persekolahan. Sebulan hanya sekali dua sahaja printer ni digunakan

Kalau sebelum ni, sepanjang tempoh PKP printer ni digunakan setiap hari. Dan disebakan itulah dakwat warna pada tank printer tak keluar. Tiub yang menyambungkan tank dengan pencetak seakan-akan tersumbat.

Terlintas untuk cari penyelesaian nya di Youtube. Saya buka satu youtube akaun bernama Dusuntua. Dan saya cuba praktik kan cara yang disarankan. 



Caranya ialah saya perlu ON printer untuk masa yang lama. Setakat ni saya dah ON selama 1 minggu. Dan ini hasilnya..

Selepas 3 hari...



Gambar masih belum sempurna walaupun warna pada gambar yang dicetak sudah menunjuk kan warna asal.Cuma warna belum cukup terang. Mungkin juga disebabkan saaya mencetak saiz gambar yang agak besar berbanding gambar asal.

Selepas 6 hari..


Gambar yang dicetak sama dengan gambar asal. Walaupun begitu pada warna coklat atau gold masih belum cukup sempurna kerana ianya menjadi warna pink.

Nampaknya cara yang dikongsikan juga menampak kan hasil. Sehingga hari ke 7 ni, saya masih belum OFF Printer saya. Mungkin akan mengambil sedikit masa. Kalau pun tak dapat warna yang sempurna pun tak apa lah asalkan sipi-sipi pun cukup. Sayang betul rasa nak keluarkan duit sampai rm400.

Bagi yang menghadapi masalah yang sama macam saya ni boleh lah cuba cara ni. Untuk rujukan boleh check akaun youtube ini: Ink Printer tak keluar

Catat Ulasan

0 Ulasan