IBU SHILA AMZAH DEDAH KISAH SEBENAR PUNCA PERCERAIAN NYA DENGAN ND LALA | Belum pun reda kisah abgTesla yang berkahwin dua hingga menimbulkan amarah netizen, kini hangat pula kisah pendedahan ibu kepada penyanyi popular , Shila Amzah yang mendedahkan punca sebenar perceraian nya dengan penyanyi veteren , ND Lala.
Kisah pergolakan rumahtangga pasangan ini pernah hangat beberapa bulan lepas apabila Puan Fauziah sendiri mendedahkan wajah madunya yang dikatakan sebaya dengan anak sulungnya. Namun selepas itu dia mendiamkan diri tanpa apa-apa penjelasan
Hari ini sekali lagi Puan Fauziah mendedahkan kisah yang lebih terperinci berkaitan dan punca awal perceraian rumahtangganya dan bagaimana perkahwinan bekas suaminya bersama wanita itu 'kantoi' .
Pendedahan Ibu Shila Amzah.
Assalammualaikum semua.Pertamanya dengan rasa rendah diri saya ingin mengucapkan seikhlas terima kasih di atas segala sokongan, perhatian dan kasih sayang yang terlalu banyak dianugerahkan Allah kepada saya menerusi kalian,baik anak-anak, keluarga,kenalan jauh dekat serta yang mengenali saya dari jauh sejak kisah rumahtangga saya diketahui semua.
Sebagai seorang wanita yang dinikahi sejak 19 Oktober 1989 ketika usia saya 21 tahun. Saya cuba menjadi isteri terbaik buat suami dan ibu buat empat orang anak Saya. Tidak pernah langsung saya terfikir noktah ikatan perkahwinan saya menjadi begini kisahnya.
Mahu atau tidak kerana kerjaya anak sulung saya, tempiasnya terkena kepada saya - apatah lagi penamat ikatan perkahwinan ini dilakukan dengan cara yang bagi saya tidak kena untuk usia perkahwinan kami yang bukanlah muda malah kami sudah punya 2 orang cucu.
Saya menulis ini setelah berjaya memujuk hati - mengutip kekuatan hasil sokongan mereka yang sentiasa berada di sisi saya - Alhamdullilah kekuatan yang ada saat ini sangatlah luar biasa. Tiada lagi airmata. Tiada lagi rasa menyalahkan diri sendiri. Justeru, sedikit rasa sebagai seorang wanita - yang pernah menjadi isteri, rasa jiwa seorang ibu ingin saya kongsikan supaya dapat menjadi pengajaran buat semua.
Tidak mudah bagi saya bila dapat tahu seorang perempuan seusia anak sulung saya - malah lebih tepat memjadi BFF anak saya dari tingkatan satu hingga lima di sekolah yang sama dikatakan sudah berkahwin sampai ke pengetahuan saya. Saya pernah berada di fasa penafian kerana perempuan ini sudah saya anggap seperti anak sendiri - makan minum dan tidur di rumah keluarga kami. Apa sahaja acara kecil atau besar yang kami adakan dimana2 dia pasti ada.
Saya masih ingat, pada 2019 - anak sulung saya (Shila) memberitahu ada orang menyampaikan kepada dia yang Abahnya sudah bernikah dengan perempuan ini tapi saya sendiri di dalam hati masih menafikannya. Beberapa hari selepas dapat tahu saya bertemu sendiri perempuan ini yang bekerja dengan abah Anak2 saya dan bertanya sendiri - jawapannya dia tidak akan melakukannya kerana dia menganggap kami suami isteri sebagai 'orang tuanya'. Hakikatnya ketika itu mereka telah pun berkahwin.
Saya juga mendapat info dari ahli keluarga perempuan ini yang dia sudah menghilangkan diri dari keluarga sejak 2016 lagi. Sepanjang tempoh inilah ikatan perkahwinan kami yang pernah melalui kehidupan yang susah dari segi ekonomi mula bergolak. Abah Anak2 saya ini sudah beberapa Kali keluar rumah dan kadang2 pada awalnya berminggu tidak balik. Ketika masih tinggal bersama juga kerap outstation dan hari2 selama beberapa tahun keluar pagi balik malam..Malah ketika banjir besar pada Disember 2021, tiada pertolongan dari ketua keluarga (Langsung tak ambik tahu) banyak harta benda musnah dalam tragedi banjir ini.
Abah Anak2 saya menghilangkan diri selama hampir setahun sejak 28 Januari 2022 - Call mesej tak jawab tapi tiba-tiba muncul Di Semifinal n Final bila puteri sulung kami bertanding dalam Gegar Vaganza tahun berkenaan. Saya sangkakan keadaan akan jadi normal tetapi berkat doa, kebenaran yang selama ini cuba dia sembunyikan akhirnya terkeluar satu demi satu. Yang paling mengejutkan bukan setahun dua..rupanya bertahun2 penipuan..
Segalanya bermula apabila anak lelaki saya tolong ambil kereta yang tertinggal di Kedah sebab Abah Anak2 saya dikatakan sakit. Kawan2 dia terpaksa hantar Abah anak2 saya dan perempuan ini ke Ipoh. Orang kedah terpaksa Cari Anak saya untuk ambik Kereta sebab Abah Anak2 saya tak dapat dihubungi. Pada awalnya Anak saya sangka kereta itu milik Abahnya tetapi dari sinilah kami sangat yakin cerita perkahwinan mereka ini sangatlah benar. Bagaimana rasanya jiwa seorang isteri apabila menemui beg pakaian yang bercampur antara baju suami dan perempuan lain dalam satu luggage.
Kereta bagai kan rumah..pakaian dobi n lain2 barang penuh satu Kereta. Saya tak perlu nyatakan detail. Semua ini saya lalui dan anak-anak menjadi saksinya.
Yang Paling melumatkan jiwa, Anak lelaki saya dituduh melarikan kereta atas nama perempuan ini. Kereta ini Ada dirumah saya Dari bulan December dan ketika itu Abah Anak2 saya Ada tinggal dengan kami.
Abah anak saya balik 23jan hingga 1April lepas dan Kereta yang anak saya ambik sentiasa Ada depan rumah. Tiba2 Anak saya dapat panggilan dari polis pada bulan 2 ketika itu mengatakan perempuan itu buat report polis kata anak saya curi kereta. Perempuan ni mengarahkan Abah Anak2 saya supaya Anak saya sendiri kena pulangkan kereta itu kepada perempuan ini sendiri. Abah Anak2 saya hanya ikut arahan perempuan ini. Yang paling menyedihkan ketika menyerahkan kembali kereta ini anak saya ‘DiPaksa' mengaku kesilapan dan kena mintak maaf secara bertulis dan perlu menandatangani surat di depan bapa kandungnya sendiri!. Abah anak saya turut menyuruh anak saya ikut apa saja perempuan ni suruh dan Sambil Abah Anak2 saya disuruh record guna hp perempuan ini dengan Arahan perempuan ini tanpa rasa bersalah.
Saya menerima takdir yang tertulis buat saya apabila 34 tahun usia perkahwinan kami dinoktahkan secara kiriman WhatsApp suara (voice note) pada 8 Ogos lalu - dan lafaz dibuat pada 2 Ogos lalu sebelum anak sulung kami dinikahkan sendiri oleh abahnya pada 5ogos lepas.
Cuma, coretan ini saya kongsikan supaya wanita-wanita di luar sana agar lebih waspada dengan sesiapa yang mungkin kita anggap sebagai kakak, adik, anak atau sahabat. Janganlah memberi ruang yang terlalu luas hingga mata kita menjadi kabur melihat drama yang akan diciptakan manusia seperti ini.
Menjadi baik dan bersangka positif itu jelaslah perlu dalam limit yang sangat kita jaga kerana tak semua manusia akan memikirkan lumat jiwa manusia lain - malah mereka tidak akan kisah mengisar halus emosi kita untuk meraih kemenangan dalam drama sebabak ini.
Wassalam.
0 Ulasan