EYE SHADOW MURAH UNPIGMENTED JANGAN DIBUANG. INI CARA MUDAH SERLAHKAN WARNA EYE SHADOW MURAH

EYE SHADOW MURAH UNPIGMENTED JANGAN DIBUANG. INI CARA MUDAH SERLAHKAN WARNA EYE SHADOW MURAH | Baru-baru ni ada kawan wasap bagitau dia terbeli eye shadow yang tak terang langsung. Dia dah letak banyak-banyak pun tak terang jugak. Dia fikir baik dia buang saja eye shadow tu . Lagipun eye shadow tu murah saja, katanya.

Murah-murah pun beli guna duit jugak. Kan? Jadi saya pun minta padadia. Biar saya guna dah dia tak reti nak guna cemana.kan?? Hahaha

eye shadow unpigmented


Bagi yang mempunyai kulit yang agak gelap , mesti susah nak blend eye shadow supaya nampak jelas. Dah apply banyak-banyak tapi warnanya tak kelihatan disebabkan tone kulit yang lebih gelap dari warna eye shadow.

Kalau korang suka membeli makeup murah  melalui online mesti akan terkena dengan eye shadow unpigmented ni. Harganya tak sampai RM 10. dan ada yang serendah 5 ringgit tau. Saya sendiri baru tahu kewujudan eyeshadow harga rendah ni selepas kawan saya ni bagitau kat mana dia beli eye shadow ni.

Saya lebih suka beli barang makeup di  kedai fizikal je. Saya boleh test pakai dan tak la membazir duit je kalau terbeli. Makeup murah ni bukan tak elok guna cuma untuk kegunaan harian yang sekejap2 boleh la. Saya tetap suka beli di watson atau kedai fizikal. BOleh sentuh dan cuba. 

Eye shadow unpigmented


Disebabkan kawan saya ni dah kecewa dengan eye shadow yang dia beli, dia pun hantar lah eyeshadow ni pada saya . Ini lah eye shadow yang dibeli. Warna nya agak cantik jugak bagi saya. 

Sebenarnya ada cara untuk mengatasi masalah eye shadow sebegini. Jom saya kongsikan cara mudah serlahkan warna eye shadow unpigmented.

BACA: Sunscreen Aloe Vera Terbaik Untuk Semua Jenis Kulit Wajah

Concealer

Jangan pandangn ringan dengan Concealer. Walaupun kita dah guna foundation yang full coverage, kita tetap kena ada concealer. Concealer juga boleh buat warna eye shadow korang menyerlah.

Caranya sapu sedikit sahaja concealer pada kelopak mata. Jangan letak terlalu banyak kerana concealer mempunyai warna. kemudian ratakan dan pakai eye shadow korang seperti biasa. 

Saya ada buat test pada tapak tangan. Boleh tengok saya tandakan bahagian 1 dan 2.Pada bahagian 1 saya sapukan concealer manakala bahagian 2 tak letak apa-apa pun.

eye shadow non pigmented


Diatas concelaer ( 1 )saya sapukan eye shadow. Dan begitu juga pada bahagian tiada concealer (2). Korang mesti akan terkejut bila tengok hasilnya.


Nampak tak perbezaan warna pada bahagian 1 dan 2. Pada bahagin 1 warnanya lebih menyerlah dan terang.Ianya juga nampak ada tona pada kulit.

Berbeza dengan bahagian 2 yang warna nya lebih pudar dan tak menarik. 

Eye Primer

Eye primer boleh membuatkan eye shadow korang lebih tahan lama. Selain dari itu dia juga boleh menyerlahkan warna eye shadow kita yang unpigmented. 

eye primer


Walaupun kuantiti eye primer yang kita gunakan perlu lebih banyak dari kita gunakan concealer tapi hasilnya lebih memuaskan hati kerana solekan kita lebih tahan lama dan warna eye shadow kita lebih cantik kerana ianya menyerlahkan warna sebenar eye shadow kita

Eye primer juga melindungi kulit kita dari bahan dalam alat solekan kita. jadi kalau beli makeup murah pun tak perlu risau kulit kita rosak .

Lepas ni kalau ada eye shadow yang unpigmented boleh la cuba cara yang saya kongsikan ni. Selamat mencuba.

Catat Ulasan

0 Ulasan