DOA SELEPAS SOLAT TAHAJJUD | Solat Tahajjud adalah solat sunat ditunaikan pada malam hari iaitu waktu yang utama sepertiga malam dan waktu yang sangat mustajab untuk berdoa.Solat tahajud dilakukan paling minimum iaitu dua rakaat serta tiada jumlah rakaat maksimum yang tertentu serta diakhiri dengan solat witir sebagai penutup.
Menunaikan solat Tahajjud bukan sahaja diberikan ganjaran pahala malah atara kebaikan lain menunaikan solat tahajjud ialah
Diampunkan dosa
Di tinggikan darjat
Diberikan ketenangan dan kedamaian jiwa
Mudah mendapat pertolongan Allah
Diperkenankan doa
Dikurniakan limpahan rezeki
Menyihatkan tubuh
Rasulullah pernah menunaikan solat Tahajjud dengan istiqamah hingga kakinya bengkak kerana berdiri terlalu lama.Baginda juga tidak pernah meninggalkan solat tahajjud sepanjang hayatnya.
BACA: JIN DAN SYAITAN SUKA MENETAP DI 7 BAHAGIAN TUBUH INI
Selesai solat, Rasulullah SAW membaca doa solat tahajjud seperti berikut:
Doa Solat Tahajjud Rumi:
Allahumma Lakal-Hamdu Anta Qoyyimus-SamaWaa Tiwal-Ardhi Waman Fii-Hinna, Walakal Hamdu Laka Mulkus-Samaa Waa Tiwal-Ardhi Waman Fii-Hinna, Walakal-Hamdu NuuRus-Samaa Waa Tiwal-Ardhi, Walakal-Hamdu Antal-Haqq WaWa’-Dukal Haqq WaLiqoo-Uka Haqq WaQauLuka Haqq Wal-Jannatu Haqq WanNaRu Haqq, WanNabiyYuuna Haqq, WaMuHamMaDun Sollallahu ‘AlaihiWasallam Haqq, WasSa-‘ATu Haqq
AllaHumMa Laka AslamTu, Wabika Amantu, Wa ‘Alaika TawakKalTu Wa iLaiKa AnabTu Wabika KhoSomTu, Wa iLaiKa Hakamtu, FagFirLi MaaQadDamTu, WaMaa Akh-KhorTu WaMaa AsRarTu WaMaa A’-LanTu, AnTal MuQodDimu Wa Antal Mu-Akh-Khiru, Laa iLaha illa Anta Au Laa iLaha GhoiRuKa WaLaa HauLa Walaa QuwWata illa Billahi
Maksudnya:
Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya.
BagiMulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi.
BagiMulah segala puji, Engkaulah yang benar, janjiMu adalah benar, perjumpaanMu itu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.
Ya Allah, kepadaMulah aku berserah diri, kepadaMulah aku kembali, kepadaMulah aku rindu, dan kepada Engkaulah aku berhukum. Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan.
Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (kekuasaan) Allah.
Doa selepas solat tahajud rumi. Doa solat Tahajjud.Doa solat Tahajud Rumi dan jawi.
Begitulah doa solat tahajjud yang boleh dibaca selepas mengerjaan solat tahajjud. Semoga bermanfaat.
0 Ulasan